Monday, December 13, 2010

Khasiat garam gunung ..




Salam semua

Sebenarnya I dah pakai sebulan produk ni..diintroducekan oleh sorang kenalan, mulanya I pakai suker2..tapi dah sebulan pakai..I dah nampak efek dia,I bagi whole family,

Hubby (lenguh badan): Tak payah you urut I teruk2 dah..kurang lenguh ,

Mak (umur 79 tahun) selalu kata kebas2 tangan..dgn kofiden cakap Perak yg pekat: “tak de pulok mak rase kebeh2 tangan ni ,

Sarah (anak 8 tahun masalah selsema): Ma..Lalah tak bersin sangat kan..pepagi

Tita (anak 9 tahun masalah usus): Ma..kakak dah lancar pi toilet tiap ari..perut jarang sakit

Abey (anak 6 tahun): G6PD adik boleh baik ke Ma..(itu tak boleh sayang, G6PD bukan penyakit..!!)

So tak payah I cerita banyak lagi lah sebab I dah ada testemoni (kata org kg I)..dari org2 terdekat tanpa paksaan..tanpa pura2..Ianya barang baik so I terpanggil nak share ngan korang kengkawan,,tambahan I masih dalam proses melihat apa pulak efek yg lain setelah pakai lebih lama..

Cubalah...tak mahal..Cuma RM35 (800gm) untuk stok 3 bulan..lama tuh besar container dia..

1st grade very fine (halus ..kata melayu) garam gunung dari Pakistan

Kalau rajin..bacalah bawah ni..kalau malas cukuplah citer kat atas tuh: (nak tahu lebih lanjut call: 0126703179)

Garam Gunung Himalaya

Garam biasa yang dibeli di pasaran diproses dari laut bercampur kimia menjadi natrium klorida sahaja, yg mengakibatkan masalah darah tinggi. Segala mineral – mineral yang lain dikeluarkan dan mengandungi unsur aditif seperti aluminium silikat yang menjadi unsur yang sangat beracun dalam sistem saraf manusia dikenalpasti satu punca yang menyebabkan penyakit Alzheimer.

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan terbukti oleh sains menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.Ia mencerna makanan kepada asid amino dan enzim tertentu dan disalurkan melalui sistem buah pinggang dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

Dari Abdullah Bin Umar

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"

Nota: Untuk merawat kanak-kanak memadai ikut cubitan jari tangan mereka . Ia bagus untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak . Jangan melebihi sukatan kerana garam ini mengandungi ion tenaga yang amat tinggi . ( di proses bukan menggunakan besi )

KHASIAT.

  1. Ada 84 jenis galian untuk menyeimbangkan kadar air di dalam tubuh manusiamembantu mengawal tekanan darah - dikatakan kerana keseimbangan kalium, kalsium, magnesium & natrium.
  2. melunturkan dan meleraikan segala kekotoran amat berkesan sebagai agen pembersih darah.
  3. Menyerap racun, gas dan asid dalam tubuh.
  4. Menambah kandungan oksigen dalam darah dan melancarkan peredaran darah.
  5. Menghilangkan pegal-pegal pada kaki ketika berdiri lama dan urat tegang dan sakit leher ketika bangun tidur.
  6. Mencairkan darah yang menggumpal(sesuai untuk orang yang memiliki penyakit darah tinggi, semutan kaki dan tangan)
  7. Mengatasi penyakit asam urat, migraine dan usus.
  8. Mengaktifkan system pancreas kearah penyembuhan kencing manis

FUNGSI

  1. Membantu keseimbangan Ph yang sihat di dalam sel-sel terutamanya di dalam sel otak manusia
  2. Membantu kesihatan gula dalam darah dan membantu melambatkan penuaan
  3. Mencegah kekejangan otot
  4. Membantu kekuatan tulang
  5. Membantu tidur yang lebih nyenyak
  6. menetapkan kadar air didalam tubuh
  7. menstabilkan degupan jantung yang tidak tetap.
  8. mengeluarkan asid yang berlebihan daripada sel-sel didalam tubuh terutama sel-sel otak.
  9. menyeimbangkan paras gula dalam darah, elemen yang diperlukan oleh pesakit diabetes.
  10. menjana tenaga hidroelektrik dalam sel-sel tubuh. Ia digunakan untuk menjana kuasa dalaman dimana tenaga diperlukan oleh sel-sel.
  11. mengeluarkan lendir dan gelema, khususnya masalah asma dan cystic fibrosis.
  12. melegakan masalah selesema dan resdung
  13. Garam juga penting untuk mencegah pengeluaran air liur yang berlebihan semasa tidur.Keadaan ini menunjukkan bahawa badan kekurangan garam.
  14. membina struktur tulang. Osteoporosis terjadi akibat kekurangan garam dan air dalam tubuh.
  15. diletakkan di lidah mampu menghentikan batuk kering.
  16. mencegah penyakit gout dan arthritis gout.
  17. mengekalkan seksual dan libido.
  18. menghalang vena varikos (urat timbul) pada peha dan kaki.

ADA BERBAGAI CARA PEMAKAIAN

P/s Jangan gunakan sudu besi, gunakan sudu plastik

  1. Ambil secuit garam dan letakkan di atas lidah, sebelum dan sesudah makan.
  2. Masukkan sedikit garam kedalam air dingin dan minum. Untuk hasil yang lebih baik jadikan minuman harian untuk seisi keluarga (JANGAN GUNAKAN AIR HANGAT ATAU AIR PANAS)
  3. Taburkan secukupnya di atas makanan atau buah-buahan
  4. Menggantikan garam biasa untuk memasak
  5. Larutkan satu sudu teh ke dalam 1.5liter air bersih & minum sepanjang hari untuk Diabetes, Darah Tinggi, Sakit Tumit, Gout & Arthritis
  6. Masukkan 1/2 sudu teh garam dalam segelas air, rendamkan kapas & sapukan kapas tersebut di bahagian bermasalah untuk ruam, ekzema, gangren, luka & sebagainya (masalah kulit) & keputihan/gatal (masalah wanita)
  7. Ubat gigi dicampur dengan sedikit garam untuk masalah gusi
  8. Berkumur 3-4kali sehari untuk ulser mulut
  9. Bagi penderita yang memiliki penyakit kronis seperti darah tinggi, kencing manis, lenguh urat, jantung dsb, silahkan lakukan rendaman kaki selama 30 menit selama 7 hari berturut-turut

Caranya:

  1. Ambil besin yang cukup untuk ke dua belah kaki. Masukkan air kira-kira separas mata kaki
  2. Masukkan 1 sendok makan garam gunung Himalaya dan kacau mengikuti arah lawan jam 7x, kemudian ambil sedikit air tersebut dan sapukan ke muka dengan niat untuk menyembuhkan penyakit yang anda niatkan
  3. Kemudian ambil 1 sendok makan kapur sirih dan campurkan ke dalam air tersebut, aduk sampai keruh
  4. Masukkan kedua belah kaki ke dalam air campuran itu dan masukkan ais batu secukupnya. Rendam selama 30 menit insyaallah anda akan merasakan kesembuhan dari hari ke hari.



Thursday, December 9, 2010

House Renovation 24 Nov to 1st Dec




TADAAAAA..makeover touch up..new face of the house!!


Ex-klasmet Papa..few good Kelantanese brought by Papa ..tenguk rekah2 rumah and fineli decided to do renovation..and memandangkan anak2 dah besar (dah bleh pakat2 jgn conteng dinding) ada baiknya cat umah..kos nye boleh tahan..(fren2..punya helega..tak mahal ma)...1st day datang 1 indonesian and mamat K..ingat datang melawat jer..balik dari kije jam 5pm..penuh umah berdebu..rasa nak pitam..cepat2 call Papa kat opis minta carik hourly maid..sapalah nak jadi maid terjun masa tuh..nak tak nak..pelan2 mop, sapu..(sesekali mengesat air mata)..penatnyer Ya Rabbi
2nd day tu,,dia buat coating..nasib baik x lah comot sangat cam semalam..yg retak kecik2 dia kasi edjus..nampak comei skit, 3rd day dia ganti dinding kat dapur ngan mozek sbb dia kata dinding akan tetap merekah sbb sebelahnya bilek air masterbedroom
(masa nih..budget dah sah larik).Hari 4 sampai 7, cat abis2san..dia bawa empat orang..
1st Dec semua selesai..(ada sikit je..pagar belum cat, kenot..sbb ujan..so musim panas nanti..Pompuan terakhir Malaya ni lah nampaknya akan menggantikan mamat pro tu mengecat rumah.Hari2 mop lantai..blakang mcam nak pecah..sib baik amik Voltren dari Doktor Fid..dapatlah menampung keperluan badan..
Is not easy..tuh baru renovate ala2 manja..kalu lah betul2 punyer,,mau masuk hospital!!

Wednesday, December 8, 2010

Konvo Raudhatul Ulum..13 Nov 2010

mesti nak dekat Nawarah..sebelah jer, patutlah senyum panjang..ader awek!!

nampak tu..Nawarah nampak je..menyelit bakal menantu aku



Anak bujang mama dah besar..sat lagi masuk skolah,masuk unibesiti bergepren..berbini..tinggalkan mama..huhu..
namun jauh disudut hati..mama bangga sayang, tambahan bila

tenguk setiap gamba dia mesti terselit minah comel nama Nawarah..nama

budak nih selalu meniti bibir dia..Nawara comel..Nawara putih (tipikal jantan melayu..nak yg putih je..abis..yg itam sapa nak kawin..terasa mak yang lite2 arang nih..nokss
Zubair masuk acara hafazan dan nasyid (filing2 Maher Zain..anak aku)..kakak berdua pun pegi meraikan konvo adik
"kuatnya sore Zubair Ma..tak yah pakai mike.."

