Thursday, August 20, 2015

Kenangan 2004 26th July


26th July, 2004. 1:07 pm. Isnin..boring

Kita selalu sangat dijangkiti rasa kebosanan hari Isnin..mat salleh panggil "monday blues".Itulah yg terjadi hari nih..bangun subuh lepas tu baring atas katil balik..tak larat benar nak bangun.Badan sakit2 terutama bahagian bawah perut, cramp beberapa kali..nak bangun tuh Allah saja yg tahu.Check hari tu baby dah berat 2.8kg,dah boleh lahir dah.Minggu ni mesti naik 3kg.
Pagi Sabtu hujan renyai2, tapi bila anak2 bangun, Sarah tiba2 nak roti canai,Papa dah pergi kerja so bawa2 anak2 ngan Bibik terus pi makan kedai mamak.Minggu Sabtu bekerja, town kecil macam PD ni..sesak dgn org terutama rekrut2 yg baru dalam latihan.Keluar duit dan beli belah.Makan roti canai telur dgn teh tarik panas.Makan macam tak ada esuk.Beli jugak barang keperluan dapur, extra sikit sebab dalam pantang nanti susah nak keluar.Dalam hujan renyai2 tu selesai beberapa pekara,Alhamdulillah.
Petang Sabtu, damai berangin, duduk depan rumah atas buai.Pekan nih heboh dgn kisah org pecah rumah bersenjatakan parang.Walaupun 4 orang dah ditangkap tapi kejadian masih berleluasa.Manusia mencari wang dgn jalan singkat sekarang, duit keperluaan asasi.Tita ketawa atas hamparan rumput tepi pagar bila mama suapkan makanan,bangga hati melihat anak petah sudah semakin besar dan pandai bergurau.Melahirkan Tita amat mendebarkan kerana Lisa sudah berumur 7 tahun, rasa macam pertama kali.Lahir pada April Fool..cepat 3 hari dari dd jangkaan doktor.Sedang sangat sarat, pergi pasar malam, teringin makan nasi kerabu.Banyak makan sampai rasa senak.Dalam pukul 11:45 suami balik shift petang dan lagi sekali makan taufufa.Masuk bilek air nak gosok gigi utk tidur,nampak berdarah sikit,bila bangun goshh..waterbag pecah.Suami panik,nasib baik semua dan pack,tengahmalam check in.Sampai hospital,midwife check baru buka 1.5cm.Monitor heartbeat baby.Pukul 2am baru Dr Intan sampai.
"You I terpaksa operate you sebab baby dan keluar najis..dah hijau air nih"
Alamak,terperanjatnya, pertama yg kita ingat Ya Allah selamatkan anakku.Masih teringat tiga yg lepas anak kakak mengalami benda yg sama.Termakan najis, dihospital kerajaan, doktor tunggu juga utk bersalin normal, bila lahir saja bayi dah termakan najisnya.Akibatnya sebulan dihospital bila doktor announces peluang hidup 50/50.Setiap jiwa kepunyaan Allah,anak itu sihat dan puleh namun hingga kini ia menjadi kanak2 yg agak lembab pertumbuhannya.Kami sekeluarga mengalami trauma dari insiden itu lantas redha dgn kenyataan Dr Intan.Ceaser pun ceaserlah, janji bayi selamat.
"You baru makan, jadi I tak boleh bius the whole body,I bius you half saja" lagi sekali hati dipanjat ngeri.Dalam OT suami tidak dibenarkan masuk sebab ini kira kes kecemasan jika elaktif suami boleh menemani.
masuk saja sejuk semacam,semua muka friendly tapi tak dapat menenangkan perasaan takut, cemas, excited nak tenguk anak, bercampur baur.Akhirnya rasa kaki kebas,dan dalam cermin lampu diatas kepala,nampaklah segala jenis pisau dan nampak perut kita dicuci dgn solution warna merah.Agak nya nurse perasan kita jadi "peeping tom" dia alihkan lampu cermin tu,so tak nampak apa..cepat mereka bekerja,tak sampai 5min, dengarlah tangis Tita,sangat kuat,marah ketenangan dalam rahim ibu yg enak diganggu gugat.Bila ditunjukan pada kita,Subhanallah..aku akur kebesaranmu Tuhan, perfect,comel dan manisnya anakku..tiada cacat cela..rambut hitam berkilat.Airmata tergenanglah, bangga dan gembira.Nur Mashitah, nama pilihan Papa setelah bermunajat, keluar 3 malam kemasjid pilihan.Semoga imannya sekuat Mashitah,di zaman Firaun.
Hari Minggu rutin biasa,malas masak.Abang ajak cari nasi lemak org Kelantan, dah pukul 11am semua warung dah bungkus,mana ada breakfast pukul 11am, dah nak lunch.Abang beli ikan jenahak,goreng kosong dan makan anak beranak dgn kicap cili,sayur campur dgn cendawan butang dalam tin.Berminyak2 mulut anak2 dara meratah ikan jenahak.Abang dgn malasnya masuk kerja pukul 3pm,seperti biasa Tita menangis bila Papa pergi kerja tapi Sarah cool..melambai2 Papa mencari rezeki.
Semalam bukan main gembira anak2 main kat belakang rumah,berselerak dgn daun betik yg memayung redup kebun belakang.Ubi kayu baru nak naik,musim hujan subur menghijau.Cili api opah tanam pun banyak buah cuma pokok pisang bantut tak mahu besar.Ada jugak bubuh baja,tapi macam tu jugak,mak gunakan baja air basuh ikan yg disimpan semalaman, esuknya bila disiram pokok, semerbak harumnya..anak2 selalu komplen,busuklah Opah, tapi tanaman semua naik cantik.

