Friday, April 1, 2011
Mashitah my angel
Hari ini hari kelahiranmu..10 tahun sudah usiamu
1/4/2001 adalah hari paling bahagia buat Mama..sepatutnya tarikh kelahiranmu adalah 4/4/2001
Tetapi kau mahu menjenguk dunia lebih awal
Malam 31.03.2001 malam Ahad,itu Mama dan Papa pergi kepasar malam
Bertujuan membeli keperluan mingguan untuk Opah yang menemani Mama
Bermacam makanan Mama beli untuk bekalan
Mama makan banyak malam itu dan tidur agak lewat
Sebelum tidur lebih kurang pukul 11.30malam malam kebilek air
Mama terlihat ada setitik darah keluar, dan tiba2 air turun seperti mama buang air kecil
Mama panik dan menjerit memanggil Papa
Opah terkejut, dan berkata “kau dah sampai waktu tu..cepat pergi hospital”
Nasib baiklah Mama dan sediakan segala kelengkapan mu sedari minggu lepas
Mama capai beg, tukar baju dan masuk kereta
Papa letak tuala ditempat Mama duduk kerana air ketuban yang turun tak berhenti
Tepat 1am kami tiba dibilek kecemasan Columbia Hospital Seremban dan terus pergi kewad bersalin
Seorang jururawat,mengambil bacaan jantung dan Mama ditinggalkan menunggu
Bukaan “birth canal” Mama waktu itu Cuma 1 cm
Pukul 1.30 Doktor Intan sampai dan memeriksa bukaan.
“Baya, you kena operate ni..anak you dah berak dalam kandungan, kalau
Lambat I takut dia termakan najis dia..dan bahaya”
Masyaallah terkejutnya Mama dan bimbang tuhan sahaja yang tahu atas keselamatanmu
“Doktor..operate lah cepat, I bimbangkan anak I”
Mama beritahu Papa yang menunggu dan dia menandatangani surat kebenaran.
Doktor kata tak perlu bius penuh sebab Mama baru lepas makan, lagipun kalau separuh Mama
Dapat menyaksikan kelahiranmu
Tepat 2am, Mama diusung kebilek pembedahan, Papa tidak dibenarkan masuk kerana ianya
Pembedahan kecemasan.
Tepat 2.20 kaupun lahir kedunia dengan tangisan mersik
Kau dibersihkan dan diserahkan kepada Papa untuk didengarkan ayat Allah yang pertama
Menurut Papamu, sewaktu dia mengiqamahkanmu, mata mu jelas memandang tepat padanya
Pandangan kasih pertama mu pada Papa yang amat kau sayang
Papa mu memberi dua nama pilihan Nur Latifah atau Nur Mashitah
Mama pileh Nur Mashitah dengan harapan kau mencontohi Mashitah di zaman Firaun,
wanita yang sanggup berkorban demi mempertahankan keimanannya kepada Allah..Moga kau menjadi teman Mashitah nanti di syurga..
Selepas buka jahitan Mama pada hari ke7, kita pulang kekampung
Kaulah satu2nya yg dapat merasa berpantang dikampung
Kini sudah 10 tahun usiamu..kau anak yang sangat taat, pengasih, halus perasaan
Moga hidupmu akan dilimpahi keberkatan, panjang umur, murah rezeki..kasih pada Mama, Papa dan adik-kakak.
Moga mudah hidupmu akhirat dan juga dunia….moga keimananmu kuat dan tinggi..AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment