Wednesday, October 5, 2011

cerita merapu lama dah tak merapu

Dah 4 hari Hasan tak pulang, May banyak kali call, sms, dan email jugak tapi tiada respons, padahal May sangat merindui belaian sang suami hinggalah pada malam malang itu 28, Rabu malam Khamis.Tiba2 Hasan muncul dgn anak sulong dan bongsunya.Masuk saja kebilik, May naik angin.Hasan sudahlah singgah sahaja, minta masakkan makanan, dah lah baru nak pulang setelah 4 hari tak menjenguk May dan anak,bawa anak2 One yang tentunya akan menghilangkan privasi keluarga kecilnya, dah tu minta makanan.Tanpa pernah ambil tahu keadaan peti sejuk rumah..ada makanan ke atau kosong macam rumah dilanda garuda.May keluar bilik dengan muka mencuka, cuba taat perintah suami masak kedapur..pannnggg!!satu tamparan lekat dimuka May.Terkejut May dengan baran Hasan yang tiba2, sudah bertahun tidak diperlakukan begitu, tiba2 Hasan menampar kali kedua, terpelanting cermin mata May..Pintu bilek dikunci Hasan dengan cepat,bimbang anak2 diluar akan terdengar,May mengesat bibir berdarah,"kenapa ni..apa salah I"..sambil menjerit nama anaknya tapi ditampar lagi oleh Hasan yg semakin gila."Dah lama aku sabar, aku balik muka kau masam,kau tahu aku cuba sabar tapi aku dah tak sabar,aku bekerja kau tak pernah ingat,kau berlagak dengan gaji yg dah lebih ni..kau sombong sesekali aku minta tolong,aku tak pernah hina kau,kau penzina, kau dah rosakkan rumah tangga aku..hidup aku tak tentu hala sebab kau..hidup kau kerana doa aku kalau tidak dah lama mampus dengan penyakit macam2 kau tu, siang malam aku doakankan kalau tidak dah mampus.May cuba bangun melawan tapi Hasan menekan kepala May, sambil mengugut "jangan cuba melawan..aku benamkan 4 inci kunci ni dalam kepala kau, kalau aku tak benamkan kau jgn panggil aku Hasan.May ditampar lagi terjatuh atas lantai sambil mengesat darah yg mula mengalir dibibir, masin..inilah rasanya cinta..masin disambung pahit dikeronkong.May diterajang dipaha dengan kuat.Apalah kekuatan wanita, May terduduk.Hasan meludah kemuka May.Sambil menampar lagi.."sakit bang, tolong lah jangan pukul lagi.." Hasan masih tidak puas, dia menolak May dengan kaki dan meletakkan kaki didada May dan tanpa disangka menuduh May dgn tuduhan yg paling pedih, yang tidak pernah terlintas akan datang dari mulut sorang suami "bagi tau aku brapa kali kau berzina dgn Nasir abang ipar kau dan Firman anak saudara kau..bagi tahu..jerkahnya..masa ini May sangat terkejut, bagaimana boleh sampai kesitu anggapan suaminya..tergamak dia dituduh sampai begitu sekali, tak terlintas dalam fikiran nya pekara sebegini akan berlaku. Pantas dia mencapai Quran yg selalu menjadi temannya, "demi Allah tak pernah I lakukan,,demi Allah,,dengan Quran ini aku bersumpah aku tak pernah melakukannya dgn mereka" Quran terus dijunjung dalam tangisan dan jeritan.Nafasnya sesak dengan kaki Hasan yang dihentak didada.Kepalanya berpusing.."Baik itu saja aku nak tau"."bang I sumpah dgn junjung Quran, kalu I tak lakukan apa akan jadi pada you" dengan selamba Hasan menjawab Allah akan balas, tanpa rasa takut."I tak pernah lakukan bang!!"rayu May minta simpati.Hasan dengan rakus mencapai beg tangan May..mencari dengan tergesa2.."mana kredit kad kau sorokkan" tanpa rasa malu menyelongkar beg tangan isterinya.Waktu ini May sudah sangat benci dan hilang hormat lansung pada suaminya.Sudah puas memukul, masih tak segan mengambil kad kredit kepunyaan isterinya, masa ini kesalnya menggunung datang kerana mengahwini lelaki dayus didepan matanya.Kemudian setelah dapat kad itu dia berlalu pergi, May mengesat airmata, wajah dan bibir yg bengkak berdarah disembunyi dari anak2..terus keklinik kerana asmanya datang lantaran ditekan dadanya dengan kaki tadi.May termenung dengan peristiwa tadi, hilang cintanya yang sedang meranum pada suaminya, cinta yang telah dipupuk 10 tahun, hancur berkecai dalam waktu semalam.Serta merta cintanya hilang, bencinya meluap2.Luka dibadan kurang terasa tapi tuduhan sumbang mahram itu yang sangat menusuk jiwanya, Hasan tahu dia sangat rapat dengan keluarga, namun tak lah sampai menjalinkan hubungan sulit, singkat sungguh pemikirannya Hasan, patutlah dahinya sempit tanda kurang berfikir tapi tergesa2 bertindak. Besoknya May mengalami lebam dibibir dan muka, dalam mulutnya pecah2 darah.Seluruh badannya sakit2 namun dia harus bangun menghantar anak kesekolah.Lepas hantar anak dia keklinik,minta ubat merilekskan otot2 yang semuanya sakit, dia tawakkal memandu kereta walau tidak dapat menoleh,dan bila kawan2 ofis bertanya kenapa muka u sembab May memberi alasan jatuh dibilek air.Malam esuknya Hasan datang malam, bersama kawan2nya, konon membawa doa agar rumah menjadi sejuk dan orang dalam menjadi berkat,tiada apa salah pada rumah dan orang dalammya, cuba orang luar yang datang menghancur lebur keberkatan rumah itu.Lelaki yang siang malam membuat usaha dakwah, tapi sanggup memukul isteri yang lemah tak berdaya, baru pulih pembedahan besar, dipukul tanpa belas kasihan.
Anak bongsu May datang dengan muka sedih keesukan hari.."apa Papa buat kan Mama semalam, adik dengar Mama nangis, Papa jerit, adik nak tolong Mama tapi Papa kunci pintu" sedih May mendengar suara sayu itu, sambil dia mengeleng..tak de apa Papa gurau je..helah May tak mahu anaknya tahu perangai sebenar bapa mereka.Dia mahu anak mereka terus menganggap bapa mereka yang terbaik didunia.
Hari ketiga dia mula merasa pening setiap kali menoleh kekanan dan bangun pagi amat menyeksakan.Hari keempat Hasan pulang walau May tidak lansung menalipon dan mencari, hatinya luluh dengan kejadian tempuh hari. May berazam untuk melakukan yang terbaik sebagai isteri tapi hatinya kosong, biarlah Hasan terus memiliki jasadnya tapi cinta bagi May telah mati..demi anak2 May akan terus melangkah. Tanpa rasa bersalah Hasan melakukan tugas primer seorang suami dan May mengizinkan dalam paksa. Paginya barulah May merasakan kesan pukulan itu, kepalanya berpusing dan muntah sebanyak2nya. Doktor mengesyorkan dia kepakar untuk melakukan CT scan, memang benar, ada 5mm luka didalam kepala May,itulah hasil kreatif seorang suami.