Kenangan 2004 July 23


23rd July, 2004. 1:53 pm. Jumaat yg kelabu

Hari ini tambahlah setahun lagi usia, semoga diberkati Allah kehidupan dan semoga diberi Allah peluang membesarkan anak2 dgn tangan sendiri, sehingga mereka dewasa dan berdikari..anak masih kecil perlukan belaian semoga semuanya selamat.Mula dari lepas subuh sampailah zuhur,bandar permai bermandian air hujan rahmat di pagi Jumaat.Sejuk mencengkam ketulang hitam (kat mana tulang hitam tu?).Nak mandi pagi pun malas dan bercinta.Tapi demi mencari rezeki anak2 digagahkan juga.Jika tidak kita yang bekerja,siapalah nak menanggung perbelanjaan anak2 yg semakin meningkat.Allah beri kita peluang mendapat pekerjaan yg baik dan mudah, tidak banyak memeningkan kepala dgn pendapatan lumayan, bersyukur tidak terhingga Allah mudahkan segala urusan.Ada berbagai ujian Allah keatas makhluknya..ada yg bahagia bersama keluarga namun agak terbatas rezekinya..ada pula yg rezeki melimpah ruah,namun tiada kebahgiaan dalam diri.Semua itu adalah dugaan, kita makhluk patutlah tunduk pada kudrat iradat Khaliqnya.
Duduk kat opis pun punyalah sejuk, asyik nak minum panas aje,apalagi berulang ke tandaslah,sudahlah sejuk semacam nak sentuh air.
Sarah malam tadi lepas berita dan temankan Mama solat dibilek.
"Adik nak tenguk MR Bean"dalam loghat Jermannya.Bukan hari2 ada MR Bean dik..tapi member dah pakat jerit bila kakak nak tenguk Gerak Khas.Setiap malam itulah masalahnya, dia akan mengamuk kalau lepas berita.Dia bukan faham Mr Bean cuma ada hari Selasa.Lisa cadangkan beli CD..oii jangan nak oii..nanti 24jam Mr Bean, kita tak payah nonton citer yg lain.Tapi kesian anak..lastnya tertidur kat couch.Adik dah tidur,kakak berselawat kecil sambil memandang aircond..Mama dalam aircond tu ada air batulah..tu pasal sejuk..hati tertawa dgn ungkapan anak.Apa2lah sayang..mama dan ngantuk.
Pukul empat pagi anjing dan kaum kerabatnya yg ramai lepak kat luar pagar menyalak tak berhenti2, mulanya ingat macam routine hari2 biasa tapi bila lama sangat menyalaknya kita tak sedap hati, bangun dan buka lampu hadapan.Senyap lansung.Sarah bangun, anak seorang nih bertelinga lintah, mudah bangun.
Tidur dah makin kurang, makin susah nak bergerak, simanja kat dalam asyik menendang, sesekali agak kuat sampai terjaga, manja Mama dan tak sabar nak keluar agaknya.Tapi yg paling aktif masa dalam kandungan ialah Sarah, ingatkan lelaki, lasak dalam perut..bila kat luar sekarang pun masih lasak,perangai macam budak lelaki..suka panjat tiang dalam rumah..garang tapi pandai memujuk dan ambil hati.Anak, masing2 ada kelebihan.
Semalam terkejut dgn berita penyembelihan seorang remaja 18 tahun oleh bekas tentera di Kedah.Masyaallah,disembelih didepan adik2nya, alangkah ngeri kematian sebegini,kesian sedang sedap menghadap makanan, maut datang menjemput.Benarlah, janji Allah tidak pernah tidak tepat, walaupun sesaat hatta dalam apa jua keadaan.alfatehah untuk Allahyarham, semoga ditempatkan dalam golongan org2 yg diberkati.Alangkah lukanya hati ibu,namun anak adalah pinjaman dari Allah,bila waktunya ia harus kembali kepada yg empunya.Setiap hari ada saja berita yg menegakkan bulu roma. Kisah pembantu rumah,dulunya bermusim didera, kini dibunuh kejam.Bibik di rumah mengucap panjang dan belas kasihan dgn rakan senegara.
Tengahari sebelum lunch keluar town sekejap, cadangnya nak pergi bank dan hantar dokumen kapal ke pejabat kastam. Penuh parking, ramai sangat berurusan di bank walau dalam hujan gerimis.Malas cari parking jauh2, decided nak hantar dokumen kat kastam saja,itupun tak keluar kereta, hulurkan saja pada pak guard diluar..singgah warung tepi jalan..cuma ada nasi lemak, tak apalah mungkin itu rezeki yg ditentukan utk hari ini.Apapun perlu makan sesuatu jika tidak kembung perut masuk angin.
sesuatu yg tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan
atau sebagai satu kebetulan..
walau kita didatngkan dgn berbagai pilihan
mengapa sering terjadi pilihan tak menepati...