Hari Kecermelangan 16 Nov 2010

etlis..Sarah nampak sopan skit..maklumlah..mak dia sopan orangnyer


Gambar Tita tunjuk butt@#$..kat audien..anak sapalah tuh

Dah dekat sebulan baru nak update. Anak2 bangun pagi..kesekolah happy..ari ni amik hadiah..alhamdulillah dikurniakan anak2 cemerlang..hati ibu tersentuh tambahan teringat peristiwa2 rotan merotan, leter mleter..dalam proses pembelajaran dan mendisiplinkan anak2..maafkan mama anak2 ku sayang (sebak nih)..kalau ada peha yg membekas, telinga yang merah..mama buat tanpa niat menyakiti..ikhlas dari hati mama..niat suci mama untuk menjadikan kalian manusia berguna untuk agama, bangsa, negara..(dan untuk pelaburan masa depan..sambil mama bersilang kaki mengambil kalkulator..mengira duit masuk..sorang 2 ribu sebulan..cukuplah..duit sireh mama masa tua..eiiww aku makan sireh ke)

Wednesday, September 29, 2010

lama x sambung cerpu

Sedih benar hati May hari ini, Hassan sepatutnya pulang gilirannya
Bila call dia masih dalam kursus dan kelam kabut suruh call semula
Lepas tu bila call semula dia off handset
Geram hari May terus menuju rumah One tapi tiada disitu
Berbual rupanya ada pertengkaran hebat antara mereka
May pulang dan sengaja ke masjid tempat Hassan selalu pergi, tapi
tiada kelihatan
Lantas, dia menerjah rumah Angker.Mulanya Angker berpura2 mengatakan
Hassan tiada dirumah tapi kemudianya anak kecik Anker pecah tembelang
Apalagi menggeletar badan May tapi dia hilang rasa marah pada Angker
dia tahu ini adalah suruhan Hassan
lalu May memanggil tapi Hassan melarang May membuka pagar rumah
may merayu minta kasihan dan memohon Hassan pulang kerumahnya
tapi hampa, Hassan terus berdiam diri
May benar2 angin lantas pagar dipanjat mudah dan dia menerobos masuk
Hassan buat nmuka toya sambil dengan selamba solat berimam dgn Angker
May solat berasingan dan hatinya terluka buat keseribu kali
Setelah solat dia menghampiri Hassan namun sedih bila Hassan melarangnya
mendekati May.Sedihnya hati May namun dilindunginya airmata depan Hassan
"Kenapa abang tutup handset dan tak mahu pulang rumah saya"
Hassan membisu seribu bahasa dan May terus mendesak
Akhirnya Hassan berkata "Awak ni betul betul gila, kenapa awak
hantar email pada Sakinah".Wah rupanya itu punca kemarahan Hassan
"Mana abang tahu".."Sakinah SMS".Ye ke May jadi marah
May memang ada menghantar email pada Sakinah, teman ofis Hassan
yang pernah cuba diorati oleh Hassan.Menurut Hassan Sakinah
gilakannya tapi May dapat rasakan mustahil Sakinah overseas graduate
tuh mahukan Hassan, tapi entahlah semua pasti.
May melihat Hassan eluk sahaja makan dirumah Angker, padahal banyak
kali dia ulang yang dia tak lalu makan masakan Angker, jantan
cakap tak serupa bikin.
Akhirnya Angker beransur pulang selepas tiada layanan dari Hassan
namun sempat mengorek rahsia dari Angker, rupanya Hassan balik kampung
hari rayatu..rupanya alasannya ke Seri Petaling hanya rekaan.Tergamak
One yang amat dipercayainya membohong hingga ketahap itu.
Harus juga One lah yang membocor rahsia email May kepada Sakinah
Sedih benar hati May, rupanya kedua suami isteri itu sama sahaja
tidak boleh dipercayai.
May sungguh2 sedih..apakah patut may undur diri.Bodohkah May kerana
masih taat menanti dan percaya pada One dan Hassan terutamanya.
Kenapalah begini yang didapati oleh May..May menangis sedih

Monday, August 9, 2010

semalam 08.08.2010 Happy Birthday anak bujangku


Zubair genap enam tahun semalam. Bangun pagi terpisat, peluk Mama
Papa terus cium anak bujangnya sambil ucap selamat hari jadi
"Mana hadiah Bey Ma?"..sambil ambil hadiah atas meja.
Tersengih2 ucap TQ pas tu main game balik
Sebelum bercadang untuk conceive Zubair, memang mencari dalam internet
petua mendapat jantina lelaki.Sebelum itu bulan sebelumnya sudah
berhenti menggunakan implanon.Memang berhajat sangat anak lelaki setelah
ada 3 gadis.
Kita mula praktikkan dari segi pemakanan,untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
Masa bersama suami pun diatur Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
Tahap keasidan lendir di dalam vagina perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.Untuk mendapat anak lelaki,cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali sebelum melakukan persetubuhan.
Semua itu dilakukan sebelum bercadang untuk conceive, kalau selepas conceived, dah terlambat sebab kromosom XY atau XX dah pun terbentuk
Setiap malam bersolat hajat, memohon doa dari Allah SWT moga apa yg dihajatkan terkabul.Alhamdulillah, Allah SWT maha mendengar permintaan hambaNya yang bersungguh2
meminta.
Bila bulan kelima bertemu Doktor Intan di Colombia Seremban, dia tersenyum sambil
berkata "I nampak scrotum dia..sah dah baby boy".
Punyalah happy dan syukur tapi tetap dirahsiakan dari semua walaupun dari bapanya
sendiri.Sampailah hari lahirnya, tiada siapa tahu jantina Zubair.
Tapi memang berlainan sekali pemakanan dan sikap semasa mengandungkan Zubair berlainan sekali dengan kakak2 nya.
Bayangkan hampir setiap hari makan wajib adalah telur separuh masak dan teh tarik
lepas tu suka makanan masin dan berlemak,paling benci makan buah dan benda2 manis.

Sebenarnya due date yang diberi doktor adalah 28 August 2004, tapi dah tak larat sangat bawa kandungan yang sangat berat.Sakit di celah kedua peha setiap kali
bangun duduk, akhirnya minta doktor percepatkan pembedahan pada 08.08.2004.
Masih ingat bagaimana sewaktu dihospital pada hari2 awal Zubair dilahirkan.

9th Aug,2004
Walau malam tadi baru melahirkan tapi minta nurse bawakan anak untuk kita beri
kolustrum, susu pertama yang banyak khasiatnya.Nurse bawakan Zubair kebilek
dan terus periksa tubuh anak untuk mengesan kesempurnaannya. Syukur Allah, Kau berikan anak kurnia yang sihat dan sempurna.Walau tak dapat bangun, tapi dengan
bantuan nurse, dia menyusu air susu ibunya yang pertama.

10th August, 2004. 4:54 pm. bukak puasa
Pagi minum milo lagi, dah boleh merayau ke nurseri tenguk baby, walau sakit masih mencengkam, talipon emak, beritahu semua OK dan tak perlu melawat, sebab masih bimbangkan Sarah. Lega dengar semua anak2 tak meragam ditinggalkan.
Abang datang pagi dan confirmkan nama putera. Muhammad Zubair, nama bermakna, gagah cerdik dan cemerlang, pilihan Papanya dgn doa semoga anak ini mencontohi peribadi Zubair Al Awwam antara 10 sahabat Rasullah yg dijanjikan surga..amin!
Susukan Zubair, entah kenapa cukup susah nak tidur, mungkin asyik ingatkan anak2 yg dirumah.Cadangan asal nak berehat dihospital, menjadi rindu mendalam.
Laparnya hanya Allah yg Tahu,, pukul 12pm Dr Intan umumkan boleh makan porridge, apalagi..makanlah.beginilah rasanya manusia yg kebuluran di Afrika sana. Ke nursery jenguk anak lagi..bosan sangat, TV tak menarik minat, menyesal pulak minta single room..kalau minta double kan ke boleh sembang.
Bosan lalu pergi bertatih walau sakit luka pembedahan masih nyeri, bercadang menyusukan putera kesayangan.Sampai dinurseri, terdengar tangisan garaunya,sahlah dia sedang lapar.Tapi hari ini mood dia sangat tak baik, dia menolak untuk disusu, mengamuk tapi bila disuap susu botol,senyap menyusu rakus..hai anak, ketahuilah susu mama lagi banyak khasiat.Lastnya dia tidur dan cuba bangun nak balik kebilik tetapi tiba terperasan sesuatu di baby kot anak.
G6PD deficiency..Ya Allah baru perasan yang anak kita rupanya ada kekurangan pada enzim darahnya.Lemah rasa seluruh anggota dan sedihnya kala itu, mujur nurse disitu mendamaikan hati.Menenangkan ,G6PD bukanlah satu kecacatan, ianya cuma alahan, dalam perubatan kadang dipanggil Favaism bermakna alah kepada kacang parang.
Ya Allah anak mama!!
Pagi-pagi lagi ke nurseri, nak bertemu Dr Yee, bertanyakan tahap kesihatan Zubair.Aduh, pedihnya hati bila melihat kaki mungil anak kita dicucuk jarum, test darah lagi.Terkejut anak manja Mama dari tidur dan apalagi, berlolonglah suara garaunya.Setelah diuji, Dr mengesahkan bilirubin dalam darahnya masih tidak memuaskan, dan Zubair tidak boleh dibenarkan keluar hari ini.Alahai,lemah longlai balik ke bilek, serba tak kena.Makan pun mula tak lalu.Tengahari suami datang, tergesa-gesa sahaja,Belum sempat bercerita, dia kan datang ambil kita esok pagi.
Setelah dia pergi, bermenung kembali dan mengingati kata-kata dari staff nurse di nursery.Zubair disahkan G6PD,deficiency biasa terjadi kepada anak lelaki yang ibunya berdarah O dan anak itu ada kacukan darah Cina.Mungkin benar sebab kita berdarah jenis O dan ibu mertua adalah Cina Bangkok yang memeluk Islam tatkala menikahi bapa mertua. Paling perlu, setiap kali keklinik, senarai ubat alahannya mesti dibawa untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. Paling dielakkan adalah "direct contact" dengan ubat gegat yang akan menjadikan anak kita pucat serta merta dan sesak nafas. Pantang besarnya adalah kacang parang.Ya Allah, jauhilah anakku dari pekara-pekara sebegini.
Cuba menenangkan diri duduk dalam bilek dan cuba menonton TV tapi hati gundah gelisah ini payah dijinakkan.Benarlah hikmah Allah menjadikan 5 kali sehari berjumpaNya, supaya hati lapang dan dapat mengadu kepadaNya.Dalam keadaan badan kotor begini,cuma zikir penyejuk hati, jika hari-hari biasa sudah tentu AlQuran menjadi penawar jiwa yang resah ini.Terus mengadap jendela mengenang nasib, jika dulu bekerja di HQ di KL kalau masuk hospital, ramai yang datang melawat,kawan-kawan jauh dan dekat ramai di sana,adik beradik pun semuanya di KL.Kini diri terlontar sepi di PD,kawan-kawan kenalan cukup terhad,kawan-kawan ofis rata-ratanya lelaki,peritnya penantian sebegini.Teringat komen suami bila kita mengadu kesunyian tiada teman macam di KL.Allah lebih tahu keperluan kita katanya, kalau diKL you ramai kenalan,banyak percakapan, peluang bercakap sia-sia itu lebih banyak.Eloklah di sini, gantikan percakapan sia-sia tu dengan zikrullah,basahkan lidah selalu dengan Asma-ul Husna, selawat kepada Rasul, kan lebih afdal.
Pagi lagi rasa gembira bila Dr Intan umumkan kita sihat dan boleh balik.Tapi sedih datang bila Dr Yee, pakar kanak-kanak menyatakan Zubair perlu diletakkan bawah lampu kerana jaundicenya ketara.Oleh kerana dia G6PD maka harus ditahan sehingga bilurubin dalam badannya berkurangan.Ya Allah, selama ini kesemua anak-anak gadis tidak mengalami apa-apa masalah, namun dengan putera bongsu nih, berbagai dugaanMu Ya Allah.Sayu hati,mencium putera yang dibaringkan dalam keadaan dipakaikan pamper saja.Bila dielus perlahan kulit halus mulusnya dia menggeliat lembut, tahu dia sentuhan kasih mendalam dari ibu yang terlalu menyayanginya.Sabarlah anakku,ini dugaan kecil buatmu..hati Mama luluh,jika dapat biarlah Mama menjadi galang ganti.Menitik air mata melihat rintik-rintik peluh didahinya tapi kakinya biru sejuk.Aduhai..bagaimanalah perasaan ibu yang mengalami lebih dari ini, melihat anak kecil yang bergantungan wayar disana sini.Kita baru sebegini, dah rasa lemah longlai.
Walaupun orang kata dalam pantang tak baik menangis, tapi kita tidak dapat bertahan.Suami dah dua hari tak datang menjenguk,alangkah perlunya belaian suami saat ini.Mengapa begini..aku tak mahu menaliponnya, memang jarang menalipon dia walaupun dalam hal-hal berat, kerana berprinsip sedari awal perkahwinan, tidak mahu menyusahkan suami, kerana dia ada banyak tanggungjawab yang lain.Ya Allah, jika ini dugaan getir untukku,berilah kekuatan aku menghadapinya.Tambahlah segunung sabar untukku dan bataskan kekuatan benteng ketabahanku.Malam itu hati serasa melayang pulang kerumah rindukan anak-anak yang tinggal.Aduh, pedihnya rindu hati seorang ibu,alangkah rindunya.
11th August, 2004. 4:02 pm.
Dah bosan sangat duduk kat hospital,masa ada pelawat OK lah, lepas tu duduk sorang sedih balik.Selalunya dalam pantang cukup susah nak makan tapi kali nih rasa nak makan saja, cuba makan milo panas dgn biskut.Bilek single tak ada kawan, nak jalan bersembang,sapa yang kenal, nak berbual ngan nurse dia orang pun sibuk dgn tugas masing-masing.Nak tenguk TV, alahai jemunya, semua cerita tak berkenan dihati.Ingat pada anak2 terutama Sarah, rindu dgn keletahnya.Rindu dah tak tertahan, duduk mengadap tingkap, menangis bersaorangan.Mulalah mengenang kembali nasib yang rasanya sangat tidak menyebelahi diri, namun cepat-cepat padamkan bisikan syaitan itu, berisytigfar banyak-banyak sambil membisikkan pada diri "hidup ini ketentuan Ilahi..syukurlah, masih banyak yang baik berlaku dalam hidup, nasib baik Allah kurniakan anak yang sihat dan comel.

