Saturday, December 10, 2011

Zubair dah jadi lelaki sejati 25 Nov 2011

Dah hampir 6 bulan anak teruna aku asyik mengadu kencing tak lawas, kesian dia menahan kepedihan, kencing yang datang kerap terutama bila waktu hampir tidur.Pergi Paed, tak ada cara lain kena circumsize. Niat hati kalau dapat nak buat kenduri sunat pada anak tunggal lelaki bongsu lagi waktu usianya 10 tahun apakan daya kita hanya merancang namun Allah SWT mahukan dia jadi anak yang cepat bersih zahirnya.
Pagi Jumaat seawal 7 pagi aku bertolak dengannya ke KPJ, terus saja admission sebab doktor cadangkan dia dibius sepenuhnya.Doktor Amran pakar bius datang kebilek dan dia berbual dengan Zubair dan dia dapat menjawab semua bualan doktor tanpa merujuk aku. Pandai anak aku.Aku memilih doktor Tang kerana doktor Shah yang pernah merawatku pergi bercuti hampir 2 minggu.Hampir 9 pagi kami dipanggil kebilek OT, cemas hati ku maklumlah malam tadi aku bermimpi ambil air sembahyang tapi dipenuhi semut, mimpi yang akan membawa maksud kurang enak.
Dia disorong masuk, wajahnya tenang berani maklumlah nak jadi jantan sejati tak lama lagi.Aku cium dahinya dan ku lepaskan dia dengan berat hati.Pintu OT ditutup dan aku terus kesatu sudut, ambil surah yassin yang sejak semalam entah berapa kali aku baca dan duduk membacanya semula.
Dah hampir 40 minit aku gelisah, doktor kata 40 minit sahaja, aku dan tak boleh membaca Yassin lagi, aku mundar mandir diruang kosong dan sepi tanpa orang.Aku nampak kelibat Doktor Amran dan dia menunjuk isyarat bagus dengan jarinya dan segala cemas aku berkurangan.Aku berbual dengan sebuah keluarga yang baru sampai menanti anaknya dibedah kerana ketumbuhan rahim, kesian mereka, hilang sedikit cemas aku.
Penantian yang sangat memeritkan akhirnya aku nampak dua nurse mengusung katil dan aku bertanya siapa yang mereka tunggu, mereka menjawab kanak2 bersunat..hati aku berbunga segar, anak aku diusung keluar,masih terpejam matanya dan hati aku lapang.Aku menuntun jururawat yang menyorong anakku, dan mereka mengatakan anak aku sangat berani, tidak menangis lansung, tiada rasa takut..bangga aku sebagai ibu yang membesarkan anak lelaki waja ini.Aku ambil gambar dia dikatil masih pengsan, alhamdulillah aku bersyukur segalanya berjalan lancar.
Aku tidur semalam diKPJ dan tengahari esuknya kami pulang kerumah dan bermula lah bab penjagaan yang lebih berat berbanding proses bersunat.Bukan senang menjaga luka, malam ketiga dia menangis kegatalan, hingga tidak dapat tidur, esuknya aku bawa keklinik Insan dan doktor beri ubat gatal dan antiseptic untuk membasuh luka.Hampir seminggu barulah Zubair dapat memakai seluar lembut tanpa kain pelikat yang pasti akan disimpan sebagai kenangan.Zubair sudah jadi lelaki sejati!!