Kenangan 2004 22 July


22nd July, 2004. 12:35 pm. rehat,tapi kenyang

Lunch break..mood makan tak ada, so pegi bawah jumpa budak2 kilang..minum nescafe panas..kalau rasa tak de mood nak makan pegilah kepantry utk workers ni..kebanyakannya org India..ada worker paling tua..kami kat ofis panggil nenek..dia nih hari2 bawak "rasum"..makanan India sup masam..ala2 tomyam gitu.Yg sorang pulak..makan tosei..dalam pantry tu memang bau kari..ada lah minah nih on diet tapi hari2 nampak bawak kek..
"kenapa tak makan nasi"
"Ayo..saya suda manyak gumuk la aka.."tapi dia bantai kek hari2..diam sajelah,itu pendapat dia..kalu kita cakap bab diet pun dia bukan nak terima.
Ada sorang budak muda India nih..anak jiran sebelah rumah..kesian dia dilahirkan dgn kepala besar..dia agak kurang normal..tetapi rajin dan pembersih..sebelum mula kerja mengisi minyak pelincir di line dia..dia buat kerja lain..seluruh kawasan dimop dan dibuang sampah..hari2 dia mop lantai tempat dia kerja..sebenarnya tak perlu tiap hari,..tapi Plant Manager pun tak berjaya menahannya..Lastly..biarkanlah.
Hari ini bawa buah plum..dan chocolate NIPS..ehh sedap pulak..itu pun ambil Tita punya..balik nanti kena ganti baliklah..nasi goreng pagi tadi masih penuh dalam perut..petang nanti tea-time makan kueh atau biskut lemak cicah susu..cukuplah..balik rumah masaklah lebih kurang.
masa hamilkan Tita dulu..selera cukup teruk..dari 1 bulan sampai lahir..asyik makan susu,nestum,kuih2 manis dan buah2 tempatan..buah import lansung tak pandang..badan susut..teruk alahan..badan lemah semacam..lahir je..Tita 3kg..kurus..tapi tulangnya..fuh keras..nurse kat spital kata dia senang diurus..Sarah pulak..asyik nak makan..alahan agak kurang..emm keluar berketak2 badannya berlipat..tapi menangis sahaja..nak berdukung..dipeluk..Lisa good baby..tak banyak problem..Yang ni pulak..makan semua benda yg opposite puteri2 nih..kalau dulu suka benda manis..kali nih suka yg masin,minuman panas,kalau boleh hari2 nak teh tarik.Makanan suka daging, ayam..telur..ikan lansung tak pandang..hai Mudahan2 Allah kurniakan putera pulak, buat teman Papa ke masjid, main bola memancing dan tenguk racing.
Apalah nak jadi dgn kawasan perumahan sini..banyaknya anjing liar..malam tak boleh tidur dibuatnya..menyalak tak habis2, bergaduh sesama sendiri.Ada sekor tu, tangannya dah putus..agaknya ada manusia yg dajalkan..kesian menyelongkar sampah nampak siksa, badan kurus, dah banyak kali call MD tapi tiada respond dari pihak berwajib.Tahun lalu datang penguatkuasa menembak..kesian pulak,tapi kalau tenguk yg tak makan dan tiada tempat teduh dari panas hujan lagi kesian.Ada sekor tuh beranak bawak kereta buruk depan rumah..sampai sembilan ekor..budak2 nakal mengusik.. dia bawak anaknya dalam longkang..satu malam hujan lebat..lima ekor anaknya hanyut mati..kesian..besoknya terkial2 dia mencari anaknya disana sini..menitis airmata kita melihatnya..walaupun dia haiwan..namun naluri keibuannya memaksa dia menguis2 kesana kemari mencari anak yg hilang.Hari tu lebihan makanan anak2 yg selalu kita beri tidak dijamahnya.Haiwan pun tahu, ada perasaan kasihkan anak..kenapalah kita selalu lihat diakhbar2 manusia buang anak mcam sampah.Adakah haiwan kini lebih mulia?
Melalut sampai ke hal anjing pulak.
Apa nak makan malam nih..rasanya2 nya nak makan gulai lemak putih labu,goreng ikan masin atau rebus telur asin,pas tu ada daging lebih sikit tuh nak masak kicap bubuh lada hitam banyak2..bubuh daun bawang..yummi tuh.Tapi anak berdua tu..bila malam mesti nak mee goreng atau kalau nasi nak lauk telur saja..kalau tengahari tak apa pulak makan ikan atau ayam.Pernah awal mengandung hari tuh mengidam makan daging itek,Papa budak2 nih mencari sampai jauh kepedalaman..mak masak rendang..bila siap saja..jamah sikit terus muntah..nasib baiklah budak2 dua org yg masih kecil tu..tak tau apa itu itek dan seperti bapa mereka..gemar benar dgn itek.Berlainan dgn Lisa..sampai sudah dia jeling aje kuali tu..sampai menanya.."Mama sure ke itek nih halal dimakan?"..Masyaallah anak!Daging itek ni agak pejal tapi lembut,sampai hari nih kalau masak daging lembut potong tebal2, Sarah dan Tita panggil daging itek..dan suka makan.Bibikpun tak jamah.."Di Indon sana buk..saya belum pernah makan itek".Patutlah.Lagipun Bibik ni datang dari Jawa Tengah, pedalaman.Org susah benar..dia hairan kita di MALaysia makan setiap hari boleh makan daging, di sana dia hanya makan daging setahun sekali bila hari raya korban..itupun dibuat kenduri ramai2 dikampung.Jika anak2 buang makanan ringan atau coklat..Bibik mengeleng kepala..makanan mewah dibuang merata2.Di kampung Bibik tak merasalah coklat mewah begini.Peti ais pun pertama kali lihat yg besar..ada dua pintu.Mula2 dulu pernah Bibik simpan sayur dalam tempat air batu..kita tak perasan.Petangnya balik ofis..nak goreng sayur..dah beku melecur dalam peti air batu tempat isi ikan."Maaf ibu..Bibik tak tau"..nasib baiklah kita ni bukan jenis majikan Nirmala Bonat.Pertama kali bercuti ke Genting..dua hari Bibik tak bangun..Bibik tak pernah naik kereta sebegitu jauh, dan yg paling geli hati, pergi bercuti ke Sabah..Bibik tutup mata dgn muka pucat lesi semasa kapalterbang mula naik..Bibik fikirkan bunyi mahu meletup.Kesian Bibik selalu diusik oleh anak2,namun perawakan Bibi yg tenang, ikhlas,tersenyum bila diusik anak2."Bibik tak pandai"..itulah yg selalu diucapkan.Anak2 sangat rapat dgn Bibik, bimbang mereka akan merindui Bibi bila tamat tempoh bekerja, harap2 Bibi sudi sambung beberapa tahun lagi