Tuesday, August 3, 2010

Esok..August 4..2010 Happy Birthday Puteriku Sarah




Esok hari jadi Sarah.Papa nya call dari mesjid macam tak sabar sabar nak
ucap "Happy Birthday"!!Sarah dah tidur dia minta gerakkan anaknya dan bercakap
di talipon.Excited sungguh dia, dapat call dari Papa dalam mengantuk masih
mampu jawab talipon.
Sarah lahir empat hari sebelum due date.Dia sepatutnya lahir pada 8.8.2002 tapi terpaksa dibedah bila tanda2 melahirkan datang pada 4.8.2002.
Sarahlah satu satunya anak yang kelahirannya disaksikan oleh bapanya
Semua anak dilahirkan secara pembedahan dan semua emergency jadi suami
tidak berkesempatan menemani ke bilek pembedahan.
Tapi kelahiran Sarah disaksikan sendiri oleh bapanya yang pucat lesi
diam sambil berkumat kamit berzikir, dan dia mengelak untuk melihat
Doktor memotong perut mengeluarkan Sarah.Nak ketawa pun ada.
Sarah lahir putih dan sepet macam anak Cina,bila doktor tunjukan Sarah,
rasa macam tak percaya,putih melepak bermata sepet.Hati memanjat syukur.
Kita selalu terlupa yg ibu mertua adalah Cina Bangkok yg memeluk Islam semasa mengahwini bapa mertua,so memang patutlah jika ada antara cucunya
yg menyerupai dia.Malahan suami selalu menimang Sarah dengan panggilan
Cik Minah iaitu nama Islam ibunya.Ibu mertua telah hampir 3 tahun meninggalkan dunia yang fana kerana kanser servik. Dulu dia tinggal diBangkok dan bekerja dgn
agensi pelancongan Singapore berpengkalan di Bangkok.Dia menjadi pemandu pelancong yg tidak pandai berbahasa Inggeris.Dia tinggal betul2 ditengah kota Bangkok yg serba bingit,namun dia sudah biasa lagipun dia jarang ada di rumah.Bila kita ajak tinggal bersama dia cuma ketawa,dia memberi alasan,kurang biasa duduk melahu sahaja,sudah biasa bekerja.

Sarah anak yg sungguh comel,jarang sekali demam,kuat dan tabah,pandai ambil hati,masih tersenyum sesekali walau dalam apa keadaan, sangat rapat dengan Papanya dan jika Papa ada dirumah Sarah tak akan berenggang walau seinci, asyik berkepit ngan Papa, dan acapkali lah pipi papanya kena cium.Namun kuat merajuknya hanya Allah sahaja yang tahu..tak boleh salah sikit, cepat marah tapi sangat penyayang.Dia memang suka berhias, asyik duduk depan cermin, sambil rambutnya tak henti henti disikat rapi.
Sarah adalah 100% salinan bapanya dari segi rupa,perangai,sikap segalanya.Kawan2 ofis bapanya selalu bergurau menyatakan Sarah adalah 'female version' bapanya.Bapanya ada tanda lahir kecil ditelinga kiri,yg ini pun ada pada Sarah,sama bentuk dan rupa.Kadang2 nak tergelak pun ada,sebab bila dia bangun tidur,walaupun dia anak perempuan,terdapat bau bapanya sedikit sebanyak ditubuhnya.Semasa mengandungkan Sarah, ramai beranggapan kandungan anak lelaki,namun sebaliknya.Semua itu kuasa Al Alim,dia yg Maha Tahu.Kata orang anak perempuan jika ikut wajah bapanya,hidupnya akan sejuk,mudah2an makbul,bukan untuk Sarah sahaja tapi utk kesemua penawar jiwa dirumah.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana hidup ini tanpa gelak tawa dan tangis mereka.Merekalah hiburan dan penawar mujarab setelah seharian berhempas pulas di ofis.Dalam sehari entah berapa kali menalipon kerumah semata2 hendak mendengar suara manja mereka mengadu,dan suara cute mereka menyoal bila Mama nak pulang.Merekalah harta yg tidak ternilai.Semoga menjadi anak yg solehah.
Untuk Sarah, Mama doakan Sarah dipelihara Allah SWT jadi anak solehah yang berguna
pada agama, bangsa dan keluarga..amin

why tell me why

Besok boss nak jumpa dan berbincang moga mendapat keputusan
yang terbaik je..Hati rasa sangat letih dgn berbagai persoalan.Mengapa itu,
mengapa ini..mengapa begitu mengapa begini..berbagai pertanyaan
bermain dalam kepala.Tapi suami selalu bilang..jangan banyak
berfikir, bersoal sendiri itu ini..apa jua yang datang dan
berlaku semuanya ada sebab dan hikmah.Redha lah sebaik-baik
tindakan, hidup bukan menungkat langit,dunia bukan arah tujuan
hidup.Bersyukurlah seadanya.Kita masih manusia yang beruntung.
Makanan cukup, pakaian ada, rumah selesa, pekerjaan mudah,
dalam aircond lagi, kerja aircond, balik rumah tidur dalam
aircond.Ada suami, ada anak2 yang sihat dan sempurna.
Dari pengalaman kita bukan tak ramai kawan-kawan rapat yang
mengadu selalu didera perasaan oleh suami, diugut dimadukan,
dinista dgn kutukan keturunan tak baik, tak pandai jaga anak,
tak pandai berhias,buruk dan macam-macam deraan mental yang
mungkin pada sesetengah suami adalah pekara biasa,tapi pada
sesetengah isteri ianya menyakitkan hati.Ya Allah,
hanya dengan rahmatMu aku masih mampu teguh berdiri kehari ini,
tambahkanlah kekuatan jiwa, tingkatkan darjat kesabaranku supaya
aku terus mampu berdiri kukuh.Pernah adik ipar (juga tabligh) yang
dah banyak kali keluar 40 hari sehingga keIndia,Indonesia dan
banyak tempat lagi, memberi kata ransangan."Kak..jika mahukan apa yang dihajati..jangan mengadu selain Allah SWT, jika bertahun berdoa
masih tidak makbul didunia..insyaallah dikabulkan diakhirat dgn
balasan lebih manis".Kadang-kadang kata-kata ini sebagai motivasi
penguat semangat, tapi sebagai manusia biasa yang mana syaitan
dapat menguasai dalam salur darahnya,kadang-kadang kita kalah dgn
bisikan mal'un laknatullah.Ya Allah jauhilah dari syaitan musuh
nyata yang direjam

CERPU (cerita merapu)
May mendapat mimpi Hassan mati, dan May kawin dengan bekas suami
bibiknya,ehh apa kes mimpi dahsyat tu,,tak semena mena, May rasa
okey ngan Hassan.Marah tersimpan seakan pudar seketika..merapu sungguh
BERSAMBUNG ..lagi merapu

Monday, August 2, 2010

Kesian anak bujangku

Dah dekat 4 hari Zubair asyik demam bila malam datang
Suami sibuk menyuruh kita ke KPJ,risaulah Mama asyik ambil
leave aje, baru last Monday amik cuti untuk bawa Tita
Akhirnya setelah 6 tahun umur Zubair, pertama kali Papa
bawa anak ke hospital tanpa ditemani Mama.
Mulanya Zubair menolak namun setelah dipujuk dia akhirnya akur
kesian tenguk matanya memandang sampai kejauhan dari dalam
kereta Papa, sampai hilang kereta Mama dari pandangan.

