26th July, 2004. 1:07 pm. Isnin..boring
Kita selalu sangat dijangkiti rasa kebosanan hari Isnin..mat salleh panggil
"monday blues".Itulah yg terjadi hari nih..bangun subuh lepas tu
baring atas katil balik..tak larat benar nak bangun.Badan sakit2 terutama
bahagian bawah perut, cramp beberapa kali..nak bangun tuh Allah saja yg
tahu.Check hari tu baby dah berat 2.8kg,dah boleh lahir dah.Minggu ni mesti
naik 3kg.
Pagi Sabtu hujan renyai2, tapi bila anak2 bangun, Sarah tiba2 nak roti
canai,Papa dah pergi kerja so bawa2 anak2 ngan Bibik terus pi makan kedai
mamak.Minggu Sabtu bekerja, town kecil macam PD ni..sesak dgn org terutama
rekrut2 yg baru dalam latihan.Keluar duit dan beli belah.Makan roti canai telur
dgn teh tarik panas.Makan macam tak ada esuk.Beli jugak barang keperluan dapur,
extra sikit sebab dalam pantang nanti susah nak keluar.Dalam hujan renyai2 tu
selesai beberapa pekara,Alhamdulillah.
Petang Sabtu, damai berangin, duduk depan rumah atas buai.Pekan nih heboh dgn
kisah org pecah rumah bersenjatakan parang.Walaupun 4 orang dah ditangkap tapi
kejadian masih berleluasa.Manusia mencari wang dgn jalan singkat sekarang, duit
keperluaan asasi.Tita ketawa atas hamparan rumput tepi pagar bila mama suapkan
makanan,bangga hati melihat anak petah sudah semakin besar dan pandai
bergurau.Melahirkan Tita amat mendebarkan kerana Lisa sudah berumur 7 tahun,
rasa macam pertama kali.Lahir pada April Fool..cepat 3 hari dari dd jangkaan
doktor.Sedang sangat sarat, pergi pasar malam, teringin makan nasi kerabu.Banyak
makan sampai rasa senak.Dalam pukul 11:45 suami balik shift petang dan lagi
sekali makan taufufa.Masuk bilek air nak gosok gigi utk tidur,nampak berdarah
sikit,bila bangun goshh..waterbag pecah.Suami panik,nasib baik semua dan
pack,tengahmalam check in.Sampai hospital,midwife check baru buka 1.5cm.Monitor
heartbeat baby.Pukul 2am baru Dr Intan sampai.
"You I terpaksa operate you sebab baby dan keluar najis..dah hijau air
nih"
Alamak,terperanjatnya, pertama yg kita ingat Ya Allah selamatkan anakku.Masih
teringat tiga yg lepas anak kakak mengalami benda yg sama.Termakan najis,
dihospital kerajaan, doktor tunggu juga utk bersalin normal, bila lahir saja
bayi dah termakan najisnya.Akibatnya sebulan dihospital bila doktor announces
peluang hidup 50/50.Setiap jiwa kepunyaan Allah,anak itu sihat dan puleh namun
hingga kini ia menjadi kanak2 yg agak lembab pertumbuhannya.Kami sekeluarga
mengalami trauma dari insiden itu lantas redha dgn kenyataan Dr Intan.Ceaser
pun ceaserlah, janji bayi selamat.
"You baru makan, jadi I tak boleh bius the whole body,I bius you half
saja" lagi sekali hati dipanjat ngeri.Dalam OT suami tidak dibenarkan
masuk sebab ini kira kes kecemasan jika elaktif suami boleh menemani.
masuk saja sejuk semacam,semua muka friendly tapi tak dapat menenangkan
perasaan takut, cemas, excited nak tenguk anak, bercampur baur.Akhirnya rasa
kaki kebas,dan dalam cermin lampu diatas kepala,nampaklah segala jenis pisau
dan nampak perut kita dicuci dgn solution warna merah.Agak nya nurse perasan
kita jadi "peeping tom" dia alihkan lampu cermin tu,so tak nampak
apa..cepat mereka bekerja,tak sampai 5min, dengarlah tangis Tita,sangat
kuat,marah ketenangan dalam rahim ibu yg enak diganggu gugat.Bila ditunjukan
pada kita,Subhanallah..aku akur kebesaranmu Tuhan, perfect,comel dan manisnya
anakku..tiada cacat cela..rambut hitam berkilat.Airmata tergenanglah, bangga
dan gembira.Nur Mashitah, nama pilihan Papa setelah bermunajat, keluar 3 malam
kemasjid pilihan.Semoga imannya sekuat Mashitah,di zaman Firaun.
Hari Minggu rutin biasa,malas masak.Abang ajak cari nasi lemak org Kelantan,
dah pukul 11am semua warung dah bungkus,mana ada breakfast pukul 11am, dah nak
lunch.Abang beli ikan jenahak,goreng kosong dan makan anak beranak dgn kicap
cili,sayur campur dgn cendawan butang dalam tin.Berminyak2 mulut anak2 dara
meratah ikan jenahak.Abang dgn malasnya masuk kerja pukul 3pm,seperti biasa
Tita menangis bila Papa pergi kerja tapi Sarah cool..melambai2 Papa mencari
rezeki.
Semalam bukan main gembira anak2 main kat belakang rumah,berselerak dgn daun
betik yg memayung redup kebun belakang.Ubi kayu baru nak naik,musim hujan subur
menghijau.Cili api opah tanam pun banyak buah cuma pokok pisang bantut tak mahu
besar.Ada jugak bubuh baja,tapi macam tu jugak,mak gunakan baja air basuh ikan
yg disimpan semalaman, esuknya bila disiram pokok, semerbak harumnya..anak2
selalu komplen,busuklah Opah, tapi tanaman semua naik cantik.