Kenangan 2004 21/22 July


21st July, 2004. 11:33 am. confirmed harinya 8.8.2004

Checkup on Friday..bertatih kehospital..baby dah 33weeks tapi DR Intan beritahu baby dah 2.8kg, besar macam 37 weeks baby..subhanallah. Allah maha Besar.Dia minta fix date for ceasar..cadangnya nak tunggu 1st Rejab on 17 Ogos..tapi Dr tak boleh tunggu lama sangat..so decided on 8.8.2004..lepas solat Maghrib, masuk OT.Ya Allah pelihara dan permudahkanlah kelahiran anakku dgn selamat.Pergi berdua dgn Lisa sahaja..balik tuh singgah kat McD beli happy meal utk dua anak tercinta..singgah makan nasi goreng kampung dan satay aneka..lapar perut dah pukul 3pm belum lunch.Masa makan ramai budak lelaki remaja lepak..mata mengerling Melissa..anak sorang nih ramai menyangka dia anak kacukan..mungkin baka bapanya yg banyak campuran membawa rupa paras yg jauh beza dgn ibu..anak2 remaja nih tak hiraukan ibu meneman Melissa.Balik rumah, Tita sebuk bertanya? kenapa mama lambat sangat..kesian permata hati Mama..beli mainan dan happy sangat,sayu hati dgn Sarah yg tak pernah berenggang walau sehari,macammana kalau Mama masuk hospital nanti..anak solehah tentu baik..doa Mama..bukan lama cuma 5 hari saja.Kesian anak mama.
Cuti hujung minggu main dgn anak2, kemudian semalam sakit kepala tak boleh bangun..macam nak pecah..pergi panel klinik. dapat MC 2 days..pregnant kali nih..jarang MC..alhamduilillah..hari nih pulih..kerja melambak