SAMBUNGAN cerpu...
May sungguh sedih terasa hati,Hassan asyik sibuk siang malam
melayan Angker yang asyik menalipon tiap jam menceritakan
perihal anaknya yang sakit sampai Hassan tidak dapat berehat
Tapi Hassan tetap melayan penuh sabar..May tertanya apakah Hassan
akan melakukan hal serupa jika ianya berlaku pada May
Hassan tiba petang semalam, tanpa banyak cerita mengambil kereta
May, walau May berkeras.
Sakit hati May kerana dia tahu Hassan mahu melawat si Angker
di hospital,bukan hati May sekeras batu bila ingat anak kecil itu
tapi hatinya sangat sakit teringat sikap Angker pada peristiwa
yang amat melukakan hati May.
Jika hari itu Hassan menasihati Angker supaya menghormati perasaan May
tentu May tidak terluka begini.
Sampai tengah malam Hassan tidak memulangkan kereta May, sampailah May
terpaksa menalipon.Apalah salahnya kalau Hassan memberitahu sekadar
berbasa basi, May geram dengan sikap sambil lewa Hassan
Bila geramkan Hassan May tidak boleh tidur lantas May bangun sujud
pada Allah SWT, moga Allah beri ketenangan
Sampai pagi baru Hassan balik dengan wajah selamba,May cepat mencapai kunci
kereta tanpa bersalaman dan menegur, May terus menghantar anak2 kesekolah
hati May terus sakit dan May menangis lagi
Sampai bilakah May akan kuat, tegas dalam hubungan ini??

Saturday, July 31, 2010

sambungan cerpu (ceria merapu)

Semalam hati May merasa pilu, kerana berkasar dengan ibunya
Balik rumah dia melihat ibunya hanya makan nasi dan ikan
Bibi pulak tetap dengan kenyataan serupanya "Dia kata x mo ibu"
May sedih, alangkah baiknya kalau ibu ingin tinggal bersama
Kak Ngah surirumah sepenuh masa
Makan pakai ibu mesti terurus, lukakah hati ibu?
jangan lah ibu terluka, buruk padahnya jika ibu merajuk hati
May amat arif, jika hati ibu terusik, akan sukarlah kehidupan sehariannya
Jangan ibu marahkan May.
Hati May sungguh cepat terusik sejak akhir akhir ini, mana lagi masalah
pembuangan pekerja yang menghantuinya selepas perbincangan dengan Madam Ee
semalam. Ditambah dengan masalah keluarga yang sangat mengaibkan
Anak saudara kesayangannya bersedih dam malu kerana anak gadis yang masih
bersekolah hamil diluar perkahwinan.
Manalah muka tebal dan berconteng arang ini nak di sembunyikan
May merasa Hassan lebih tumpukan anak Angker yang berada di hospital kerana
barah tulang. May bukan tidak berhati perut, tapi selalu dia tertanya
tanya apakah Hassan akan melakukan sedemikian rupa andai anak2 May yang
berada ditempat itu.
Jauh disudut hati May memang tidak lagI menaruh harapan pada cinta Hassan
Biarlah masa menentukan.
Semalam May kerumah One, lalu menempelak Hassan yang berwajah serabut
Hassan naik angin dan menggugut menampar May dihadapan anak lalu
menghalau May pulang, May keluar kekereta tetapi setelah berfikir sebentar
May masuk semula.
Tiada guna melawan kata2 Hassan.
Bila Hassan pulang May kumpul kedukaan dan simpankan dalam lemari lapuk
hatinya. Tinggallah disitu kedukaan sehingga May mempunyai kekuatan
menghadapi Hassan.
Pagi tadi seperti biasa May menangis sambil menyoal soalan cepu mas yang sama
pada Hassan.
"JIka benar cinta mu sebesar gunung pada sibedebah angker, lupakan May dan
jauhkan diri, May telah lama sedia bersendiri"
Hassan dengan muka selamba karatnya, tersenyum malas melayan rasa ketidakpuasan
hati May, sambil terus mentarbiah May akan keberuntungan yang mengulit May
berbanding orang lain.
May sempat menempelak Hassan mengenai isu semalam dimana May nyaris ditampar depan anak2.
May mengingatkan Hassan, jika itu berlaku, May tidak rugi satu sen malah May akan mendapat simpati berlebihan dari anak2 namun sebaliknya nama dan maruah Hassan
sebagai bapa akan tercalar dimata anak2..Hassan kena tahu pekara itu..
May benci, Hassan juga sengaja menyakitkan hati May dengan berbagai gurauan
tapi dia lupa gurauan manis buatnya sangat pahit kelat untuk May telan.
May pasrah lagi..BERSAMBUNG LA

Wednesday, July 28, 2010

khas untuk ibuku sayang


Tiada manusia yang dapat menandinginya didunia ini dalam mengasihiku.
Tiada yang dapat menyayangiku seperti dia. Tempatnya teratas dalam hatiku.
Sedihku dukanya, tawaku hiburan baginya.Aku ditatang bagai minyak yang penuh.
Kasihnya padaku tiada dua.
Emak sedari aku kecil kurang bersama kerana dia sibuk bekerja menoreh getah
menemani ayah, selalunya kita tinggal dengan kakak-kakak.
Setelah berusia 12 tahun kita mendapat tawaran ke sekolah berasrama di Ipoh.
Maka makin jauhlah kita dengan emak.Namun emak tetap emak, setiap bulan
emak akan datang naik bas dari Tronoh, ke Ipoh bersaorangan walaupun
seumur hidupnya dia tak pernah naik bas seorang sebegitu jauh tanpa ditemani
ayah namun kerana anak seorang ini, dia hilangkan rasa takut, melangkah gagah
semata-mata untuk berjumpa anaknya.

Selalunya emak datang hari Ahad,berhenti lebih kurang 1KM dari asrama
kerana bas tak sampai depan asrama.Emak berjalan kaki menyusur perumahan
Cina yang penuh dengan anjing, selalu emak disalaknya, hilang rasa gerun
kerana mahu bertemu anak.Emak selalu membawa bakul hijau kecil yang
disi meehoon goreng,cekodok pisang,buah jambu,agar-agar dan
kacang putih yang dimasak sendiri olehnya.
Semua makanan kegemaran anaknya disediakan dengan penuh rasa
kasih sayang, dia akan datang ke asrama selalunya dalam pukul 10pagi.
Kami akan makan bersama dan berbual,terubat rindu kepada emak.
Emak melangkah setelah selesai zohor,setelah berpesan supaya belajar
rajin-rajin,jaga diri dan membekalkan RM10 yang sangat besar nilainya
bagi keluarga kami disekitar awal tahun 80an.Sebak dada melihat kaki suci
ibu melangkah meninggalkan diri yang melambai semakin jauh.
Kini emak tinggal bersama di PD, dulu tak puas melihat wajah emak,
kini setiap hari dengar leternya,moodynya dan berbagai lagi.Kadang-kadang
tanpa sedar terkeluar dari mulut kata-kata yang mungkin menyentuh hati tua
lidahku melukai jiwa murnimu..namun kasihku sangat dalam buatmu ibu.
Pengorbananmu tidak dapatku balas walau segunung emas kutaburkan.
Entri ini khas ditujukan buat ibu dan untuk mereka yang bergelar ibu

Monday, July 26, 2010

Panik!!

Malam tadi terperanjat tengah malam Tita bangun tiba2 pergi toilet.
Bila ditegur, dia terus menangis sakit.
Hati terus dipagut bimbang, menyapu perutnya dengan minyak urut
Dia mengadu bawah navel sebelah kanan dan ari arinya pedih
tak boleh disentuh
Cepat cepat bagi ubat tahan sakit dan berjanji akan ke KPJ pagi esuk
Layari internet sebentar dan mata tertumpu pada simptom2 apendiks
Bimbangnya hati ini hanya Allah SWT yang tahu
Semalaman dia tidak selesa tidur dan mamanya pun tidak dapat lena
Berbagai pekara berlegar dikepala, apa pulak penyakit anakku
Apendiks, buah pinggang, janganlah ya Allah kau duga aku dengan dugaan
yang tidak daya bahu ku memikulnya.

Sunday, July 25, 2010

Nilai Spring Resort

Suami terpaksa menghadiri kursus bina semangat di Nilai Spring Resort
pada Jumaat harijadiku.
Sedih kerana hanya meraikan bersama anak anak sahaja.
Tapi alhamdulillah, FB ku tak sunyi dengan ucapan bertalu-talu
dari ex schoolmate, dari ahli keluarga terutama anak anak saudaraku tersayang
sampai ofis pun kengkawan ucapkan selamat.
Rasanya birthday kali ni yang paling ramai mengucapkan selamat
rasa bangga tambahan lagi hari itu juga Perdana Menteri 1Malaysia kita
menyambut harijadinya yang ke 57 tahun...
terima kasih Tun Mahathir kerana memperkenalkan internet,
sahabat jauh dan dekat , lama dan baru terasa rapat duduk di sebelah
oleh kecanggihan teknologi maklumat ini.
Internet sebenarnya adalah dibawah kawalan kita, jika kita guna
secara baik maka baiklah jadinya dan begitulah sebaliknya
Emak dirumah pun suka internet kerana dia dapat mengaji alQuran
online dan mendengar ceramah ceramah ugama yang terlalu banyak
boleh didapati melalui internet.
Janganlah hanya tahu menggunakan internet untuk melayari laman
lucah, chit chat yang tidak membawa apa apa faedah
banyak ilmu boleh diceduk melalui internet, malah setiap kali nak masak
pun, masih layari laman resepi..check sebelum memasak
melalut dah ..

Berbalik pada cerpen pendek, sepatutnya Hassan berkongsi bilek dengan
peserta lain didalam kursus tetapi salah seorang peserta tidak hadir, jadi ada bilek yang
hanya diisi oleh seorang peserta.
Beliau tanpa berlengah terus minta tukar bilek dan kemudian menalipon May
untuk segera datang menemani nya di sana
May serba salah namun bila mengingatkan mereka baru sahaja berbaik baik lalu
anak anak dititipkan di rumah saudara terdekat.
May tidak pandai memandu kereta jadi dia kesana menaiki bas awam
Bimbang jika naik teksi berseorangan tambahan hari hampir malam
Sampai saja, May terus mengambil kunci dari Hassan yang sudah tercegat
menanti. Puas May berguling seorang diri menunggu kursus Hassan yang
berlarutan hingga ke malam.
Hassan pulang ke bilik waktu May hampir hampir terlelap.
Banyaklah yang dibincangkan oleh mereka malam itu tanpa gangguan anak anak.
May merasa hatinya kembali bertaut pada cinta Hassan walaupun
jauh di sudut hati, May tidak pasti
Apakah dia perlu terus meneruskan ikatan yang mula goyah dan
retak di sana sini
hati yang sering cemburu, terluka, berparut tanda pernah diguris
merata rata dan kesepian yang selalu menjadi teman dirinya
bila Hassan buat perangai melalut dan gila
Sekarang laut sedang tenang, teduh, bukannya mustahil esok lusa
insiden kelmarin berulang, malah 10 tahun yang lalu insiden serupa sudah
menjadi beberapa siri dan episod, hingga May tidak pernah dapat menghitung
Hassan lelaki yang ada 4 jenis mood, boleh bertukar sewenang wenangnya
walaupun hanya dalam masa 1 jam sahaja
Dia boleh ketawa sekejap dan next 15 minit akan menyinga marah
Itulah Hassan yang tidak banyak berubah dari hari mereka dinikahkan
hingga lah saat ini, tiada banyak beza
Cuma Allah saja yang dapat memberi jawapan pada persoalan May
May akan tetap bertahan (entah sampai bila) demi anak anak!!
BERSAMBUNG LAH PULAK..

