Bernikah pada 12 Rabiulawal..masa tu masih ingat lagi petang Khamis malam Jumaat
benikah di Kelantan (luar kawasan) mukim Padang Enggang..kerana Mama tidak sihat
dia minta kami dinikahkan di Kelantan walau emak telah bercadang membuat majlis
di Perak.lagipun perkahwinan ini tidak dirancang sedemikian atas sebab2 tertentu
Akhirnya setuju pernikahan dilakukan di KB dan kenduri sambutan di kampung
Pagi2 lagi dengan mercedes abg Ya berlepas ke KB ditemani abg Mat sebagai wali.
Pakai baju batik kurung biasa, dan ada persalinan putih untuk saat bernikah
sampai sahaja, dia telah menunggu dengan keluarganya, untuk menunjuk jalan arah
kerumah tok kadi.Terus kesana kerana banyak jemputan utk tuk kadhi..segalanya berlaku pantas
Ramai org tabligh, sampaikan kita tersorok dalam bilek, baju tak sempat tukar
tiada satu gambar pun dapat dirakamkan pada hari bernikah, maklumlah semua
kawan2 orang tabligh. Sedih kerana rasa macam kawin lari..gembira kerana akhirnya
selamat diijabkabul.
Namun masih ingat kata sorang ustaz, perkawinan yg berkat adalah yg berlaku
tanpa ada masalah..so perkahwinan ini mudah
Simple, cepat, tak dengar pun dia ucapkan lafaz nikah sebab ruang tamu jauh
kedepan, rumah sahabat baik adik ipar..
duduk dalam bilek ditemani ibu mertua..dan beberapa kawan2 jemaah mat salleh..cantik2 mereka,hati sudah lebih dari gembira
Tamat pernikahan, tetamu dijemput kesebuah restoren, tapi restoren dihajati tutup
kerana cuti Maulidul Rasul
so berlalu kesatu restoren lain, majlis makan berlansung dgn doa kesyukuran, masing2
melafazkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan, sangat sederhana dan ringkas..
tak sedar baju dipakai hanyalah baju batik..sedih tak sempat mengenakan baju
putih pengantin..dia pun cuma berpakaian gamis putih ..alahai simple namun semoga berkat
lepas bernikah terus chek in hotel ansar KB sebab ibunya menumpang rumah adik ipar
so tak mahu menyusahkan sesiapa, kami ambil keputusan berbulan madu, malam pertama
dihotel..sempurnalah sebuah perkahwinan....
Esuknya awal pagi meminta izin mama dan diiringi 2 kereta, kami menuju ke Perak
Gembira hati sudah menjadi suami isteri..kami sepasang suami isteri ditemani kawan Tabligh suami sepasang suami isteri agak berumur..
lepas Isyak, kami tiba di Perak dan sambut oleh mercun polis dibawa oleh abg mat..selepas makan malam, adik ipar dan kawan2 pulang tinggallah kami dan sepasang suami isteri tadi sebagai peneman.
terlalu penat malam itu, katil pengantin pun lesu sahaja.
paginya berlansung majlis kenduri..barulah sempurna memakai pakaian pengantin, tapi
baju yg dibelikan tidak dipakai suami, besar, katanya, jadi dia memakai baju sendiri, namun
masih sedondon dengan baju pengantin.
majlis berlalu dengan tenang, gembira, ramai kawan2, handai taulan dan saudara mara datang
meraikan.
Namun terpaksa pulang ke Kelantan malam itu juga kerana suami ada kes makhkamah
berkaitan tanah pusaka..dengan berat hati terpaksa melangkah walau masih belum puas
bermesra dengan keluarga sanak saudara..masih teringat pesan kak Tun..sebelum melangkah..
"ingatlah dan sabarlah..ini dugaan dalam hidup kamu..sebagai isteri".
Suami memandu perlahan dalam gelap malam pekat melalui jalan Grik-Kelantan, berlalu satu episod diri.