22nd July, 2004. 10:20 am. kalau aku burung

Jika aku ini burung..aku kan terbang jauh bebas menghirup angin bayu
Jika aku ini ikan..akan kurenang lautan luas menyusuri ombak..
Namun aku hanya insan kerdil ciptaan Mu Ya Rabbi..yg bersyukur atas kurniaanMu seadanya..
Sampai ofis pagi nih terus mengemas sakan, isi semua fail dalam kotak..hantar stor..almaklumlah,2 minggu lagi nak cuti panjang..risau pulak tinggalkan ofis bersepah.Kalau boleh balik dari ML nanti tak mau kelam kabut.
Masih tergiang2 lagi kata2 Dr Intan tempuh hari..kali nih kalau masa operation nanti I nampak U punya usus ada masalah, mungkin I ikat U punya peranakan, dangerous for you to conceive next time..nanti banyak bleeding..Allahu Akbar..segalanya dalam genggamanMu..hambaMu redha.
Hati ini sangat gemarkan kanak2..cita2 nak buka Taska Islam..mengajar anak comel dari seawal usia mengenali Pencipta langit dan bumi..namun kudratMu ya Allah melampaui segala sesuatu.Belum cukup empat rasanya..jika boleh mahu lagi..namun ARRazzaq, pemberi rezeki..Dia Maha Mengetahui.
Pagi nih bawa bekal masak nasi goreng kicap berlada pedas bubuh sayur banyak2 dan makan dgn member seofis, sedap pulak..rata2 mereka memuji suruh buat lagi..sesekali rasa rajin pulak.
Tita semalam belum bangun sewaktu Mama pergi kerja, dibantainya mengamuk lepas tuh, marahkan Bibik,mengapa tak kejutkan kak Ngah.Alahai anak..macammana lah Mama kat hospital nanti.
Tidak sabar benar menanti hari datangnya permata hati ini..bagaimanakah rupanya..kerana setiap anak berlainan wajah.Melissa dgn wajak kacukannya, Tita yg hitam manis..Sarah yg sepet macam Cina..dan yg ini entah bagaimana rupanya!!Sorangpun tak ikut paras Mama..mungkin yg ini kot.
Barangan baby pun semua dan dibasuh dan disusun rapi dalam bakul khas..rasa macam nak dapat anak pertama pulak.
Beratnya kandungan kali ini dah mula terasa sangat..dah tak mampu berdiri dan jalan lama2..kaki asyik cramp dan letih semacam.Selerapun dah makin kurang..nak makan nasi malas dah..mudahan2 segalanya selamat.
Semalam Sarah asyik marah dan merengek..tak tau apa puncanya.Badan tak pun rasa panas.Letih agaknya, atau dia mula merasakan suasana ber adik.Sarah bakal jadi Kak Lang.
Petang semalam balik kerja terus ambil Lisa, singgah kat food court kat town nak cari sup ekor..hampa rasa nak nangis bila makcik sup ekor tuh tak ada, cuti.Beberapa hari nih teringin benar nak makan sup ekor..bilalah nak tercapai impian..nak drive jauh2 dah tak larat.Kepingin sup ekor lah nampaknya.

kenangan 2004 15/16 July


15th July, 2004. 10:53 am. lepas presentation

berpeluh..tapi nampak macam sukses je..anyway..let them decide!!malam tadi dapat false alarm ..rushing to hospital..kelam kabut Dr Intan datang..kesian dia sedang tidur kena kejut..rupanya baby main acah2..lepas check heartbeat mama dan baby..Dr suruh admitted utk monitor sampai esok..tapi minta Dr balik..Sarah dan Tita sedang lena tidur..nanti bangun tengah malam cari mama..kesian anak2..so Dr dgn kelat hati izinkan kita balik..hujan masih renyai,,time baik..emm..alhamdulillah selamat sampai 2am..dah tak boleh tidur..Ya Allah..penciptaku..hanya engkau yg mengetahui yg tersurat dan tersirat..aku hamba yg kerdil..namun aku tahu..hanya Kau yg tahu apa yg terbaik utk ku kerana Kau penciptaku ..Ya Khaliq!!

15th July, 2004. 1:07 pm. anak sumber kekuatan

anak..memang rezeki terbesar..sumber kekuatan..tanpa anak jiwa kosong dan sunyi..tak da anak..balaik rumah nak buat apa??melahu tenguk TV pun boring..asikkk..program yg sama..syukur Allah kurniakan kita anak yg ramai..padahal masa dulu pernah kena fibroid..operate then Doc cakap utk dapat anak chances cuma tinggal 50% aje..tapi Dr Hamid Ar*** cuma manusia biasa..meramal mengikut pengalaman dan pengetahuan yg cuma setitis tinta..berbanding ilmu Allah selautan bezanya..9 bulan kawin..anak pertama muncul dan seterusnya..jika tiada perancangan,mahu setiap tahun jadi tetamu private hospital makin kaya..macam waktu lahirkan Tita..ceaserian..RM4600 dan Sarah..emm lebih sedikit..yg nih..???tapi Allah maha Pemurah..dia Maha Tahu!!
Dah tak larat benar berjalan..nak ke opis car park pun rasa tak larat..makan aje sandwich buat dari rumah..berkhasiat dan cukup V..ikut selera nak makan kat town..tapi baby cam tak kasi je..
Semalam Lisa minta belikan brush color..ada sales person datang sekolah..mama marah sebab Lisa sudah banyak colour dalam almari buku..melambak sampai tak tau mana nak simpan..Lisa dah besar tapi masih tak pandai berjimat,,biarlah!!anak Mama kan bawak rezeki dalam hidup..moga besar jadi anak yg berguna utk Agama, Negara dan keluarga..aminnnn
Kawan call tanya pasal Dr Hanibal the Cannibal..kita ceritalah apa yg kita tahu pasal Dr Pyscho nih..dia ketawa..emm apa pun jika jiwa sakit..segala perbuatan pun turut tak betul,masa kat UiTM dulu..ada student satu dorm selalu mimpi dan berimijinasi makan daging manusia..mulanya kita agak rapat dgnnnya..namun bila selalu sangat dia ceritakan imiginasinya..kita jadi takut dan perlahan2 menjauhkan diri..takut tak pasal2 jadi bahan berita..apa khabar agaknya dia ye???