happy birthday to my otherhalf 25Julai 2010

Selamat Hari jadi suamiku sayang
walaupun tarikh sebenar kelahiranmu hanya Allah SWT yang tahu
Ibumu sendiri tidak pasti tarikh sebenar, cuma dia tahu, dia merasa
sakit untuk melahirkan mu semasa di pelabuhan Pulau Pinang
menghantar nenekmu menunaikan haji naik kapal laut,
waktu itu kapal laut memakan masa berbulan untuk sampai Mekah
Menurut arwah, waktu itu bulan syawal dan tahun ayam jantan.
Jadi dari perkiraan rambang..kemungkinan besar kelahiran mu adalah
antara 15 ke 25 Dec..
tapi itu semua tak penting, yang penting adalah kelahiranmu membawa kegembiraan
kedua ibu bapa kerana engkau anak sulong.
Aku dan anak anak mendoakan agar Allah mengurniakan kesihatan yang sempurna,
panjang umur, murah rezeki, dalam pemeliharaan Allah SWT, dirahmati, diberkati.
Teruskan menjadi suami yang penyayang, bapa yang pengasih dan hamba Allah
yang taat.
Terima kasih kerana sudi memperisterikan aku sekali gus memberi anak anak
(dengan izin Allah) yang cemerlang dan baik tingkah laku..
Selamat panjang umur serta mulia..

Thursday, July 22, 2010

update cerpen yang sangat pendek

Akhirnya Hassan pulang setelah hampir 10 hari membisu tanpa
bahasa. Itupun setelah sebakul SMS dilayangkan buat Hassan,
SMS ugutan untuk berpisah dan SMS sedih atas penceraian yang bakal berlaku.
Rupa rupanya barulah May tahu, Hassan dimasukkan ke hospital
tapi oleh kerana tidak ada katil kosong, lalu Hassan cuma memerap dirumah One.
May jadi kesian nak minta berpisah dari Hassan, lantas hasrat itu dikuburkan
buat sementara mentelahan melihat Hassan yang semakin penat dengan
penyakitnya.
Lagipun May terharu melihat kasih sayang dan peluk cium anak anak kepada
Hassan, memang May akui, Hassan sangat cintakan anak anaknya melebihi
apa jua di dunia ini.
Namun May tidak berpuas hati, bila Hassan menjengah balik May menunjukan
muka masam. May sangat sedih dengan sikap Hassan yang bena tak bena.
Bayangkan 10 hari 10 malam suatu panggilan pun tidak diberi kepada
anak anak apatah lagi May.Bila diusul oleh May sebab musabab
pertengkaran itu Hassan diam, malas melayan May dan meminta May diam
mengugut untuk menampar May. Sudahlah begitu May dituduh bodoh kerana
melayan Angker yang dianggap gila oleh Hassan. Sewenang wenangnya Hassan
mengatakan Angker cuma setaraf orang gaji. Terubat sedikit hati May mendengar
luahan hati Hassan.
Buat sementara waktu luka hati May tertampal kembali namun ia pasti akan
kembali berdarah sebab Hassan cuma memberikan plastik luka murahan
untuk membalut luka May..BERSAMBUNG

happy birthday to me 23 Julai 2010

Alhamdulillah Allah SWT panjangkan usia ku sampai ke tahap ini
sihat walafiat..
aku masih dapat kasih sayang anak anak permata nyawaku
merasai manisnya cinta suamiku tersayang
mengasihi ibuku tercinta
menjadi teman terbaik buat adik beradik ku
kawan bergurau anak-anak saudaraku
dikelilingi teman lama, baru ..
Allah ya Rahim..aku bahagia dan bersyukur
dalam usia begini, aku masih Kau pinjamkan jantung berharga ini
untuk berdenyut mengepam darah kehidupan
masih kau beri udara Mu untuk ku bernafas
masih Kau beri tenaga untuk aku terus melangkah tahun demi tahun
syukran Ya Allah

Friday, July 16, 2010

curse of crying boy


Gambar curse of crying boy, nak tahu cerita lanjut pi surf kat Pak Wiki
Tangisan ada dua makna, sedih dan gembira pun boleh menitiskan airmata.
Gembira tak apalah..airmatanya rasa manis campur masin
Sedih..airmata masin kelat rasanya.
Semalam kepala berat terima masalah seseorang.Anaknya umur belasan masih belajar di kolej, hamil luar nikah.Beratnya dugaan ibu itu, sedih mengenangkan anak sulong harapan keluarga tergamak menconteng arang ke muka ibu yang amat menyayanginya.
Kemana rasa kasih anak gadis (bukan gadis lagi) pada keluarga.
Kita berusaha sedaya mampu membantu menyelesaikan masalah, ibunya hampir pengsan dan bapanya kelu tak terkata.
Ibunya minta dicarikan rumah perlindungan gadis bawah umur untuk dihantar anaknya
hari ini kita telah dapatkan asrama buatnya.Insyaalah moga Allah bukakan hati anak
ini agar kembali ke pangkal jalan.Bertaubat kerana Allah maha Pengampun.Tumpah jua airmata kita mendengar tangisan yang menghadapi musibah.

Sambungan kisah:
Hassan lansung tidak pulang ke rumah hampir seminggu, duduk di rumah siti One dan si Angker sahaja.Hati May sangat sedih sudah pasti Hassan telah memilih Angker berbanding dirinya.Namun tergamak Hassan menalipon sambil meminta May sedikit wang belanja, mungkin anaknya bersama salah seorang isterinya telah kehabisan susu.
Hati May sayu, dah lah tak pulang menjenguk anak anak, dengan tak tau malu meminta wang pulak.May mematikan talipon sepanjang hari, benci mendengar suara Hassan.Namun dia sempat menjeling SMS suaminya yang menghantar mesej pura-pura "ke mana ku pergi dan apa jua kubuat,akan kubawa secebis darimu di dalam hatiku".Dimanalah Hassan mencilok kata-kata palsu itu atau apakah salah seorang kekasihnya yang dipaksa memerah otak memikirkan kata-kata romantik itu.May tawar hati,membalas mesej yang sama seperti yang pernah dihantarnya minggu lepas.
Hassan sudah mati dalam hidup May, walau hatinya hancur setiap kali anak bongsunya menyebut bapa, May menangis dalam hati.Tangisan May lebih hebat dari anak lelaki di dalam poster "Curse of crying boy".
Kalau benar Hassan ikhlas sayangkannya kenapa masih tidak pulang ke rumah.May makin geram lantas dia menghantar SMS maut kepada si Angker yang menjadi punca sengketa ini.Puas hati May menempelak Angker dan meminta Angker agar jangan bongkak dengan cinta berlebihan yang diterima dari Hassan hingga lelaki itu sanggup membuang May dari hidupnya.May akan tetap sabar, kerana hatinya telah tiada lagi pada Hassan, dia hanya menyerah kepada takdir dan Allah SWT kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuknya.Kali ini May redha setelah 10 tahun terpenjara dalam kesengsaraan ketidakadilan Hassan.

