Anak anugerah yang tidak ternilai..amanah terbesar untuk ibu bapa, mungkin kenyataan ini tidak begitu mengujakan buat ibu bapa yang ada ramai anak, tetapi sangat teruja buat pasangan yang tidak ada anak..bertahun mencuba..tidak ada hasil..kadang2 hingga ketahap malas mencuba.Bagaimana setiap hari mereka akan bertafakur meminta pada Allah SWT moga mereka dikurniakan anugerah tidak ternilai ini, malah ada yang sanggup berkorban wang ringgit, berkorban nyawa dan apa sahaja asalkan hasrat untuk menimang cahaya mata tercapai.Begitulah besarnya nilai anak2..
aku sebagai ibu..amat menyayangi anak2ku..aku sanggup berkorban apa saja, aku akan lakukan apa jua asalkan dapat memuaskan hati anak2..berlandaskan kemampuan dan batas2 landasan kebaikan.Aku terlalu melindungi anak2 hingga ada kalanya aku men'spoil' mereka, tetapi aku tidak salahkan diriku kerana padaku mereka berhak mendapatnya dariku kerana kehadiran mereka telah membahagiakan aku.Jadi selayaknya mereka ku hadiahkan kasih sayang tidak bertepi ini, namun aku masih mengikut batas2 landasan kehidupan yang sedaya upaya aku garapkan kesempurnaan. "Sayangkan anak tangan tangankan..bukan bermadsud memukul tanpa usul periksa..semasa mereka kecil, aku pukul mereka jika ternyata mereka bersalah..malah hingga sekarang aku akan mengalirkan air mata jika aku teringat peristiwa yang membuat aku memukul anak2 ku. Setiap anakku akan kuingati kesalahan mereka yang membuatkan aku hilang kawalan dan setiap kali itu juga aku akan menyesalinya,alangkah baiknya jika aku boleh memutar masa, agar aku dapat mengulangi saat itu, dan menjadi ibu yang sangat baik, tidak marah2, tidak memukul..aku akan nikmati setiap saat melayani kerenah kecil mereka..Setiap kali teringatkannya, jika mereka di sisiku..terutama jika malam hari..melihat mereka tidur..aku akan peluk cium mereka..dengan air mata mengalir..aku tahu mereka tak sedar..tapi aku tetap membisikkan kemaafan ditelinga mereka..maafkan Mama..mama bukan sengaja hendak menyakiti anak..tapi mama hilang kawalan masa tu..maafkan mama..lepas puas ku hamburkan air mata, barulah aku mampu tidur, walaupun aku tahu mereka tidak sedar diulit tidur yang lena..aku tidak peduli,memadailah, asalkan hati aku puas.Jika rasa kesal ini hadir sewaktu anak tiada disisi, cepat2 aku hadiahkan alfatehah untuknya.moga dia dilindungi Allah SWT walau dimana dia berada..
Kini, mereka meningkat dewasa, namun sehingga kini aku masih bersikap begitu..bila aku rindukan mereka, aku akan merasai pekara yang sama.Hinggakan aku phobia untuk melihat gambar2 mereka semasa kecil, walaupun hatiku meronta2 nak melihat, untuk mengenang zaman lampau, tapi aku tak kuat, pasti aku akan mengalirkan air mata..membelek gambar2 mereka, merindui keletah comel mereka..mengimbau masa kecil mereka...mungkin bila mereka telah bekeluarga dan hidup asing dari aku,.mungkin akau akan jadi nanar..tiap kali melihat album masa kecil mereka..betapa bagusnya jika mereka tidak dewasa, mereka sentiasa disisiku dengan seribu satu kerenah manja..aku sungguh rindu saat itu, walau aku tahu adalah sesuatu pekara mustahil,anak2 tidak membesar..aku sebak bila terpaksa menerima hakikat, suatu hari mereka akan pergi dari ku jua...tapi aku harus positif menghadapinya, tak mungkin aku peram mereka macam pekasam kat rumah aku, tidak berkembanglah keturunanku..moga Allah SWT berikan aku kekuatan untuk menghadapi saat yang amat menakutkan itu..in shaa allah!
Anak2ku ketahuilah, mama sangat sayang pada anak2..janganlah hendaknya kasih sayang mama ini mendapat balasan yang sebaliknya, moga segala doa mama untuk kalian.. akan Allah SWT kabulkan..amin
Thursday, September 10, 2015
Friday, August 21, 2015
Cerpu (cerita merapu)test market jadi novelis..konon
Angin petang tepian pantai yang damai itu mengusap, membelai
wajahnya yang sugul, mengeringkan air mata yang telah jatuh sekian kali itu.