16th July, 2004. 10:35 am. TGIF

Thank God it's Friday..hari yg paling mulia dan hari yg paling I suka..dari mula sekolah sampailah dah 15 tahun kerja..memang I suka Friday..tempat kerja I pun only 5 days a week.Masa mula kerja,I rasa cukup bertuah sebab dapat company yg kerja lima hari je..masa tu private co: tak ramai yg kerja 5 days a week.Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT.
lagi satu TGIF ni sebuah restoren western food yg famous dgn "lemonade" and cekodok mushroom nya.Emm tutup dulu bab makan.
AlFatehah buat adik Atiqah Najwa..dari Allah SWT kita datang dan kepadanya jua kita kembali..penyakit yg dihadapi oleh adik comel nih dah jadi sangat common sekarang..entah dimana silapnya..yg pasti Allah Maha Tahu.Anak cuma pinjaman dari Allah, amanah yg harus dilaksanakan dgn baik.Suami selalu berpesan..anak rezeki yg tidak ternilai..bersyukur banyak2.
Tengahari ini ada appoinment dgn Dr Intan, dah masuk 34weeks..tak sabar rasanya nak menatap wajah insan yg sentiasa menendang2 manja dan mencuit hati dgn tindakbalas lembut mesranya.Hamil 3rd Trimester adalah masa paling indah..dapat berkomunikasi dgn kandungan dan kepuasan yg tidak terhingga bila dia menendang lembut..dgn gerakan manjanya.Mudahan2 selamat lahir dan jadi insan yg berguna, taat kepada Rabul Jalil.
Pagi Sarah yg sedang amat becok dgn berbagai sessi pertanyaaan, ketawa melihat mama selepas sembahyang subuh sambil menyoal dalam bahasa 'Jerman"nya..
"Kenapa perut Mama banyak air..besar"..sebab Opah selalu mengomen..perut Sarah besar sebab banyak minum air.Hai anak..semakin pandai menghibur hati yg sedang gundah gulana.
Malam tadi bekalan elektrik terputus sekejap,kedua anak gelisah tidur..hujan lewat petang tak mampu mendamaikan cuaca..tanpa air-cond, mama penat berkipas.Alhamdulillah kembali normal dan dapat lena.
Jiran India pasangan baru kahwin pulak semalam membeli 2 ekor anak anjing comel gebu..tompok2 hitam puteh..terjerit2 Sarah dan Tita melihat anak comel terkedek2 bergurau.Tita minta belikan anak anjing..dan bila kita terangkan Muslim tak boleh pelihara anjing, Tita dgn pantas menjawab.."kak Ngah bukan nak bawak solat"..Masyaallah anak masih belum mengerti.
Hati masih sugul bergelodak, mood nak makan pun hilang namun bila teringatkan permata hati dalam kandungan,mama gagahkan..masak telur omellete melayu..bubuh cili api dan tomato cincang..sedap pulak..Kak Long Lisa..apalagi..dah makan pun perlahan2 ambil pinggan duduk sebelah mama..emm kakak makan lagi..tapi badan dok steady..tinggi lansing..walau makan banyak mana..jangan dah berumur besok badan merimbun sudah..tapi manalah badan nak naik..lepas je makan teruk capai basikal..main badminton dgn anak jiran..emm makanan tak sempat singgah dalam perut.
Mudahan2 Allah SWT melindungi diri dari segala kesusahan dan dilapangkan hati menerima apa jua rintangan.Dalam hidup..tiada masalah bermakna mati..masalahlah yg merencah gulai kehidupan.

