Mulanya sudah ketara lebih kurang 3 tahun lalu, bulging sekitar pusat
Pergi kedoktor Ang dan dia sahkan penyakit umbilica hernia dan cara penyelesaian hanyalah operation pembetulanPasrah lalu mengambil keputusan Disember 2010 menjalankan pembedahan
tapi tertangguh kerana naik JG7, jadi perlu konsentrate kerja yang baru
Dari situ mula kelihatan tambah besar, macam kandungan 9 bulan
Berat badan bertambah dan selalu rasa letih teramat dan ada terasa benda keras dikiri perut
Akhirnya dah tak boleh tahan dan buat appointment untuk removal
Pilih tanggal 31 May supaya mudah cuti sekolah, minta Nyah datang temankan mak dan anak2, boss pun setuju sebab cuma akan bercuti <> 2 minggu
27 May berjumpa Dr Shaharudin di KPJ dan lepas pemeriksaan, disahkan
mengidap Diverticulitis bukannya hernia..dan alangkah terkejutnyabila dia mengatakan ada fibroid besar, teringat kata2 Dr Nurashikin Pantai Medical15 tahun lalu. Waktu itu ada fibroid sebesar lemon, selepas di bedah dia mengatakan kemungkinan akan datang semula 10 atau 15 tahun, benarlah..dia hadir semula tepat 15 tahun!
Alangkah sedih, kecewa, risau bercampur baur..cuma ingatan terus pada anak2..macammana kalau aku mati..siapa nak jaga anak2 yg masih sangat perlu seorang ibuDr Shah menyarankan admit dan buat scan sekaligus.
31 May, menunggu dia sampai untuk kehospital ,lama menunggu hingga naik marah sampai hospital sendirian mendaftar tanpa menyapa.Selesai scan memang benar ada fibroid yang besar, tapi Dr Shah tidak dapat melakukan pembedahan hari itu cuma boleh 2 hari kemudian Kecewa lagi sebab nak fully utilise cuti sekolah, cuba berhubung dengan hospital lain tapi hampa.
Akhirnya Dr Shah setuju pada Rabu 1/6/2011 pukul 6.45 am dibawa ke bilek pembedahan
Dr Subramaniam sebagai doktor utama, pakar gynae. Tepat 7am disorong masuk,Pakar bius mencucuk tangan untuk dimasukan drip nanti, dalam sekelip mataterus tidak sedarkan diri.Pembedahan Diverticulitis dilakukan dahulu oleh Dr Shah dan kemudian disambung selama 4 jam oleh Dr Subra.Sedar lebih kurang 8 jam kemudian, kira2 pukul 3pm sudah sampai diwad, atas katil.Bermulalah sengsara yang tidak terucap.
Sedar sahaja terasa sakit sehingga tidak dapat bernafas, dalam sedar dan mamai tak henti2 mulut marah dan merungut sakit, Ya Allah nipisnya imanku, lupa ujian Allah,lupa sabar kerana terlalu sakit cuma nama Allah aje dapat disebut sakit teramat sangat seperti ada angin menyesak di dada dan perut (sebenarnya baru tahu setelah diberitahu Dr Shah kemudiannya,itulah rasa sakit yg keterlaluan) Tiada siapa tempat mengadu saat itu,hanya Allah yg bisa mengurangkan sakit ini.
Menangis mengadoi sehingga banyak hati jururawat terguris dengan kata2kasar yg lahir tanpa sengaja didorong oleh sakit keterlaluan.Bantuan oksigen segera diberikan namun belum dapat membantu waktu ini barulah dia sampai dgn anak keduanya, mengadu sakit dan dia pegang tangan minta banyak menyebut Ya Salam!!Dia minta nurse masukkan painkiller dan nurse mengatakan baru saja disuntik. namun masih sakit menggila, walau sudah 4 kali dibedah, namun tidak berbanding sakit berkali ganda waktu ini..Akhirnya Dr Shah mencadangkan dimasukkan morfin untuk menahan sakit kerana sakit yg kronik 3mg dimasukan dan setelah itu barulah boleh bernafas dan tidur, namun bukan tidur lena, mata masih nampak jam didinding yg sangat
lambat berputar, antara tidur dah jaga, namun alhamdulillah agak tenang cuma agak sukar bernafas namun bearable.
Dr Shah menyatakan mesh sebesar kertas A4 dimasukan dalam perut dan 21fiber pin dicucuk sekitar untuk menahan mesh dari berkumpul untuk menutup Diverticulitis,
itulah yang menyebabkan sakit teramat sangat.Lewat petang Dr Subra melawat sambil dalam mamai dia menunjukkan gambar fibroid dihandphone nya, menyatakan segalanya pasal uterus, ovari dan servik dan apa yang dibuang dan yg masih tinggal,dia kata pembedahan ini bukan biasa tapi pembedahan besar yang banyak luka, sebab itu sakitnya keterlaluan,Dia memberitahu yang dia akan bercuti selama 3 hari, lawatan harian akan diganti oleh Dr Ishak.Menalipon emak dan mengatakan sudah selamat, masih mamai kesan morfin yg masih disalurkan.
