Monday, August 9, 2010

semalam 08.08.2010 Happy Birthday anak bujangku


Zubair genap enam tahun semalam. Bangun pagi terpisat, peluk Mama
Papa terus cium anak bujangnya sambil ucap selamat hari jadi
"Mana hadiah Bey Ma?"..sambil ambil hadiah atas meja.
Tersengih2 ucap TQ pas tu main game balik
Sebelum bercadang untuk conceive Zubair, memang mencari dalam internet
petua mendapat jantina lelaki.Sebelum itu bulan sebelumnya sudah
berhenti menggunakan implanon.Memang berhajat sangat anak lelaki setelah
ada 3 gadis.
Kita mula praktikkan dari segi pemakanan,untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
Masa bersama suami pun diatur Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
Tahap keasidan lendir di dalam vagina perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.Untuk mendapat anak lelaki,cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali sebelum melakukan persetubuhan.
Semua itu dilakukan sebelum bercadang untuk conceive, kalau selepas conceived, dah terlambat sebab kromosom XY atau XX dah pun terbentuk
Setiap malam bersolat hajat, memohon doa dari Allah SWT moga apa yg dihajatkan terkabul.Alhamdulillah, Allah SWT maha mendengar permintaan hambaNya yang bersungguh2
meminta.
Bila bulan kelima bertemu Doktor Intan di Colombia Seremban, dia tersenyum sambil
berkata "I nampak scrotum dia..sah dah baby boy".
Punyalah happy dan syukur tapi tetap dirahsiakan dari semua walaupun dari bapanya
sendiri.Sampailah hari lahirnya, tiada siapa tahu jantina Zubair.
Tapi memang berlainan sekali pemakanan dan sikap semasa mengandungkan Zubair berlainan sekali dengan kakak2 nya.
Bayangkan hampir setiap hari makan wajib adalah telur separuh masak dan teh tarik
lepas tu suka makanan masin dan berlemak,paling benci makan buah dan benda2 manis.

Sebenarnya due date yang diberi doktor adalah 28 August 2004, tapi dah tak larat sangat bawa kandungan yang sangat berat.Sakit di celah kedua peha setiap kali
bangun duduk, akhirnya minta doktor percepatkan pembedahan pada 08.08.2004.
Masih ingat bagaimana sewaktu dihospital pada hari2 awal Zubair dilahirkan.

9th Aug,2004
Walau malam tadi baru melahirkan tapi minta nurse bawakan anak untuk kita beri
kolustrum, susu pertama yang banyak khasiatnya.Nurse bawakan Zubair kebilek
dan terus periksa tubuh anak untuk mengesan kesempurnaannya. Syukur Allah, Kau berikan anak kurnia yang sihat dan sempurna.Walau tak dapat bangun, tapi dengan
bantuan nurse, dia menyusu air susu ibunya yang pertama.