Wednesday, July 14, 2010

Kenangan 2004 melahirkan Zubair



Teringat masa lepas keluar hospital swasta di Seremban lepas melahirkan putera dulu.Akhirnya minta juga keluar walaupun masih nampak sedikit kuning, kata doktor pakar tu, jika bayi biasa mungkin tidak mengapa tapi Zubair anak G6PD,keadaan mungkin agak bahaya.
Tengahari bersalaman dengan staff hospital yang ramah tamah.Kita menjenguk cashier hospital memberitahu keputusan kita untuk discharge hari ini, sambil itu mengintai bil hospital selama 6 malam di sana.Mak oii...RM 9,989.00 lagi RM11.00 je nak mencecah RM10,00.00. Hai anak..masa melahirkan Melissa 12 tahun lalu di hospital terkenal di PJ cuma RM2,000 , tahun 2001 di hospital ini melahirkan Mashitah RM 4,000 dan 2002 untuk Sarah billnya cuma RM 5,600.00. Dua tahun dah berlalu, tak sangka bil nya melambung dua kali ganda. Akhirnya suami datang seorang, bawa pulang anak, walaupun luka masih berbalut namun gagahkan juga mengendong anak kesayangan..3.7kg bukan calang-calang untuk ibu yang masih lemah.Ibu di rumah bersama anak-anak dan bibik pula sebuk melayan mereka, tentunya tak dapat datang bersama,lagipun kita melarang mereka datang, biarlah menjaga anak-anak di rumah saja.
Sampai Lukut,suami berhenti masjid untuk solat Zuhur, kita disuruh menunggu di tepi kakilima masjid yang berbumbung hijau, sejuk, redup,berangin dan damai, hingga anak tidak berkuit sangat lena.Selesai solat, suami datang dan mengambil putera diribaan,berlalu ke pintu masjid bersama Maulana agak tua yang berjanggut putih panjang,bersih benar airmukanya.Beliau datang dari China, sudah 3 minggu berada di Malaysia, tidak tahu berbahasa Inggeris cuma ada seorang jurubahasa Cina Muslim tempatan menterjemah apa yang dikatakannya. Maulana Moosa mencium dahi putera sambil berdoa dan menghembus perlahan ubun-ubun putera diribaan bapanya.Semoga jadi pendakwah yang disegani katanya sambil senyum.Mudah-mudahan makbul doa orang alim ini.
Sampai sahaja menjejak kaki ke pagar rumah, bibik datang menyambut bayi dan kedua anak masih kecil berlarian memeluk sambil mulut riuh bertanya.."kenapa Mama lambat balik".Airmata rindu kita berhamburan mencium anak bertubi-tubi, tidak puas.Anak sulung mencium tangan dan kemudiannya kesemua mengerumun adik baru.Lega jiwa sudah sampai kerumah, putera masih nyenyak tidur.
Esoknya nurse kerajaan datang melawat, dan memeriksa anak dan melihat luka bekas bedah.Alhamdulillah lukanya beransur kering dan bersih tiada jangkitan kuman tetapi dia menasihatkan anak kita di bawa ke hospital pesakit luar kerana matanya agak kuning dan anak kita G6PD.Inilah yang paling kita elakkan, namun kerana kita tak pernah mengalami anak G6PD, dengan berat hati bersetuju untuk pergi esok hari.Kemudian hari Sabtu, setelah semalaman duduk dirumah, kita membawa anak bertemu doktor kerajaan.Walau badan masih sangat lemah, kita bertatih ke hospital,tanpa suami, pergi dengan abang ipar.Malas menyusahkan suami kerana dia paling tidak suka jika ke hospital kerajaan, entah kenapa.
Ahirnya doktor mendesak anak kita dimasukan ke wad kanak-kanak.Masyaallah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa susahnya hati saat itu.Belum lagi hilang rindu pada anak-anak, kini kena kehospital , hospital kerajaan pulak tu.Sejak kita lahir, membesar,belum pernah ke hospital, bila lepas graduan umur awal 20an, kita berkerja dengan syarikat minyak ini, barulah ada pengalaman ke hospital, itupun hospital swasta. Tidak pernah termimpikan hendak ke hospital kerajaan.Takut dengan berbagai cerita-cerita dalam surat khabar dan cerita-cerita orang tentang hospital kerajaan,terutama layanan yang kurang mesra.Namun abang ipar menasihati supaya menuruti kata-kata doktor kerana mereka lebih arif.Cadangnya hendak ke hospital swasta semula, tetapi mengingatkan jarak yang jauh ke Seremban, dan baru dua hari keluar hospital swasta, malu pulak ditempelak doktor di sana sebab kita engkar arahan dia kelmarin,dari terus menahan anak di wad bayi.Nampak gayanya tiada pilihan, mungkin banyak hikmahnya yang kita tidak nampak ataupun mungkin Allah SWT hendak memberi kita pengalaman bagaimana rasanya duduk di hospital kerajaan yang selama ini amat kita jauhi.
Balik kerumah semula dan beg pakaian dari hospital swasta belum berkemas lagi, kita bungkus semula dan lagi sekali hati macam nak luruh melihat anak-anak berdua mula tercengang."Mama nak kemana lagi?" soal si kecil penambat hati. "Baby dah doktor potong dari perut mama, kenapa Mama kena pergi lagi ?"yang besar makin bijak berfikir. Memang anak ini setiap pertanyaannya sangat bernas berbanding usianya.Dia pernah bertanya, "Allah tu ada tangan macam kita ke Mama?"...Akhirnya dalam teriak tangis, pergi juga walau hati ini retak seribu demi keselamatan putera tunggal, kehibaan meninggalkan anak terpaksa dilakukan.
Sampai hospital, kita ditempatkan di wad bayi, wad terbuka. Bertanyakan pegawai di situ, bolehkan minta wad kelas satu. "Puan..tak boleh sebab bukan puan yang sakit, tapi bayi..untuk bayi tiada kelas satu, kecualilah jika dulu puan bersalin di sini, dapatlah kelas 1".Eh kita diam sajalah, memang pelik-pelik hospital kerajaan ini, apa boleh buat,diam sajalah. Kita ditempatkan dikatil lipat yang kecil dan keras,tidak sesuai dengan badan dalam pantang ini,berbeza dengan katil mewah kita dulu,panas berbahang berbanding bilik hawa dingin di hospital swasta, bersama dua ibu yang dah sedia ada disitu, tandas dan bilek air berkongsi, tiada kabinet besar tempat letak pakaian, tiada kerusi merehatkan badan, tiada kerusi tetamu.Ya Allah, semuanya serba kekurangan,dan bayi diletakkan dalam kot.Panasnya dalam hospital ni Allah saja yang tahu, walaupun ada kipas tapi wad ini terlindung oleh bangunan depan ,tiada angin keluar masuk,macammana orang sakit nak sembuh, udara bersih tak ada, rasa macam dalam penjara.
Rasa nak lari balik je,tapi sapa pulak nak jaga bayi nih,sini bukan hospital swasta,dan anak ini pulak menyusu badan, botol susu pun tak dibenarkan bawa masuk, apatah lagi susu tin.Ya Allah..mungkin aku selalu memandang rendah pada hospital kerajaan, kini Allah uji supaya dapat merasakan bagaimana keadaan mereka-mereka yang kurang mampu, berpendapatan rendah terpaksa memilih hospital kerajaan.Sakit hati dengan keadaan hospital kerajaan, tapi kenapalah nak membandingkan dengan hospital swasta.Akhirnya beristighfar banyak-banyak, ini dugaan Allah menguji kesabaran kita yang selama ini lupa bersyukur dengan kemewahan yang melimpah ruah.Menguji kita yang selama ini sombong dengan hospital kerajaan yang telah banyak memberikan jasa.Memberi kita pengalaman bagaimana rasanya orang-orang kurang mampu.
Kakitangan hospital pun pelik, atau mungkinkan memperli,bertanyakan kita mengapa tak mahu ke hospital swasta semula, kita menjawab malas..jauh dari rumah dan malas nak ulang alik.Tamat cerita, kalau diceritakan pun buat sakit hati aje..tahan dan sabarlah dugaan sebegini. lebih afdal berdiam diri dari bersungut tak sudah-sudah.
Malam pertama dihospital, memanglah tak dapat tidur, panas semacam sampai baju boleh diperah basah oleh peluh.Jamu bersalin yang kita makan menambah haba dibadan dan kita memberhentikan pengambilannya.Air terpaksa diminum banyak, jika tidak... boleh dehydrated.Zubair asyik menangis begitu juga bayi-bayi lain,panas rimas dengan lampu yang tambah memanaskan suasana.Kalau dihospital swasta kita cuma tahu tidur dan rehatkan badan, segala urusan anak kita dibuat oleh nurse.Di sini nurse buat kerja dia, kadang-kadang bersembang berdekah-dekah ketawa, lansung tak hairankan bayi-bayi yang menangis,satu pekara yang amat biasa pada mereka.Namun kita tak lah seteruk ibu muda yang duduk disebelah katil.Jaundice anaknya agak kuat, namun menurut doktor jaundice ini tiada ubat, cuma biarkan anak menyusu badan sebanyak-banyaknya, bila dia mengeluarkan najis, akan berkuranglah kuningnya,lagi kerap menyusu,lagi baik.Ibu muda ini kering susunya, mungkin kerana anak pertama dan dia tiada pengalaman, anaknya menangis sepanjang malam non-stop sampai serak suaranya. Nurse cuma lalu pandang sahaja, mungkin situasi biasa pada mereka.Kita nih sebagai ibu, kesian melihat anak dan ibu ini, jadi bila Zubair terlena di kotnya kita jenguk anak kecil tadi."Dik you tidurlah kejap, biar akak dodoi anak you", ibu ini angguk, bawah matanya dah hitam bekas kurang tidur.Dia melunjurkan badan, melepas lenguh dari awal malam tadi mendukung anak yang asyik menangis,baru 3 hari bersalin berbanding kita yang dan seminggu.Lukanya masih nyeri sebab dia masih belum boleh duduk betul..bisa jahitan katanya. Mungkin kerana tangan kita yang sudah berpengalaman banyak berbanding ibunya, bayi yang letih menangis sedari pukul 9pm tu, terlena dalam dakapan kita sekitar tiga pagi..perlahan kita letak di kotnya dan kembali tidur. Aman wad tu sekejap tanpa tangisnya, namun mengkin desakan perut kosongnya, dia bangun semula dan mula menangis kembali.Kita tidak dapat menolong lagi kerana anak kita pun dah bangun mahu menyusu.Sekurang-kurangnya ibu ini dapat berehat selama sejam.Paginya anak ini terpaksa diberi ubat penenang dan dimasukan air, kerana doktor bimbang dia dihydrated.Kesian melihat jejari kecilnya dicucuk jarum dan tiub air, namun kini bayi dan ibu boleh berehat.Bayi itu lena kerana diberi ubat penenang yang mild.
Tiga malam kita menunggu Zubair di hospital, cukuplah dugaan yang dilalui, berkat doa bapa dan neneknya akhirnya kami keluar dari hospital selepas kita mempelajari bahawa hospital kerajaan bukanlah seteruk yang disangka, namun jika boleh kita tak mahu lagi menjejak kaki ke hospital kerajaan.Biarlah berhabisan wang dihospital swasta, kerana duit boleh dicari tetapi layanan sambil lewa hospital kerajaan membuat hati serik untuk ke sana.Bersyukurlah kepada Allah atas apa yang dikurniakan kepada kita sekarang.
Hari yg ditunggu dah tiba..
Sebelum subuh suami bangun dan minta diri..petang nanti abang datang..janjinya..!
Pukul 8am, breakfast aku minta menu, makan porridge dan Dr Intan melawat aku.Aku diminta puasa lepas lunch dan aku akan diusung ke OT lepas sembahyang Maghrib. Hati aku sedih sebab suami tidak dibenarkan masuk bersama sebab aku jua akan menjalani pembedahan pembetulan salur ovari sekali gus terpaksa mengikatnya kerana bahaya jika aku terus mengandung.
Cukuplah empat anakku walaupun aku mahukan lebih dari itu. Allah lebih mengetahui. Aku isikan masa menunggu dgn menalipon rumah dan sekali lagi airmata aku tumpah mendengar suara anak2.Aku pesankan pada emak, tidak perlu melawatku,kerana aku amat arif dgn perangai Sarah yg akan menangis tak mahu berpisah dgn aku, sebab itu aku ke hospital setelah dia tidur.Jangan bimbang..aku dihospital swasta, apa saja kehendakku akan dilayan oleh jururawat yg kebanyakannya sudah kenal mesra dgn aku kerana tahun 2001,2002 dan kini 2004 aku menjadi pelanggan tetap mereka.
Ku habiskan waktu dgn membaca surah2 yang selama mengandung aku amalkan, Surah Yaasin untuk dapatkan anak yang waraq, Surah Yusuf untuk dapatkan anak yang baik dan goodlooking, ,Surah Luqman untuk dapatkan anak yg soleh dan surah Maryam untuk mudahkan bersalin. Dibantu oleh Surah Taubah.Zikir yg diajar oleh suamiku subuh tadi kuulang banyak kali.Setiap kali juga mataku kabur menatap ayat suci Allah.
Menjelang senja suamiku sampai,hampir pukul 4pm datang seorang jururawat senior India yg lemah lembut membersihkan perutku dari bulu2 roma yg akan menganggu pembedahan, hatiku sedikit tenang dgn keramahannya.
Bila azan maghrib berkumandang, suamiku melangkah keluar menuju masjid berhampiran, pilunya hatiku..Begitulah suamiku, yg kurasa tiada perasaan namun aku tahu, di dalam jernih pancaran matanya, dia mendoakan aku..dia ke masjid dan dari sana tidak putus mendoakan keselamatan aku selama aku dalam bilek pembedahan.
Tepat pukul 8pm dua orang jururawat datang meminta aku menukar pakaian utk ke OT..Aku terus diusung dan bila pintu OT hampir ditutup, kakak yg paling rapat dgn aku muncul.Dia mencium dahiku dan minta aku banyak berselawat dan beristighafar. Terasa aku bagai menanti hukuman gantung sahaja.
Dalam OT, suasana sangat sejuk mengigit tulang dan suasana nyaman kebiruan, namun gagal menghilangkan debaran jantungku, pakar bius beramah mesra dgn ku, seorang doktor wanita yg cantik, semasa melahirkan Tita dan Sarah aku dibius oleh doktor Punjabi. Aku minta epidural separuh badan yg akan membolehkan aku mendengar tangisan pertama anakku sama seperti kelahiran kedua kakaknya.
Aku diminta duduk berlunjur dan membongkok sedikit supaya tulang belakangku lebih nampak ketara. Sakit belakangku disuntik dua kali oleh jarum yg mak datuk, besarnya. Aduh..tiba2 saja aku rasa kakiku kebas, tak dapat diangkat, ubat bius pantas berjalan dan aku telah sedia terbaring. Setelah hampir 15 minit menunggu barulah muncul Dr Intan yg jelita dgn salamnya menyapa aku sambil meminta maaf terlambat lima minit. Nasib baik aku nih nak beranak,kalu aku nih sakit jantung 5 minit tu tentu aku dah KO.
Hati aku terus bergelodak bimbang dgn berbagai kemungkinan tambahan dgn mimpi2 yg kurang menyenangkan sejak akhir2 ini namun siapalah yang dapat membantu aku saat ini, kecuali Allah Alaziz. Mulutku terus membaca zikir ajaran suamiku. Perutku terasa sejuk bila disapu sejenis cecair. Mukaku di lindung oleh kain bewarna hijau tua oleh seorang staff nurse bangsa Serani yg sangat peramah, bertanya itu dan ini sambil menepuk2 tangan kananku. Kemudian aku terasa dibawah pusatku ditujah sesuatu dgn benda kecil tajam namun aku tak terasa sakit. Aku tahu pembedahan sudah bermula bila terdengar ucapan Bismillah dari mulut Dr Intan
Tidak sampai lima minit aku terdengar suatu suara yg paling merdu didunia..tangisan yg aku nantikan selama ini, suara garau anaku memecah keheningan OT.Aku toleh jam didinding, tepat pukul 8:26 pm 8.8.2004, lahirlah anakku. Serentak itu segala duka ku hilang, lapang dadaku mendengar suara yg sihat dan airmataku mengalir keluar.Airmata seorang ibu. Nurse Serani itu mengambil bayiku dan dalam tubuh yg masih bersalut cairan kelahiran tuh, anakku disuakan kewajahku. Kukucup mulutnya yg terbuka luas menangis.
“Sempurnakah anakku?” itu ucapan pertama. Dan dia angguk.lalu dia membawa anak itu untuk dibersihkan. Setelah itu barulah aku teringat menanyakan lelaki atau perempuan.
Bila dia mengadapku semula aku bertanya.
“Nurse..anak I boy or girl?”
“You nak anak apa?”
“Boy!”
“Yes..you get what you hoping for?”
Serentak itu kupanjatkan syukur kehadrat Allah, doaku dimakbulkan..Kau MAHA Pemurah Ya Allah..
Semasa melahirkan kedua puteriku, aku ambil masa yg agak sekejap tapi ini agak lama mungkin kerana mereka mengikat salur ovariku.
Aku diusung keluar dari OT tepat pukul 10.15 bila suami,kakak dan abang iparku menunggu aku. Aku dibawa ketempat pemanasan sebelum itu kerana suhu bilek OT yg terlalu dingin sedangkan aku cuma dibaluti sekeping nipis kain kapas hijau. Suamiku dan kakakku pulang meninggalkan aku yg dijaga oleh jururawat. Aku tertidur.

