Aku terpanggil untuk mencoret ini untuk kenangan anak2 ku bila dewasa. Ahad 10/5/2015 jatuh hari ibu..aku mendapat berbagai ucapan dari anak2..Zubair anakku pun sama..dari pagi dia mundar mandir sambil bertanya padaku "mama suka kek apa" aku kata butter cake..dia senyum dan mundar mandir lagi.Aku dapat merasa dia hendak membelikan kek untuk ku,tapi aku diam dengan rasa ingin tahu, apa sebenarnya yang disembunyikan dariku..aku sgt excited, namun aku pura2 cool..Aku meneruskan kerjaku lagi.papanya tidur sebab kerja shift malam
Setelah selesai makan tengahari aku nampak dia asyik kebileknya..mengunci pintu, tapi aku malas nak ambil tahu..sebab aku tahu tiada bahaya apa yg dilakukan walaupun aku tahu dia tak pernah berkelakuan begitu.Zubair anak yang payah menyimpan rahsia..segala pekara jika rahsia jangan lah sampai ketelinganya, pasti tidak akan menjadi rahsia lagi..tapi hari ini dia sangat berahsia denganku sambil tersenyum2.
Aku duduk menonton TV dan dia datang padaku sambil meleseh, baring diribaan ku.'Mama, teka apa dalam poket ni" soalnya..aku nampak dia asyik tersorok2 poketnya..lalu aku meneka..berbagai2 benda ..dia tergelak.2..bendanya putih dan biru..katanya..aku tambah hairan tapi aku layan saja perangainya.Akhirnya aku berjaya menyeluk sakunya dan aku keluarkan ..seikat tebal wang kertas satu ringgit diikat dgn getah ..aku terpempan,melihat wang kertas yg baru kukeluarkan dari sakunya...."buat apa ni nak"? soalku. Serentak itu aku peluk erat anak diribaan sambil kuat aku menangis, sangat terharu hingga terperanjat suamiku.."kenapa ni"?soal suamiku panik melihat aku peluk erat anakku sambil tanpa malu2 menangis.
Aku pandang suamiku.."bang..dia gunakan duit dia ..dia nak beli kek untuk mama",tangisku terharu dan hiba...suamiku diam..aku peluk dia lagi dan kuusap rambutnya.."berapa lama adik simpan duit ni.?soalku melihat duit setebal itu, mungkin lebih RM30 kot.."Adik simpan duit belanja mama kasi tiap hari,...selama sebulan"..katanya sambil turut menangis melihat aku menangis terharu..aduhh anak..mulianya hati mu..besarnya penghargaanmu tidak sepadan dgn tubuh muda dan kecilmu..tidak pernah seumur hidup aku merasa bangga dan terharu dengan penghargaan ini..indahnya saat ini lebih indah dari hari aku mendapat Ijazah 20 tahun lalu..ku dakap dia penuh kasih sayang,ku cium dahinya berulang kali.."terima kasih anak..tak perlulah sayang kumpul duit untuk beli kek mama, pegi ambil duit mama dan beli kek, simpan duit belanja ni..kataku sambil menangis..dia mengelengkan kepalanya.."tak..adik nak guna duit ni..adik sayang mama"..katanya lembut..aduh anak..,kasih ku melimpah ruah buat anak sekecil 11 tahun tapi mempunyai kesedaran tinggi akan kasih sayang terhadap ibu yang melahirkannya..Ya Allah terharunya hati ibu ini..besarnya hati ku mendapat anak sebegini..syukur ya Allah kerana kau amanahkan Muhammad Zubair Izman hadir dalam rahimku dan membesar menjadi anakku..moga dia akan terus menjadi anak soleh yang akan menjadi penyebab aku kesyurgaMu ya Allah dengan doa2 nya hinggalah menjadi amal jariah yang berpanjangan buatku bila aku sudah tiada..amin!
No comments:
Post a Comment