Monday, May 11, 2015

hari ibu 2015

Aku terpanggil untuk mencoret ini untuk kenangan anak2 ku bila dewasa. Ahad 10/5/2015 jatuh hari ibu..aku mendapat berbagai ucapan dari anak2..Zubair anakku pun sama..dari pagi dia mundar mandir sambil bertanya padaku "mama suka kek apa" aku kata butter cake..dia senyum dan mundar mandir lagi.Aku dapat merasa dia hendak membelikan kek untuk ku,tapi aku diam dengan rasa ingin tahu, apa sebenarnya yang disembunyikan dariku..aku sgt excited, namun aku pura2 cool..Aku meneruskan kerjaku lagi.papanya tidur sebab kerja shift malam
Setelah selesai makan tengahari aku nampak dia asyik kebileknya..mengunci pintu, tapi aku malas nak ambil tahu..sebab aku tahu tiada bahaya apa yg dilakukan walaupun aku tahu dia tak pernah berkelakuan begitu.Zubair anak yang payah menyimpan rahsia..segala pekara jika rahsia jangan lah sampai ketelinganya, pasti tidak akan menjadi rahsia lagi..tapi hari ini dia sangat berahsia denganku sambil tersenyum2.
Aku duduk menonton TV dan dia datang padaku sambil meleseh, baring diribaan ku.'Mama, teka apa dalam poket ni" soalnya..aku nampak dia asyik tersorok2 poketnya..lalu aku meneka..berbagai2 benda ..dia tergelak.2..bendanya putih dan biru..katanya..aku tambah hairan tapi aku layan saja perangainya.Akhirnya aku berjaya menyeluk sakunya dan aku keluarkan ..seikat tebal wang kertas satu ringgit diikat dgn getah ..aku terpempan,melihat wang kertas yg baru kukeluarkan dari sakunya...."buat apa ni nak"? soalku. Serentak itu aku peluk erat anak diribaan sambil kuat aku menangis, sangat terharu hingga terperanjat suamiku.."kenapa ni"?soal suamiku panik melihat aku peluk erat anakku sambil tanpa malu2 menangis.
Aku pandang suamiku.."bang..dia gunakan duit dia ..dia nak beli kek untuk mama",tangisku terharu dan hiba...suamiku diam..aku peluk dia lagi dan kuusap rambutnya.."berapa lama adik simpan duit ni.?soalku melihat duit setebal itu, mungkin lebih RM30 kot.."Adik simpan duit belanja mama kasi tiap hari,...selama sebulan"..katanya sambil turut menangis melihat aku menangis terharu..aduhh anak..mulianya hati mu..besarnya penghargaanmu tidak sepadan dgn tubuh muda dan kecilmu..tidak pernah seumur hidup aku merasa bangga dan terharu dengan penghargaan ini..indahnya saat ini lebih indah dari hari aku mendapat Ijazah 20 tahun lalu..ku dakap dia penuh kasih sayang,ku cium dahinya berulang kali.."terima kasih anak..tak perlulah sayang kumpul duit untuk beli kek mama, pegi ambil duit mama dan beli kek, simpan duit belanja ni..kataku sambil menangis..dia mengelengkan kepalanya.."tak..adik nak guna duit ni..adik sayang mama"..katanya lembut..aduh anak..,kasih ku melimpah ruah buat anak sekecil 11 tahun tapi mempunyai kesedaran tinggi akan kasih sayang terhadap ibu yang melahirkannya..Ya Allah terharunya hati ibu ini..besarnya hati ku mendapat anak sebegini..syukur ya Allah kerana kau amanahkan Muhammad Zubair Izman  hadir dalam rahimku dan membesar menjadi anakku..moga dia akan terus menjadi anak soleh yang akan menjadi penyebab aku kesyurgaMu ya Allah dengan doa2 nya hinggalah menjadi amal jariah yang berpanjangan buatku bila aku sudah tiada..amin!

