Friday, July 16, 2010

curse of crying boy


Gambar curse of crying boy, nak tahu cerita lanjut pi surf kat Pak Wiki
Tangisan ada dua makna, sedih dan gembira pun boleh menitiskan airmata.
Gembira tak apalah..airmatanya rasa manis campur masin
Sedih..airmata masin kelat rasanya.
Semalam kepala berat terima masalah seseorang.Anaknya umur belasan masih belajar di kolej, hamil luar nikah.Beratnya dugaan ibu itu, sedih mengenangkan anak sulong harapan keluarga tergamak menconteng arang ke muka ibu yang amat menyayanginya.
Kemana rasa kasih anak gadis (bukan gadis lagi) pada keluarga.
Kita berusaha sedaya mampu membantu menyelesaikan masalah, ibunya hampir pengsan dan bapanya kelu tak terkata.
Ibunya minta dicarikan rumah perlindungan gadis bawah umur untuk dihantar anaknya
hari ini kita telah dapatkan asrama buatnya.Insyaalah moga Allah bukakan hati anak
ini agar kembali ke pangkal jalan.Bertaubat kerana Allah maha Pengampun.Tumpah jua airmata kita mendengar tangisan yang menghadapi musibah.

Sambungan kisah:
Hassan lansung tidak pulang ke rumah hampir seminggu, duduk di rumah siti One dan si Angker sahaja.Hati May sangat sedih sudah pasti Hassan telah memilih Angker berbanding dirinya.Namun tergamak Hassan menalipon sambil meminta May sedikit wang belanja, mungkin anaknya bersama salah seorang isterinya telah kehabisan susu.
Hati May sayu, dah lah tak pulang menjenguk anak anak, dengan tak tau malu meminta wang pulak.May mematikan talipon sepanjang hari, benci mendengar suara Hassan.Namun dia sempat menjeling SMS suaminya yang menghantar mesej pura-pura "ke mana ku pergi dan apa jua kubuat,akan kubawa secebis darimu di dalam hatiku".Dimanalah Hassan mencilok kata-kata palsu itu atau apakah salah seorang kekasihnya yang dipaksa memerah otak memikirkan kata-kata romantik itu.May tawar hati,membalas mesej yang sama seperti yang pernah dihantarnya minggu lepas.
Hassan sudah mati dalam hidup May, walau hatinya hancur setiap kali anak bongsunya menyebut bapa, May menangis dalam hati.Tangisan May lebih hebat dari anak lelaki di dalam poster "Curse of crying boy".
Kalau benar Hassan ikhlas sayangkannya kenapa masih tidak pulang ke rumah.May makin geram lantas dia menghantar SMS maut kepada si Angker yang menjadi punca sengketa ini.Puas hati May menempelak Angker dan meminta Angker agar jangan bongkak dengan cinta berlebihan yang diterima dari Hassan hingga lelaki itu sanggup membuang May dari hidupnya.May akan tetap sabar, kerana hatinya telah tiada lagi pada Hassan, dia hanya menyerah kepada takdir dan Allah SWT kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuknya.Kali ini May redha setelah 10 tahun terpenjara dalam kesengsaraan ketidakadilan Hassan.

No comments:

Post a Comment