10th August, 2004. 4:54 pm. bukak puasa
Pagi minum milo lagi, dah boleh merayau ke nurseri tenguk baby, walau sakit masih mencengkam, talipon emak, beritahu semua OK dan tak perlu melawat, sebab masih bimbangkan Sarah. Lega dengar semua anak2 tak meragam ditinggalkan.
Abang datang pagi dan confirmkan nama putera. Muhammad Zubair, nama bermakna, gagah cerdik dan cemerlang, pilihan Papanya dgn doa semoga anak ini mencontohi peribadi Zubair Al Awwam antara 10 sahabat Rasullah yg dijanjikan surga..amin!
Susukan Zubair, entah kenapa cukup susah nak tidur, mungkin asyik ingatkan anak2 yg dirumah.Cadangan asal nak berehat dihospital, menjadi rindu mendalam.
Laparnya hanya Allah yg Tahu,, pukul 12pm Dr Intan umumkan boleh makan porridge, apalagi..makanlah.beginilah rasanya manusia yg kebuluran di Afrika sana. Ke nursery jenguk anak lagi..bosan sangat, TV tak menarik minat, menyesal pulak minta single room..kalau minta double kan ke boleh sembang.
Bosan lalu pergi bertatih walau sakit luka pembedahan masih nyeri, bercadang menyusukan putera kesayangan.Sampai dinurseri, terdengar tangisan garaunya,sahlah dia sedang lapar.Tapi hari ini mood dia sangat tak baik, dia menolak untuk disusu, mengamuk tapi bila disuap susu botol,senyap menyusu rakus..hai anak, ketahuilah susu mama lagi banyak khasiat.Lastnya dia tidur dan cuba bangun nak balik kebilik tetapi tiba terperasan sesuatu di baby kot anak.
G6PD deficiency..Ya Allah baru perasan yang anak kita rupanya ada kekurangan pada enzim darahnya.Lemah rasa seluruh anggota dan sedihnya kala itu, mujur nurse disitu mendamaikan hati.Menenangkan ,G6PD bukanlah satu kecacatan, ianya cuma alahan, dalam perubatan kadang dipanggil Favaism bermakna alah kepada kacang parang.
Ya Allah anak mama!!
Pagi-pagi lagi ke nurseri, nak bertemu Dr Yee, bertanyakan tahap kesihatan Zubair.Aduh, pedihnya hati bila melihat kaki mungil anak kita dicucuk jarum, test darah lagi.Terkejut anak manja Mama dari tidur dan apalagi, berlolonglah suara garaunya.Setelah diuji, Dr mengesahkan bilirubin dalam darahnya masih tidak memuaskan, dan Zubair tidak boleh dibenarkan keluar hari ini.Alahai,lemah longlai balik ke bilek, serba tak kena.Makan pun mula tak lalu.Tengahari suami datang, tergesa-gesa sahaja,Belum sempat bercerita, dia kan datang ambil kita esok pagi.
Setelah dia pergi, bermenung kembali dan mengingati kata-kata dari staff nurse di nursery.Zubair disahkan G6PD,deficiency biasa terjadi kepada anak lelaki yang ibunya berdarah O dan anak itu ada kacukan darah Cina.Mungkin benar sebab kita berdarah jenis O dan ibu mertua adalah Cina Bangkok yang memeluk Islam tatkala menikahi bapa mertua. Paling perlu, setiap kali keklinik, senarai ubat alahannya mesti dibawa untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. Paling dielakkan adalah "direct contact" dengan ubat gegat yang akan menjadikan anak kita pucat serta merta dan sesak nafas. Pantang besarnya adalah kacang parang.Ya Allah, jauhilah anakku dari pekara-pekara sebegini.