MRSM Alor Gajah..selamat datang Sarah izman

4.2.2015 tercapailah hasrat Sarah melangkah ke MRSM Alor Gajah, walau hanya Allah SWT saja yang tahu betapa beratnya hati aku melepaskan anak tersayang, tidak pernah sedetik pun berpisah dengan anak ini.Dia anak yang tidak pernah berenggang denganku sedari kecil, dia peneman ku kemana jua, surau, pasar,pasarraya..pasar malam kemana saja..kakak dan adiknya memilih utk tinggal dirumah, tapi dia akan selalu memileh utk mengekoriku
Hari pendaftaran, kami pergi sekeluarga tanpa kakaknya.Ramainya pelajar baru berdaftar dan seorang demi seorang mendaftarkan diri.Sarah mendapat no pelajar MG150116, itulah pengenalannya nanti sepanjang pembelajarannya disana.Sarah kulihat sangat gembira, tapi hatiku hanya Allah saja yang tahu, aku masih ingat kata seorang kenalan dulu, 'Anak kita jika sudah melangkah keluar rumah dia tidak akan pulang lagi"..sedihnya aku..benar kata2 nya, lepas ini jika rezekinya panjang dia akan ke universiti..dalam atau luar negeri..lepas tu berkahwin, punya keluarga sendiri..jadi..aku perlu sedar..4 februari 2015 lah hari akhir dia menjadi ahli rumah ini,,selepas ini dia hanya akan bersamaku bila ada kesempatan cuti sahaja..
Anakku ..yang kukandung penuh kasih sayang akan jadi orang asing dalam rumahku sendiri..apa kah ini yang ku pileh?kenapa aku bersetuju melepaskannya keasrama?tetapi patutkah aku menghalang cita2nya yang sungguh tinggi, patutkan aku pentingkan diriku sendiri semata2 tak mahu tinggal seorang diri di rumah..aku bukan ibu yang selfish .Aku mahu Sarah berjaya..dunia akhirat
Setelah menghantar barangan keperluannya ke asrama , aku melangkah pulang,,ku peluk dia seerat2nya, kucium pipinya sepuas hatiku.. seakan mahu ku sumbat dia kembali kedalam kandunganku, supaya dia akan sentiasa denganku.Waktu ini perasaan menyesal membuak2 keluar didadaku.kenapa aku setuju bila dia mahu belajar di situ, kenapa aku tak suruh dia belajar saja disekolah berhampiran rumah, mudah untuk aku melihat, memeluknya saban hari..aduhh alangkah selfishnya aku..sepanjang perjalanan pulang aku banyak berdiam diri..hilang segala mood ku..walaupun untuk makan.
Malam itu aku rasa seperti bebanan besar lepas dari bahu, cita2 anakku telah mampu aku penuhi..namun kesedihan menyerang membuatkan aku hampir sesak nafas..bila ku lihat bantalnya, selimutnya..baju2 pagi tadi yg dipakai sebelum pegi..hati aku bagai direntap2 oleh duka..kerongkongku bagai terkulum buah berduri..kesat, perit..aku buat buat gembira depan dua lagi anakku, namun bila saat anak2 telah tidur..aku menggogoi menangis seorang diri, aku tak malu kebileknya..menangis seorang ditengah malam,,rindu ku Tuhan saja yang tahu.Sepinya dunia ini tanpa Maisarah anak manisku,aku sebut,ulang namanya berulang kali..sambil baju yang masih ada baunya kucium berulang kali..dada ku penuh dgn kesepian..aku tenggelam dalam airmataku..sendiri
Kini sudah beberapa bulan dia disana, setiap malam aku akan menaliponnya..dia pun akan menceritakan apa yang berlaku.Tapi aku akan disayat pilu bila Sarah meluahkan masalah, apa saja yang terjadi padanya.Anak aku rupanya seorang yang sangat perasa, dia akan merasa rendah diri jika ada hajatnya tidak tertunai.Ini semua salah aku, aku besarkan Sarah dengan segala kesenangan, walau tidak semewah mana..apa jua permintaannya jarang aku lewati.Segala hajatnya dipenuhi, jadi dia membesar dengan anggapan bahawa..dia seorang yang superior..tidak ada yang lebih darinya.Aku tahu di sekolah rendah dulu..dia selalu tidak dapat menerima kekalahan, tidak dapat menerima ada orang yang lebih darinya..aku tahu itu sikapnya yang tidak baik berpunca dari didikan aku..akulah yang bersalah membuat dia berperasaan begitu.
Suasana asrama tentu sahaja tidak mengizinkan kelebihan seperti mana yg selalu kuberikan padanya.Kadang2 jika kawannya menolak idea atau hajat nya dia jadi negatif, dia jadi sedih..dia mengadu kawan2nya pinggirkan nya..dia merasa diri tidak siapa ingin berkawan..hey wake up big girl..you sudah besar bukan anak kecil darjah satu.Inilah yang memeningkan aku sekarang,aku tidak mahu anakku berfikiran sempit,negatif..jumud..banyak lagi ranjau duri yang terpaksa ditempuh,panjang lagi perjalan sukar yang akan dilalui..setakat idea yg ditolak kawan, dipinggir ..adalah masalah sangat kecil..aku selalu tekankan padanya bahawa aku juga pernah duduk asrama penuh..bertahun2 ..memang aku faham,adalah satu masalah besar jika dipinggir, tapi jadikanlah ia satu cabaran, aku jua lalui benda yang sama disekolah dulu..aku anak org miskin, rupa tiada..siapalah yang sudi kawan.Tapi lama kelamaan aku mendapat kawan yang sehati sejiwa, sekufu kata orang, jadi aku terus berkawan dengan mereka hingga kini.aku selalu beritahu padanya.."lihat mama, dulu mama pun pernah dipinggir sebab anak orang miskin, tapi sampai sudah hampir setengah abad umur mama, mama masih hidup..berkahwin...ada anak2..pandai2 lagi..so terpinggir itu tidak menjadi kuman dalam hidup mama, malah itulah yang membentuk peribadi mama jadi tabah dan kuat.
Bagaimana lagi aku harus nasihatkan anakku ini..aku bangun tahajjud malam minta Allah SWT kuatkan azam, hati anakku ini..jangan dia mudah menyerah sebelum berjuang..jika ada pembaca diluar sana..(ada ke yg sudi baca coretan merapu yg beremosi ni)..tampillah kedepan...berilah aku panduan, bagaimana menasihati anakku ini..aku bimbang pelajarannya akan terjejas