Hari ini memang meletihkan.Bangun awal pagi,hujan lagi. Cadang nak
masak mee goreng mamak as a breakfast,tapi lepas solat,kepala pening so baring
sekejap, terlelap.Pukul lapan kelam kabut mandi dan tak sempat buat
breafast.Bibik tak boleh bangun demam, kain bersepah dalam bilek air,kita
manalah larat nak buat tu,jalan pun dah tak berapa larat,inikan pula nak basuh
kain.Nak ambil cuti, esok cadang nak pi check-up, cuti lagi.Nasib baiklah ofis
dekat,tak sampai 5min naik kereta dah sampai.Jem tak ada,kereta tak banyak,
jalan pun lengang..syukur nikmat Allah SWT.
Semalam lagi Bibik dah baring saja, kadang2 BIbik nih pun macam budak kecil,dah tahu badan tu suka masuk angin, bila org buat bubur kacang makan jugak nak ikut macam org sihat..sudahnya pening kepala, muntah dan tak larat bangun.Kesian anak2,kita tak boleh cuti sesuka hati.Ingat petang balik kerja baru nak basuh kain pulak.Alahai,kena muhasabah diri,apalah yg menyebabkan kesukaran urusan sehari dua ini..mungkin ada kesilapan yg tidak disedari atau ada hati yg tidak sengaja dilukai.Semoga Allah mudahkan urusan.
Hari ni punyalah busy, banyak kerja,dari mula sampai, lepas b'fast pergi klinik hantar BIbik kejap,lepas tu balik ofis terus dapat kerja melambak2.Kalau tak ada kerja tu, melahu saja..kalau dah ada, datang sekali gus.Apa2 pun syukur,kalau tak ada kerja ..soru miss..tapi Allah sebenarnya yg memberi rezeki, pekerjaan cuma sebab musabab pemberian rezeki sahaja.
Semalam ambil gambar yg dah lama dicuci, Cina kedai tu dah naik lupa kat mana dia simpan, gambar birthday Tita, buat barbeque depan rumah kebetulan masa tu Nyah,kakak dari kampung pertama kali menjenguk ke PD setelah 4 tahun kita bermastautin di sini.Alangkah kembang hati dgn kedatangan dia, sebab selain emak dialah insan kedua yg kita kasihi sebabnya semasa kecil mak membantu ayah menoreh getah, jadi kita dipelihara tinggal dgn Nyah yg waktu tu sudah anak dara.Semua adik2 yg kecil Nyahlah uruskan, hingga kini semua adik2 sangat mesra dgn Nyah.
Kita dilahirkan di Tronoh Perak, dulu sebut Tronoh siapa pun tak kenal tapi kini sejak ada Universiti Petronas, barulah org luar tahu Tronoh tu kat mana.Datang dari keluarga yg susah,Kami ada sembilan beradik tetapi kakak yg tua,Yong..meninggal sewaktu berusia 1 tahun, emak pun tak pasti sakit apa, tak bawa ke hospital pun..cuma emak kata dia asyik cirit birit, jika sekarang mungkin dapat diselamatkan dgn perubatan moden..namun lagi sekali..ajal maut ditanganNya.Dia Pencipta dan kepada Dia kita kembali.Kini tinggal lapan beradik,Nyah kini jadi anak tertua,duduk dikampung berdekatan rumah pusaka ayah,dah beranak lapan,malahan Nyah dah ada 13 orang cucu dari anak yg dah besar2.Lepas Nyah,lahir Yang pulak,anak perempuan ketiga,tinggal di Ipoh,anak 3 orang, sudah besar2 anaknya.Yang mengidap kencing manis dan buah pinggang, setiap minggu darahnya mesti dicuci,suaminya bersedia menderma salah satu buah pinggang namun doktor kata sia2,kerana kencing manisnya dalam peringkat kritikal,jika dibedah utk buah pinggang lukanya payah sembuh dan buah pinggang yg didermakanpun akan rosak dalam masa terdekat.Hati mesti tersentuh setiap kali menziarahi Yang yg nampak lebih tua dari usianya.KIni kedua mereka suami isteri telah tiada lagi, pergi meninggalkan dunia fana.kesian pada anak2 yang tinggal kini yatim piatu, namun mereka tahu kami adik beradik kasihkan mereka bagai anak2 kandung sendiri.