Cuba menenangkan diri duduk dalam bilek dan cuba menonton TV tapi hati gundah gelisah ini payah dijinakkan.Benarlah hikmah Allah menjadikan 5 kali sehari berjumpaNya, supaya hati lapang dan dapat mengadu kepadaNya.Dalam keadaan badan kotor begini,cuma zikir penyejuk hati, jika hari-hari biasa sudah tentu AlQuran menjadi penawar jiwa yang resah ini.Terus mengadap jendela mengenang nasib, jika dulu bekerja di HQ di KL kalau masuk hospital, ramai yang datang melawat,kawan-kawan jauh dan dekat ramai di sana,adik beradik pun semuanya di KL.Kini diri terlontar sepi di PD,kawan-kawan kenalan cukup terhad,kawan-kawan ofis rata-ratanya lelaki,peritnya penantian sebegini.Teringat komen suami bila kita mengadu kesunyian tiada teman macam di KL.Allah lebih tahu keperluan kita katanya, kalau diKL you ramai kenalan,banyak percakapan, peluang bercakap sia-sia itu lebih banyak.Eloklah di sini, gantikan percakapan sia-sia tu dengan zikrullah,basahkan lidah selalu dengan Asma-ul Husna, selawat kepada Rasul, kan lebih afdal.
Pagi lagi rasa gembira bila Dr Intan umumkan kita sihat dan boleh balik.Tapi sedih datang bila Dr Yee, pakar kanak-kanak menyatakan Zubair perlu diletakkan bawah lampu kerana jaundicenya ketara.Oleh kerana dia G6PD maka harus ditahan sehingga bilurubin dalam badannya berkurangan.Ya Allah, selama ini kesemua anak-anak gadis tidak mengalami apa-apa masalah, namun dengan putera bongsu nih, berbagai dugaanMu Ya Allah.Sayu hati,mencium putera yang dibaringkan dalam keadaan dipakaikan pamper saja.Bila dielus perlahan kulit halus mulusnya dia menggeliat lembut, tahu dia sentuhan kasih mendalam dari ibu yang terlalu menyayanginya.Sabarlah anakku,ini dugaan kecil buatmu..hati Mama luluh,jika dapat biarlah Mama menjadi galang ganti.Menitik air mata melihat rintik-rintik peluh didahinya tapi kakinya biru sejuk.Aduhai..bagaimanalah perasaan ibu yang mengalami lebih dari ini, melihat anak kecil yang bergantungan wayar disana sini.Kita baru sebegini, dah rasa lemah longlai.
Walaupun orang kata dalam pantang tak baik menangis, tapi kita tidak dapat bertahan.Suami dah dua hari tak datang menjenguk,alangkah perlunya belaian suami saat ini.Mengapa begini..aku tak mahu menaliponnya, memang jarang menalipon dia walaupun dalam hal-hal berat, kerana berprinsip sedari awal perkahwinan, tidak mahu menyusahkan suami, kerana dia ada banyak tanggungjawab yang lain.Ya Allah, jika ini dugaan getir untukku,berilah kekuatan aku menghadapinya.Tambahlah segunung sabar untukku dan bataskan kekuatan benteng ketabahanku.Malam itu hati serasa melayang pulang kerumah rindukan anak-anak yang tinggal.Aduh, pedihnya rindu hati seorang ibu,alangkah rindunya.
11th August, 2004. 4:02 pm.
Dah bosan sangat duduk kat hospital,masa ada pelawat OK lah, lepas tu duduk sorang sedih balik.Selalunya dalam pantang cukup susah nak makan tapi kali nih rasa nak makan saja, cuba makan milo panas dgn biskut.Bilek single tak ada kawan, nak jalan bersembang,sapa yang kenal, nak berbual ngan nurse dia orang pun sibuk dgn tugas masing-masing.Nak tenguk TV, alahai jemunya, semua cerita tak berkenan dihati.Ingat pada anak2 terutama Sarah, rindu dgn keletahnya.Rindu dah tak tertahan, duduk mengadap tingkap, menangis bersaorangan.Mulalah mengenang kembali nasib yang rasanya sangat tidak menyebelahi diri, namun cepat-cepat padamkan bisikan syaitan itu, berisytigfar banyak-banyak sambil membisikkan pada diri "hidup ini ketentuan Ilahi..syukurlah, masih banyak yang baik berlaku dalam hidup, nasib baik Allah kurniakan anak yang sihat dan comel.