Hari kedua Dr Shah menurunkan morfin kadar 1mg namun dinaikkan semula 3mg bila rasa sakit kembali ketara.Belakang badan gatal tidak terhingga, dgn susah payah menggaru dgn buluh garu dibawa hingga mendatangkan kesan calar bagai dirotan.Dr Ishak datang dan 2 suntikan diberikan dikulit perut untuk mengelakanpembekuan darah terkumpul dalam perut.Lewat petang diberikan minum air kosong tekak sudah terlalu dahaga.Tidak boleh sedawa lansung, angin berkumpul, perut kembung besar dan sesak nafas sahaja, badan sakit2.Siksanya ya Allah ampunkan dosaku. Tidur lansung tidak lena,,Ya Allah aku sedar besar kuasaMu memberi kesakitan tidak terhingga ini,sebahagian dari cara penghapusan dosa2ku yang banyak.
Syukur Ya Allah, kau beri aku peluang membersihkan diriku dari sebahagian dosa ku, jika kau balas diakhirat mungkin aku lebih sengsara..syukur!!!malamnya diberikan seteguk milo, barulah terisi sikit perut.Dan boleh sendawa sedikit sahaja, tidak puas lansung.
Hari ketiga, morfin sudah turun 2mg tiba2 tiub morfin tidak berfungsi, waktu itu darah mengalir keluar dari suntikan ditangan, puas berbagai dilakukan oleh oleh nurse akhirnya keputusan dibuat oleh Dr Shah supaya diberhentikan penyaluran morfin.Alhamdulillah ada hikmahnya tiub rosak, jadi tak perlu lagi pergantungan pada dadah kuat itu.
Barulah boleh lega sedikit, sakit pun beransur kurang dan menghubungi anak2 dan sms bos.Tidur masih tidak selesa.Tiub kencing dan tiub kecil diperut dibuka oleh doktor Ishak,dan dia mengatakan blister luka kerana alahan pada plaster. Aduh perit kulit bila tiub dicabut begitu sahaja, agak bebas bila cuma tinggal satu tiub sebesar jari kelinking (salur utk darah mengalir keluar).
Tiada siapa melawat kerana telah memberitahu suami, jangan beritahu sesiapa kerana tidak mahu pelawat, sangat sakit dan perlu rehat. Nurse ada yg bertanya kenapa tiada melawat dan diberitahu itu atas permintaan sendiri.namun SMS dan talipon tidak berhenti berdering dari anak2, adikberadik dan kawan2.
Perut kembung, penuh angin, waktu Dr Ishak melawat kentut besar, baru lah lega sangat perut dan barulah banyak angin terus keluar.Namun selepas itu cirit birit tak berhenti Tiada ada daya hingga lewat malam 6 kali pembantu hospital membasuh punggung menukar pampers dan menukar cadar yang kena cirit birit, namun tiada bau, menurut nurse itu ada kesan antibiotik yg dimasukan banyak sekali kedalam badan.Tiada najis, cuma ciritkan ubat antibiotik, berbau ubat dalam kadar yg banyak hingga tidak terkawal.
Petang ketiga anak2 datang melawat, rindunya hati dan syukur kerana masih diberi Allah peluang menatap wajah comel anak2 ku. Tapi sikap dia sangat mengecewakan namun bersabar sajalah, doa dia sudah banyak menyelamatkankan aku dari sengsara.
Hari kekeempat cuba duduk perlahan, belakang sakit lenguh tidak terhingga, Dr Shah sudah membenarkan pulang kerumah namun Dr Ishak masih minta menunggu semalam lagi,sudah dibenarkan makan bubur namun selera lansung tiada.
Berat hati, petang itu tanpa bius, salur darah besar dicabut mentah2 oleh Dr Ishak aduhh..sakitnya, tapi lega tanpa saluran lagi..bebas berpusing.Hari kelima,dibenarkan pulang, syukur,namun hingga kini phobia melihat KPJ dan mual mengingatkan milo dan bubur nasi, makanan harian masa dihospital.Minta pada Allah jangan lagi menjadi penghuni hospital, serik tidak terhingga.Cuti MC dari yg dirancang 2 minggu menjadi 6 minggu, sewaktu hari ke 8 buka plaster pembedahan Dr Subra menyatakan fibroid sudah mengenggam usus, jika lambat mungkin usus terpaksa dibuang, dan membuang najis dari tiub, nauzubillah syukur segalanya belum terlambat, Allah masih sayang pada hambaNya ini, aku sujud syukur rahmatMu ya Allah!!!