Sampai sahaja chek in pulak hotel untuk bermalam.Apa boleh buat tak ada rumah untuk berteduh, suami memang tak suka menyusahkan orang, lagipun dia tak boleh tidur tanpa aircond.
Esuk pagi suami keluar bersama adiknya ke mahkamah dan Mama call ajak makan tengahari..
pertama kali berduaan dengan ibu mertua.
Petang selepas lepak distesyen minyak adik ipar, kami menuju ke hotel Perdana, kemudian
hampir senja, mama dan adik ipar datang dari pasar malam membawa berbagai makanan
kami bersembang sampai malam bersama sekeluarga, keluarga kecil suami, yang cuma ada
adik lelaki dan ibu.
Esuknya kestesyen lagi menemani ibu mertua dan suami dengan urusan tanah pusakanya
Malam terakhir dikelantan, chek in hotel Juwita, kecil saja hotelnya, selepas breakfast, bertolak pulang ke Perak.
Sampai Perak rumah mula sunyi, sanak saudara dah pulang, bermalam semalam dan bertolak
pulang ke Shah Alam, balik semula bekerja mengharungi hidup baru, bersalin kulit sebagai
seorang isteri.
Monday, February 14, 2011
Tuesday, February 8, 2011
sambung cerpu (cerpen merapu)
sambung cerpu (cerpen merapu)
gementar jiwa May bila dapat tahu Si Angker akan melahirkan anak perempuan
selama hari ini May cukup bahagia bila rumah tangga haru biru ini cuma ada dua
anak perempuan.Sakit hatinya pada Angker bila One menceritakan salah seorang anak
Angker dgn gembira menyatakan dia akan mendapat adik
Dalam sakit2 Hassan masih mampu melahirkan zuriat padahal dia selalu menyatakan
Angker tidak boleh diberi anak, kerana anak yang ada pun tidak terpelihara.
Geram May..lalu sms minta cerai keluar lagi..
Hassan sungguh mengaku anak lelaki tapi boleh percaya ke kata2 Hassan, selama hari ini
May selalu saja dibohongi..
Sudahlah kewangan agak terhad, untuk makan pakai Angker pun selalu meminta2 dari
May, bertambahlah beban.
memang rezeki ditangan Allah tapi May lah yg bakal menggalas biawak hidup
gementar jiwa May bila dapat tahu Si Angker akan melahirkan anak perempuan
selama hari ini May cukup bahagia bila rumah tangga haru biru ini cuma ada dua
anak perempuan.Sakit hatinya pada Angker bila One menceritakan salah seorang anak
Angker dgn gembira menyatakan dia akan mendapat adik
Dalam sakit2 Hassan masih mampu melahirkan zuriat padahal dia selalu menyatakan
Angker tidak boleh diberi anak, kerana anak yang ada pun tidak terpelihara.
Geram May..lalu sms minta cerai keluar lagi..
Hassan sungguh mengaku anak lelaki tapi boleh percaya ke kata2 Hassan, selama hari ini
May selalu saja dibohongi..
Sudahlah kewangan agak terhad, untuk makan pakai Angker pun selalu meminta2 dari
May, bertambahlah beban.
memang rezeki ditangan Allah tapi May lah yg bakal menggalas biawak hidup
Tuesday, February 1, 2011
dah besar anak dara aku
Hari ini anakku Mashitah menginjak dewasa
sebagai ibu aku plak yang emo lebih..sedih kerana "she's no longer baby"
Dia dah pikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri.
Please, anakku masih kecil..lagi 2 bulan akan menginjak usia 10 tahun
Mengapa begitu cepat Allah beri dia tanggungjawab.
Namun kerdilnya aku melawan takdirMu
Ada hikmah pastinya dalam setiap inci kudrat iradatMu
Bila kukabarkan pada Papanya, dia bersyukur, alhamdulillah, anaknya sihat!
Aikk!!yang pasti aku terus terbuai dalam berbagai perasaan, suka duka
Subscribe to:
Posts (Atom)