Tepat pukul 3am aku terjaga dan merasakan sakit yg teramat sangat di ari2ku.Aduh..sahlah ubat bius dah habis.Sakitnya hanya Allah yg tahu hinggakan berpeluh aku dalam bileh hawa dingin dan jantung ku berdegup kencang. Ramai beranggapan sakit bersalin secara pembedahan tidak sakit, kerana kita dibius..memanglah tidak sakit waktu pembedahan berlansung..namun selepas pembedahan..sakitnya berpuluh kali ganda dari sakit bersalin normal..maklumlah, daging segar dan sihat,ditoreh besar seluas lapan inci. Gagahkan diri, tekan loceng, terburu2 nurse datang.
“Sakit ye Puan, biasalah nanti saya suntik ubat tahan sakit lagi”
Cepatlah nurse..sakit tak tertahan. Dalam 15 minit menahan sakit aku terlena bahana ubat pelali tu.
Pagi 6am aku dikejutkan utk ambil suhu dan cek tekanan darah. Marah rasanya bila tidur diganggu. Sakitku datang semula.Aku minta ubat pelali tapi nurse tu kata, aku baru ambil 3 jam yg lalu, aku dibenarkan ambil setiap 6 jam.Aduh mak, ada lagi 3 jam aku terpaksa bertarung dgn kesakitan.Geramnya.
Pukul 8am, dua org nurse datang memberus gigi, mengelap muka dan badan dgn tuala panas dan mengantikan tuala wanita, lepas tu tidur lagi. Perut mula lapar tapi aku masih disuruh berpuasa.
Aku call nurse minta bawakan anakku untuk disusukan,aku buka bedungannya dan ku tilik satu2 setiap inci tubuh anakku untuk ku kenali, ku ambil gambar anakku yg pertama,alangkah tenangnya anakku tidur. Memang betul macam muka aku. Allahhuakbar..anak lelakiku!!Aku jeling kad tahniah warna biru dari pihak hospital. Congratulation, I’m a boy..kata2 dari kad yg bertulis peribadi anakku.Berat 3.7kg..panjang 54cm, mashaallah patutlah sakitnya aku masa dia masih dalam rahimku..walaupun baru 37 minggu tapi beratnya mcam baby 40 minggu. Kus semangat anakku. Hatiku sedikit sedih bila dikad tertulis anakku G6PD deficency. Aku pasrah, maknanya enzim darah dalam tubuh anakku ada kekurangan.Aku tanya pada nurse, dia berkata anakku jika ke klinik dimasa hadapan perlu membawa senarai ubat alahan, anak aku jangan didekatkan dgn ubat gegat dan kacang parang. Jika aku lalai boleh meragut nyawa anakku, aku diminta berhati2.Sebak hatiku..Ya Allah inilah dugaan pertama untuk anak kesayanganku atau ini dugaan utk ku.
Pukul 12pm pelawat pertama datang, kawan ku Wan yg juga sedang sarat dan dah book OT pada 20 hb Ogos nih, lagi dua minggu. Aku bersembang lagi..walaupun mengantuk.
Aku bersembang sampai pukul 4pm suami sampai.Anakku dah dua kali dibawa utk menetek, walau sakit aku gagahkan menyusunya.dan aku ambil gambar pertamanya bersama Papa. Hatiku sayu semula bila lagi sekali aku melihat suamiku pulang .Setelah pulang aku panggil nurse, aku minta tolong bukakan tiub yg bersambung disalur kecing, aku nak bangun cepat supaya darah mengalir cepat dan aku cepat sihat, serta cepat pulang kepangkuan puteri2ku.
Dr Intan datang lagi, dan tiub yg merimaskan aku dibuka, Dr Intan terkejut dgn keberanian aku bangun cepat walaupun belum 12 jam.
Allah..sakitnya Allah saja yg tahu tapi aku berjaya..perut sangat lapar tapi aku cuma dibenarkan minum segelas milo panas saja.Adus..esok baru boleh makan soft diet..aku berpuasa dari tengahari semalam.

Pagi minum milo lagi, dah boleh merayau ke nurseri tenguk baby, walau sakit masih mencengkam, talipon emak, beritahu semua OK dan tak perlu melawat, sebab masih bimbangkan Sarah. Lega dengar semua anak2 tak meragam.
Suami datang pagi dan confirmkan nama putera. Muhammad Zubair, nama bermakna, gagah cerdik dan cemerlang, pilihan Papanya dgn doa semoga anak ini mencontohi peribadi Zubair Al Awwam antara 10 sahabat Rasullah yg dijanjikan surga..amin!
Susukan Zubair, entah kenapa cukup susah nak tidur, mungkin asyik ingatkan anak2 yg dirumah.Cadangan asal nak berehat dihospital, menjadi rindu mendalam.
Laparnya hanya Allah yg Tahu,, pukul 12pm Dr Intan umumkan boleh makan porridge, apalagi..makanlah.beginilah rasanya manusia yg kebuluran di Afrika sana. Ke nursery jenguk anak lagi..bosan sangat, TV tak menarik minat, menyesal pulak minta single room..kalau minta double kan ke boleh sembang.

Tuesday, July 13, 2010

ular mengular

emm..balik dari solat..kalu org lain pas solat ngular skit..aku bab
ngular nih payah nak cakap lah,,aku pun bukanlah lurus sangat tapi.
tak baik weh..Allah yang maha halus perkiraan ..
so "hari2 makan pengat, sendiri mau ingat".Bukan apa, kalau manyak
sangat ngular nih..nanti kot terpatuk dek ular..bisaaaaaa!!!
update blog nih kira cam bab ngular gak..tapi ular yg bersopan..
masih ingat pesanan ex-lady boss dulu.."mesti selalu ada kat cubicle you
and hadap PC walaupun hanya U dan allah saja yg tahu apa yg U buat".
.hahah tu pesanan maut dari boss!!so kita yg sangat baik dan lurus nih ikut je cakap boss.
kije bukan tak ada tapi boring ya Rabbi!!Ok lah nak buat kije jap

Monday, July 12, 2010

Lisa tak mau study


Anak mama nih bukan tak pandai, bukan tak rajin tapi mama tak tau kenapa liat sangat kak Long nak studi.Mama sangat berharap agar kak Long dapat jadi teladan yang baik
buat adik-adik. Walau setiap kali mama bercakap mengingatkan kak Long, rasanya dah berbuih mulut mama
macam itik kunyah sabun, nak suruh kak Long studi.
Tusyen pun kak Long liat, mama dah kasi duit suruh bayar tusyen, tapi mama tak tau kak Long buat apa ngan duit tu
Jangan-jangan kak Long pi topup handphone yang baru mama beli tu. (Belum keluar result mama dah kasi hadiah siap-siap)
kak Long kena ingat, ni bukan zaman dulu, nih zaman orang Malaysia dah jadi angkasawan,..Malaysia boleh gitu..kalau kak Long tak kejar opportunity (nauzubillah betul tah eja nih) dari sekarang kak Long akan ketinggalan jauh.
Bukan zaman Sultan Mahmod Mangkat Dijulang lagi..ni zaman baru, zaman serba cepat.
bangunlah nak...zipkan jeans, sarung kan latest fashion
t.shirt dan keluarlah dari kepompong malas mu itu..pergilah studi..buktikan anak Baya bukan setakat pandai bergaya, anak Baya bukan setakat bercita-cita je, tapi akan merealisasi cita-cita dan harapan mama..go go girl!!!

