Tuesday, December 16, 2014

Sarah juga dapat 5A..

Sarah anak comel yang sangat menambat hati, sekarang sudah besar, setiap kali peperiksaan dia akan dapat tempat terbaik..dari tadika, Sarah adalah pelajar terbaik. darjah enam menjadi Pelajar terbaik Aliran.Siapa pun akan bangga menjadi ibunya.Aku sangat bangga sebagai ibunya..dia anak yang sangat comel..semasa dia lahir seorang nurse bangsa Cina pernah berbisik pada kawannya.."beautiful baby!"Sarah juga membuat ibunya bangga dengan keputusan 5A dalam UPSR.Berbanding kakaknya, sarah bersedia untuk keasrama penuh.15/12/2014 Dia menghadiri temuduga kelayakan masuk ke MRSM Alor Gajah, moga terpileh..aminnn
Jika tida terpileh, Sarah harus redha, kerana doa mama dan papa supaya Sarah mendapat pelajaran ditempat yang terbaik buat Sarah, jadi serahkan kepada yang Maha Tahu..hanya Dia yang tahu dimana tempat yang paling baik untuk Sarah, samada asrama atau masih bersama mama.Tiada satu ibu pun yang sanggup berenggang denga anaknya walau sedetik, namun demi masa depan Sarah, demi meraih kejayaan sarah, mama ikhlas, redha lepaskan Sarah pergi , belajar menuntut ilmu walaupun mama sedar..inilah langkah pertama Sarah meninggalkan mama.Sarah tidak akan menoleh belakang  lagi, lepas itu satu persatu perjalanan akan Sarah tempuh.meniti kejayaan satu persatu hingga tercapai apa yang dicitakan.
Namun mama tak gusar, waktu cuti mama akan bertemu semula dengan anak manja mama, mama akan dapat dakap, cium Sarah semula..mungkin berat bagi Sarah berpisah dengan mama buat permulaannya, nanti Sarah akan terbiasa.