Hatinya dongkol, sesekali sebuah keluhan tipis terkeluar dari mulutnya.
Perlahan-lahan air jernih mengalir lagi menuruni pipi yang telah cengkung
benar. Disekanya dengan hujung baju kurung biru berbunga putih yang dipakai
sejak pagi tadi. Di kejauhan terdengar sayup-sayup suara kanak-kanak riuh,
mengutip siput di gigi air yang telah surut sejak awal kedatangannya tadi. Kanak-kanak
yang masih hijau dan yang masih bersih hati dan otak yang masih lapang. Tiada
satu masalah hinggap di kepala kecil mereka. Yang ada cuma bermain dan terus
bermain. Alangkah seronoknya kalau lahir ke dunia hanya menjadi kanak-kanak
tanpa perlu perubahan sebagai orang dewasa. Alangkah manisnya meniti alam indah
sebagai kanak-kanak. Sedikit sebanyak rindunya pada Lisa di kota kelahirannya terubat,
melihat gelagat riuh anak-anak tadi.
Fikirannya kembali ke alam nyata, otaknya kembali ligat
berfikir dan hatinya kembali sayu bila teringatkan wajah manis Lisa. Bermain di
matanya wajah tanpa dosa yang selalu meragut rindu di hati dan selalu mengisi
kenangan sayunya. Anak kesayangannya yang tinggal bersama ibu jauh di kota
kelahirannya. Rindu hampir saja memutuskan tangkai hatinya.
Apalah daya mama, nak..monolog hatinya. Jika boleh mama
ingin memelukmu tiap saat, mencium wajah manismu saban waktu dan melayan
kerenah manjamu. Tapi mama terpaksa melakukannya demi masa depan kita, terutama
masa depanmu dan adik yang bakal lahir. Sepontan tangannya melurut jatuh ke
perut yang membusung disebalik baju kurung yang bersaiz besar itu. Hatinya hiba
lagi,perlahan diusapnya kandungan yang sudah mula menonjol itu.
Dia sendiri tidak tahu kenapa semua ini terjadi, apakah yang
ingin Allah mahu ia pelajari dari takdir ini.Puas ia memerah kepalanya yang
selalu kusut itu dengan persoalan ini, namun akhirnya ia akur, tidak mahu masuk
campur akan urusan ini. Sebagai seorang Islam yang setiap kali sembahyang
mengucapkan “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu
pesuruhNya”, ia redha dengan ketentuan nasibnya kini. Hendak menyesal bukanlah
pegangannya kerana tiada kematangan andainya diakhiri dengan penyesalan.
Ia sendiri tidak tahu dan sedar mengapa ia menerima lelaki
itu dalam hidupnya, walaupun sebelum ini telah tekad hatinya untuk tidak
menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Namun jodoh, ajal dan tanah kuburan
adalah dalam kemaslahatan Allah jua. Ia tetap bersyukur menerima Kazman dalam
hidupnya. Kini dia menjadi milik Kazman dunia dan di akhirat. Tempatnya adalah
di sisi Kazman. Ia berkorban bertukar kerja ke daerah asing ini, meninggalkan
bandar tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Kota kebanggaan yang menjanjikan
seribu satu macam kesenangan kepada penduduknya. Ia sanggup bertukar kerja dan
tempat tinggal semata-mata menurut kemahuan Kazman yang mahukan agar mereka
sentiasa berdekatan. Walaupun lansung tidak pernah ia bercita-cita untuk
berjauhan dari Lisa anaknya.
Lisa tentu tidak betah tinggal di pedalaman yang penuh agas
dan nyamuk. Lisa tidak biasa dengan suasana sunyi semacam kubur. Lisa sudah
terbiasa dikelilingi oleh keluarga terdekatnya. Lisa anak manja yang saban
minggu mahukan McDonald, ayam goreng Kentucky, naik kuda mainan di taman
hiburan dan menonton wayang kartun di KLCC. Lisa anak bandar yang akan menangis
kesepian jika tinggal di pedalaman yang sunyi macam kawasan perkuburan ini.
Malah Lisa pasti akan merengek untuk pulang semula ke kota kelahirannya.