masihkah kau ingat

Puasa dah semakin hampir..satu bulan saja lagi nak bermaharajalela
makan kat public.Lepas nih kalau rasa berani dan nak kena sanagt usung
dengan kereta jenazah,
bawak bawaklah makan kat kedai Velu "banana leaf" (sekadar
menyebut nama..jangan lepas ni mati kena saman si kelly ng Velu plak.)
Dah mula latih diri skit skit bertatih puasa sunat Rejab (lepas posa enam
syawal memang cukup liat nak posa sunat)
Kalau puasa sunat Isnin Khamis tu, punyalah bergantung cik dan encik setan..
kat mana mana sampai air sejuk kat pili bomba tepi opis pun menjelma selazat
mocha ice blended kat Starbuck..
Tu belum kira penat dan panas, berjalan ke parking kereta yang
tak sampai sekangkang kucing tu pun rasa macam
mendaki gunung Kinabalu. Nafsu manusia, payah dikekang dan ditundukkan.
Malah Junjungan Besar SAW pernah mengingatkan "perang yang paling hebat
adalah perang melawan nafsu"
Masa kecik dulu paling best puasa ni masa balik sekolah, hari panas
tengahari naik basikal dengan abang.
Peluh tercungap (macamlah kita yang penat kayuh basikal, padahal
duduk kat seat belakang je,naik rumah terus pegi kat tempayan kecil tepi dapur
yang selalu mak isi air sejuk untuk minuman. Manalah ada peti ais masa tuh
tapi air tu nyaman dan sedap tambahan lagi pada tekak yang kering perit.
Teguk bergeduk tak ingat donia..dah puas minum rasanya macam minum
sebaldi air syurga, baru lah datang fikiran waras..alamak aku posa!!!
Tapi dah terlambat, perut dah setengah kembung, terus pegi kat mak
"mak orang dah terminum air..batal kan..posa orang nih?" harapan
berbunga, terasa-rasa mak penuh simpati bercakap "pi lah makan nasi
sejuk tuh..ada ikan goreng lebih sahur semalam buh sikit kicap atas meja tuh"
Tapi nan ado aihh.."ko jangan ngada, sambung posa tuh balik, cakap tadi
tak sengaja kan"
Cheh, kantoi harapan, amik basikal pi umah kawan dengan harapan luka
terubat skit.
Puasa asalnya mengajar erti kesusahan dan kesabaran, tapi ada setengah
orang bulan posa dia bantai tidur dari pagi sampai petang, bangun betul
betul 5 min sebelum azan, pas tuh makan ngalah kan jin yang kena
penjara kerja berat 12 tahun.
Kalau asyik membuta manalah ada godaan, kalau adapun godaan dalam
mimpi.
Moga kita dapat penuh penghayatan pada puasa kali ini.Setiap kali puasa
azam dan tanamkan dalam hati aku ingin memperbanyakkan amalan
siang dan malam hari. Mungkin ramadhan kali ini adalah ramadhan akhir
buat kita, so mari bersungguh sungguh dalam mengisi dan mencari
keredhaan ARRahman.

Sunday, July 11, 2010

masih tak pulang

Hati sebak tapi kuatkan perasaan
cekalkan hati, biarlah dia nak melakukan apa saja yang dikehendakinya
kita mentimun buatlah cara mentimun
apa jua yang dilakukan sidurian, kita tahanlah saja,tapi dia lupa
tak mustahil satu hari durian akan jadi tempoyak
Masa tu, giliran timun pulak melanyak durian sepuasnya
Kali ini hati nekad, jika dia memilih si angker tu, pilehlah
I tetap bahagia
Si One pun tak kita hubungi hari ini, buat menambah pilu dihati
Biar ku cari damai, biarlah dia tak mahu jenguk kita sampai bila-bila pun
janji anak-anak ada sebagai penghibur
moga Allah SWT tunjukkan kebenaran pada dia, jika benar angker jujur
Allah SWT akan beri yang terbaik buat dia
Semalam si One cakap dia ada ke rumah dan mengamuk balik bila
rumah kosong, kalau betul kenapa tak talipon mencari
sengaja dia tidak mahu berjumpa kita lagi, tak mengapa
Kalau sudah takdir kita bersendirian, apa boleh buat.
Moga lepas ini kita lebih tenang dengan anak-anak sahaja

Tompok dan Kiki

Hari ini sangat sedih, masa menaip N3 ni airmata laju membasahi pipi
Sebenarnya dari semalam dah nak lakukan, tapi bila nak cari dia
orang pandai plak menghilangkan diri.
Semalam lepas breakfast ala kadar pergi bawa anak-anak pergi Corus, tapi
pool tutup sebab renovate so tukar cadangan pergi PD Perdana.
bawa anak-anak mandi sakan tu dia dari pukul 10.30 sampai 2 petang.
Zubair dah memang kulit semula jadi tak lah nampak kegelapannya.
Mashitah yang cepat makan dek matahari kilat menghelit.
Sarah, nampak berbelang, sebab cerah sikit dari yang dua tu.
Kesian bibi dari pagi sampai petang kena berendam sama, ikut kerenah Zubair.

Hari ini bangun pagi lepas breakfast ajak budak-budak pi pasar..cuma
nak menghantar Tompok dan Kiki.
Tompok dah lah kuat kencing merata, bila malam asyik bergaduh tah dengan
jantan mana, tak pernah yang menang.
Memanjang kalah dengan kucing jantan besar warna kuning.
Dia penakut, sembunyi atas tepi kekisi tingkap dapur.
Bila jantan kuning menyergah dia, dia terperanjat lari kecut perut
Kalau setakat lari tak pe, siap dengan terberak-berak merata-rata
Setiap pagi benda awal yang bibi kena buat adalah basuk najis dia
berterabur bukan sedikit di merata dapur baunya semerbak seluruh alam.
Badan dia pun lebam dan luka sana sini digigit cakar sikuning
Akhirnya dalam terpaksa hati dikeraskan untuk menamatkan derita Tompok
Kiki juga terpaksa berkorban menemankan abang Tompok supaya
nanti tidak kesunyian di tempat asing.
Salah kah Mama Tompok, berdosa kah Mama Kiki, Mama bukan tak sanggup
beri makan kalian, tapi rumah Mama dan tak ada bau lain selain bau najis
Tompok. Air mata mama mengalir dari enjin kereta dimulakan sampailah tiba pasar.
Sepanjang perjalanan ke pasar Tompok rileks tidur kat bonet tapi Kiki mengiau tak
berhenti dan hati mama seperti tercarik mendengar setiap iauan Kiki.
Kiki macam tahu mama mahu meninggalkannya.
Sampai di pasar, mama tutup mata bila bibi keluar nak ambil keduanya di bonet.
Tanpa dijangka Tompok meluru terlalu laju, melintas ke sana kemari tak tentu
arah, mama panik takut Tompok terlanggar kereta.
Tompok terus hilang dicelah-celah kereta dan orang ramai yang berpusu-pusu.
Mama jadi emosional, mama marah sebab bibi tak pegang Tompok baik-baik,
bibi yang jadi mangsa.
Kiki bibi hantar betul betul belakang pasar tempat ikan ada berterabur,
Mama pecut kereta, tak sanggup menonton drama pilu.
Dalam kereta semua terdiam, Zubair yang banyak cakap pun senyap.
"Mama doa lah Tompok moga Allah selamatkan, kesian Kiki jugak,
Rasullah sayang kucing"
Kata kata jujur Zubair menghiris jantung mama, berdosanya aku.
Maafkan Mama Tompok dan Kiki..Bibi akan pulang akhir tahun ini
Mama seorang tidak mampu membasuh najis Tompok lagi.
Mama tak daya pulang tengahari semata-mata nak siapkan makanan korang
Duduk baik-baik di pasar, jangan cari gaduh dengan kucing lain
Pandai pandai jaga diri dan cari makanan.
Jangan mencuri ikan tanpa izin, makanlah jika orang beri.
Mama doakan Tompok dan Kiki selamat, dan mama tak kan cari Tompok di pasar
kembali sebab mama bimbang mama akan peluk Tompok dan Kiki
kalau mama jumpa.
Selamat tinggal

Wednesday, July 7, 2010

Sedih geram ari ni

Baru bukak blog dah ada cerita duka menyinggah
tak pernah plak jadi semarah dan sekecil hati sangat..
dah putus asa dan harap..Allah SWT murka pada yg putus harap
tapi betul bengang
siang malam pagi petang asyik berjumpa aje..geram sangat talipon tutup, tak tau pegi mana
janji nak keluar sama sampai sudah rupanya kat situ..
apa lagi lupe diri kejap..keluar semua yg tak patut, geram sungguh, sombong bongkak tak sedar diri, makan pakai dia atas ihsan kita..tak pasal pasal jadi kes ungkit..ingatkan biarlah yang lepas jadi lepas, rupanya tidak..dendam masih kuat..manakan tidak 10 tahun derita hanya kerana dia..tapi dia bleh plak sebelah kan angker tu
fuh..balik umah suruh dia buat pilihan,,sedih sangat bila depan angker dikatakan berperangai buruk..tak pe lah..biarlah,,kali ini jadi betul-betul pun dah redha dan tawar hati..si angker punyalah sombong, x sangka betul patutlah hidup selalu x senang
10 tahun dah rasa dah tak mampu nak bertahan..biarlah masa menentukan dan serahkan pada Ya Rahim..kerana cinta yang tak berbelah bahagi,,biarlah cinta ini terkorban..dah malas

Tita: tak ada kafa hari nih tapi pi tasmik..berzaman lah bersidai kat sekolah menanti dia siap sembahyang kat surau lagi
Sarah:pun tak da kafa..beli kuaci biji labu..chewah..betul betul makan macammana dia buleh suka??sapalah punya gene tuh
Zubair: pagi naik angin, petang kita pulak naik angin ngan perangai dia..suka gak kuaci, tapi maaf mama tak larat nak kopek, nak makan sendiri kupas.
Bibi: suruh mop lantai bilek sebab malam tadi dah bunuh sekor lipan hitam besar jari kelingking seumur hidup tak penah bunuh lipan..sebab takut dia panjat tilam anak, mama nih jadi stunt woman, ketuk lipan ngan botol losyen..kasih ibu sepanjang hayat, kata orang haiwan liar selalunya berpasangan..alamak..manalah sekor lagi..harap-harap lipan nih duda atau janda
Mama: masih tak pasti nak pi reunion ke tidak..!!nak pegi sebab ramai muka baru yang tak datang last year reunion..tapi minta izin macam tak ada harapan

Monday, July 5, 2010

Permulaan yang lama

Mulakan dengan Bismillah..akhirnya..bertahun berangan akhirnya muncul jua..
memang dada ni sesak kalau apa di dalam tak terlepas keluar
mudahan suatu permulaan yang dah lama ini dapat dimanfaatkan oleh setiap jengahan