Tuesday, August 3, 2010

Esok..August 4..2010 Happy Birthday Puteriku Sarah




Esok hari jadi Sarah.Papa nya call dari mesjid macam tak sabar sabar nak
ucap "Happy Birthday"!!Sarah dah tidur dia minta gerakkan anaknya dan bercakap
di talipon.Excited sungguh dia, dapat call dari Papa dalam mengantuk masih
mampu jawab talipon.
Sarah lahir empat hari sebelum due date.Dia sepatutnya lahir pada 8.8.2002 tapi terpaksa dibedah bila tanda2 melahirkan datang pada 4.8.2002.
Sarahlah satu satunya anak yang kelahirannya disaksikan oleh bapanya
Semua anak dilahirkan secara pembedahan dan semua emergency jadi suami
tidak berkesempatan menemani ke bilek pembedahan.
Tapi kelahiran Sarah disaksikan sendiri oleh bapanya yang pucat lesi
diam sambil berkumat kamit berzikir, dan dia mengelak untuk melihat
Doktor memotong perut mengeluarkan Sarah.Nak ketawa pun ada.
Sarah lahir putih dan sepet macam anak Cina,bila doktor tunjukan Sarah,
rasa macam tak percaya,putih melepak bermata sepet.Hati memanjat syukur.
Kita selalu terlupa yg ibu mertua adalah Cina Bangkok yg memeluk Islam semasa mengahwini bapa mertua,so memang patutlah jika ada antara cucunya
yg menyerupai dia.Malahan suami selalu menimang Sarah dengan panggilan
Cik Minah iaitu nama Islam ibunya.Ibu mertua telah hampir 3 tahun meninggalkan dunia yang fana kerana kanser servik. Dulu dia tinggal diBangkok dan bekerja dgn
agensi pelancongan Singapore berpengkalan di Bangkok.Dia menjadi pemandu pelancong yg tidak pandai berbahasa Inggeris.Dia tinggal betul2 ditengah kota Bangkok yg serba bingit,namun dia sudah biasa lagipun dia jarang ada di rumah.Bila kita ajak tinggal bersama dia cuma ketawa,dia memberi alasan,kurang biasa duduk melahu sahaja,sudah biasa bekerja.

Sarah anak yg sungguh comel,jarang sekali demam,kuat dan tabah,pandai ambil hati,masih tersenyum sesekali walau dalam apa keadaan, sangat rapat dengan Papanya dan jika Papa ada dirumah Sarah tak akan berenggang walau seinci, asyik berkepit ngan Papa, dan acapkali lah pipi papanya kena cium.Namun kuat merajuknya hanya Allah sahaja yang tahu..tak boleh salah sikit, cepat marah tapi sangat penyayang.Dia memang suka berhias, asyik duduk depan cermin, sambil rambutnya tak henti henti disikat rapi.
Sarah adalah 100% salinan bapanya dari segi rupa,perangai,sikap segalanya.Kawan2 ofis bapanya selalu bergurau menyatakan Sarah adalah 'female version' bapanya.Bapanya ada tanda lahir kecil ditelinga kiri,yg ini pun ada pada Sarah,sama bentuk dan rupa.Kadang2 nak tergelak pun ada,sebab bila dia bangun tidur,walaupun dia anak perempuan,terdapat bau bapanya sedikit sebanyak ditubuhnya.Semasa mengandungkan Sarah, ramai beranggapan kandungan anak lelaki,namun sebaliknya.Semua itu kuasa Al Alim,dia yg Maha Tahu.Kata orang anak perempuan jika ikut wajah bapanya,hidupnya akan sejuk,mudah2an makbul,bukan untuk Sarah sahaja tapi utk kesemua penawar jiwa dirumah.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana hidup ini tanpa gelak tawa dan tangis mereka.Merekalah hiburan dan penawar mujarab setelah seharian berhempas pulas di ofis.Dalam sehari entah berapa kali menalipon kerumah semata2 hendak mendengar suara manja mereka mengadu,dan suara cute mereka menyoal bila Mama nak pulang.Merekalah harta yg tidak ternilai.Semoga menjadi anak yg solehah.
Untuk Sarah, Mama doakan Sarah dipelihara Allah SWT jadi anak solehah yang berguna
pada agama, bangsa dan keluarga..amin