Keempat, perempuan lagi,Kak Tun di Shah Alam.Dia ni wajahnya
hampir serupa dgn kita,selalu kawan2 tersilap terka,anak 3 dan sudah besar, malah
sudah mempunyai seorang cucu.Kelima perempuan lagi, Kak Dit,anak empat tinggal
di Shah Alam juga, telah ada lima cucu buat masa ini.Kemudian barulah emak
melahirkan anak lelaki,Abang Mat,sudah hampir 20 tahun kawin namun tiada
dikurniakan Allah cahayamata.Ramai kawan mengusik agar kawin lagi, tapi katanya
itu bukan menyelesai masalah tapi menambahkan masalah.Dia menetap di Perak. Isterinya
mengidap kansur salur darah dan telah meninggal duni setahun lalu dan abang Mat
kini telah ada penganti.Setelah Abang Mat,lahir abang Jak pula, menetap di
Damansara,baru2 ni menerima menantu dari anak pertama dari seramai enam orang.Lepas
tu barulah kita dilahirkan dan adik lelaki bongsu Ijai,dah beranak dua.Kalau
hari raya semua pulang kekampung,punyalah seronok,rumah tu seriuh2nya,tambahan
pula,anak2 buah kebanyakannya lelaki,apalagi gamatlah rumah pusaka ayah.Kalau
malam pulak dari pintu anjung sampai kepintu dapur,penuh.Anak2 tidur
berselerakan,semua tak mahu tidur dalam bilek.Seronok sungguh bila tiba hari
raya.Masak pulak, macam masak utk kenduri,semua dalam periuk besar,alangkah
nikmatnya berkeluarga ramai,walaupun semasa kecil kami dilanda kesukaran namun
kini bangga dgn keluarga besar.Maklumlah,ayah emak bergantung pada hasil
getah.Apa2 perbelanjaan pun semuanya menunggu duit torehan getah.Bila hari
hujan emak ayah berwajah sugul,belanja anak2 sekolah dan keperluan dapur perlu
diadakan.Jika musim hujan begini, selalu kesekolah tanpa belanja,mak bekalkan
ubi keladi atau ubi kayu yg banyak ditanam ditepi dapur rumah.Bila sampai
sekolah,tak makan pun,malu makan depan kawan2.Balik rumah,emak cuma mampu
goreng ikan kering atau ikan darat (air tawar)yg ayah jala di lombong yg banyak
dikawasan kampung.Kakak2 pun ramai yg berotak baik tetapi desakan kemiskinan
menyebabkan peluang melanjutkan pelajaran terbatas,mereka keluar bekerja kilang
di bandar dalam usia muda, semata2 untuk membantu emak ayah menyekolahkan adik2
yang masih kecil.Pengorbanan kakak2 sangat besar, dan tidak dapat dibalas,hanya
Allah sahaja memberkati mereka,setiap kali sujud kehadrat Ilahi,kesejahteraan
mereka sentiasa dipinta.Hanya itu saja yg mampu dilakukan oleh adik2 untuk
mengenang jasa mereka.
Hingga kini trauma musim hujan masih dirasai.Walaupun rezeki kita tidak lagi bergantung kepada hujan, namun bila mengingatkan musim hujan di waktu kanak2 bermakna tiada belanja dan kesusahan,traumanya masih terasa,sedikit sebanyak hati pilu jika hujan setiap hari.Kini syukurlah,anak2 tidak merasai apa yg pernah kita alami,namun semua itu ada hikmah yg tidak dapat dilihat dgn mata kasar.Allah Pencipta,sewajarnya Dia lebih tahu apa yg terbaik.Dari didikan hidup yg sukar inilah yg menerapkan sifat jimat cermat,kasih sayang yg mendalam antara adik beradik,sifat berkongsi,sifat redha dan sabar banyak terbentuk hasil didikan hidup sukar yg silam.Apa2 pun ianya telah menjadi kenangan walau pahit ditelan namun membuahkan hasil yg manis.Sayangnya, ayah tidak dapat merasai buah manisnya didunia..namun doa utk ayah semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya.

No comments:
Post a Comment