why tell me why

Besok boss nak jumpa dan berbincang moga mendapat keputusan
yang terbaik je..Hati rasa sangat letih dgn berbagai persoalan.Mengapa itu,
mengapa ini..mengapa begitu mengapa begini..berbagai pertanyaan
bermain dalam kepala.Tapi suami selalu bilang..jangan banyak
berfikir, bersoal sendiri itu ini..apa jua yang datang dan
berlaku semuanya ada sebab dan hikmah.Redha lah sebaik-baik
tindakan, hidup bukan menungkat langit,dunia bukan arah tujuan
hidup.Bersyukurlah seadanya.Kita masih manusia yang beruntung.
Makanan cukup, pakaian ada, rumah selesa, pekerjaan mudah,
dalam aircond lagi, kerja aircond, balik rumah tidur dalam
aircond.Ada suami, ada anak2 yang sihat dan sempurna.
Dari pengalaman kita bukan tak ramai kawan-kawan rapat yang
mengadu selalu didera perasaan oleh suami, diugut dimadukan,
dinista dgn kutukan keturunan tak baik, tak pandai jaga anak,
tak pandai berhias,buruk dan macam-macam deraan mental yang
mungkin pada sesetengah suami adalah pekara biasa,tapi pada
sesetengah isteri ianya menyakitkan hati.Ya Allah,
hanya dengan rahmatMu aku masih mampu teguh berdiri kehari ini,
tambahkanlah kekuatan jiwa, tingkatkan darjat kesabaranku supaya
aku terus mampu berdiri kukuh.Pernah adik ipar (juga tabligh) yang
dah banyak kali keluar 40 hari sehingga keIndia,Indonesia dan
banyak tempat lagi, memberi kata ransangan."Kak..jika mahukan apa yang dihajati..jangan mengadu selain Allah SWT, jika bertahun berdoa
masih tidak makbul didunia..insyaallah dikabulkan diakhirat dgn
balasan lebih manis".Kadang-kadang kata-kata ini sebagai motivasi
penguat semangat, tapi sebagai manusia biasa yang mana syaitan
dapat menguasai dalam salur darahnya,kadang-kadang kita kalah dgn
bisikan mal'un laknatullah.Ya Allah jauhilah dari syaitan musuh
nyata yang direjam

CERPU (cerita merapu)
May mendapat mimpi Hassan mati, dan May kawin dengan bekas suami
bibiknya,ehh apa kes mimpi dahsyat tu,,tak semena mena, May rasa
okey ngan Hassan.Marah tersimpan seakan pudar seketika..merapu sungguh
BERSAMBUNG ..lagi merapu

Monday, August 2, 2010

Kesian anak bujangku

Dah dekat 4 hari Zubair asyik demam bila malam datang
Suami sibuk menyuruh kita ke KPJ,risaulah Mama asyik ambil
leave aje, baru last Monday amik cuti untuk bawa Tita
Akhirnya setelah 6 tahun umur Zubair, pertama kali Papa
bawa anak ke hospital tanpa ditemani Mama.
Mulanya Zubair menolak namun setelah dipujuk dia akhirnya akur
kesian tenguk matanya memandang sampai kejauhan dari dalam
kereta Papa, sampai hilang kereta Mama dari pandangan.

SAMBUNGAN cerpu...
May sungguh sedih terasa hati,Hassan asyik sibuk siang malam
melayan Angker yang asyik menalipon tiap jam menceritakan
perihal anaknya yang sakit sampai Hassan tidak dapat berehat
Tapi Hassan tetap melayan penuh sabar..May tertanya apakah Hassan
akan melakukan hal serupa jika ianya berlaku pada May
Hassan tiba petang semalam, tanpa banyak cerita mengambil kereta
May, walau May berkeras.
Sakit hati May kerana dia tahu Hassan mahu melawat si Angker
di hospital,bukan hati May sekeras batu bila ingat anak kecil itu
tapi hatinya sangat sakit teringat sikap Angker pada peristiwa
yang amat melukakan hati May.
Jika hari itu Hassan menasihati Angker supaya menghormati perasaan May
tentu May tidak terluka begini.
Sampai tengah malam Hassan tidak memulangkan kereta May, sampailah May
terpaksa menalipon.Apalah salahnya kalau Hassan memberitahu sekadar
berbasa basi, May geram dengan sikap sambil lewa Hassan
Bila geramkan Hassan May tidak boleh tidur lantas May bangun sujud
pada Allah SWT, moga Allah beri ketenangan
Sampai pagi baru Hassan balik dengan wajah selamba,May cepat mencapai kunci
kereta tanpa bersalaman dan menegur, May terus menghantar anak2 kesekolah
hati May terus sakit dan May menangis lagi
Sampai bilakah May akan kuat, tegas dalam hubungan ini??