Namun dia tidak boleh menjadi Lisa. Lisa kanak-kanak yang
harus dilayan kehendaknya kerana otaknya masih belum dapat menerima tegahan dan
kata-kata nasihat. Lisa tidak mahu mendengar selain dari kata hatinya. Lisa
tidak mahu ambil tahu akan takdir yang tertimpa di pundak mamanya. Bagi Lisa,
kemanisan zaman kanak-kanak harus dikecapi sebaik mungkin. Berbeza dengan
dirinya yang harus memikirkan kehidupan dalam semua aspek bukan hanya
berseronok seperti Lisa.
Ia tidak menyalahkan sesiapapun dalam hal ini, jauh sekali
Lisa kerana dari awal perkahwinan Lisa telah melahirkan rasa kurang setujunya.
Walaupun anak pintar itu tidak menggunakan kepintarannya berkata-kata, namun
perlakuan Lisa telah cukup untuk membuktikan bahawa dia tidak mahu menerima
kehadiran lelaki asing ke dalam mahligai bahagia yang diciptakan bersama Lisa.
Dulunya ia amat bahagia dengan Lisa, walaupun di mata orang lain, mahligai itu
kurang sempurna tanpa kehadiran lelaki, namun ia masih mampu mengundang hilai
ketawanya berbaur dengan keletah manja Lisa. Tapi kini mahligai yang lengkap
ini cuma selalu mengundang duka ke dalam hatinya. Hanya tangisan senyap dari
dalam sudut hatinya yang selalu tersentuh sahaja mengisi ruang mahligai lengkap
tadi.
Kazman, hadir dalam hidupnya entah dari mana. Tahu-tahu
sahaja dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang telah menjadi bapa kepada
tiga anak itu. Entah dari mana datang kekuatannya menerima Kazman dalam
hidupnya. Kazman lelaki yang baik, walaupun telah beristeri namun ia tidak
pernah berahsia. Ia mengaku telah mempunyai tiga anak lelaki yang mula
menginjak dewasa. Namun dia masih menerima pelawaan Kazman untuk menjadi suri
rumah tangga. Entah apalah yang merasuk jiwanya saat menerima lamaran itu, ia
tidak terfikir lansung kebarangkalian yang akan berlaku seperti sekarang ini.
Ia lansung tidak memikirkan perasaan Emi, isteri Kazman, jauh sekali perasaan
Halim, Arif dan Amin anak-anak Kazman. Ia seperti mabuk kepayang, asyik masyuk
dengan cinta lelaki itu hingga lupa dunia yang sedang memerhatikannya dengan
penuh perasaan benci dan mengutuknya terus-terusan.
Perkahwinan berlansung
secara rahsia tanpa pengetahuan isteri malang itu. Kazman mempunyai
ramai teman yang berpengaruh, lantas urusan pernikahan mereka menjadi mudah
tanpa perlu mendapat persetujuan dari isteri pertama. Segalanya berjalan
lancar, malahan ia mendapat sokongan padu dari satu-satunya saudara kandung
Kazman dan ibu mertuanya yang amat gembira dengan penyatuan mereka itu. Emi
lansung tidak menyedari bahawa ia secara sulit telah berkongsi suami dengan
wanita yang tidak pernah terbayang dalam ingatannya akan hadir mengeruhkan
kejernihan rumah tangga mereka sebelum ini.
Bagi pihak keluarganya pula, ia juga tidak menyangka akan
mendapat sambutan yang tidak mengecewakan. Agak hairan juga, kakak-kakaknya
tidak menentang dan abang-abang juga diam seakan bersetuju dengan keputusannya
mengahwini suami orang itu. Masing-masing mengambil peranan berdiam diri dan
membiarkan dia membuat keputusan tanpa tegahan. Yang paling menakjubkan ialah
ibunya yang seakan bersyukur dengan kehadiran Kazman yang pada mata mereka agak
bersesuaian menjadi suaminya. Entah sesuai dari segi mana, ia sendiri kurang
pasti.
Sebelum perkahwinan mereka berlansung,bercupak janjinya pada
Kazman bahawa ia akan sabar dengan situasi Kazman. Dia tidak akan meminta hak
digiliri sebagai isteri kedua kepada Kazman, kerana menghormati hasrat
suaminya. Kazman mahu perkahwinan mereka dirahsiakan buat sementara waktu
sehingga madunya dapat menerima hakikat yang ia telah berkongsi suami. Suaminya
amat memahami perangai Emi yang kuat cemburu, dikhuatiri Emi akan mengambil
keputusan meninggalkan anak-anak lantaran hatinya disakiti, gara-gara tidak
sanggup dimadu. Ia memberontak, mustahil seorang ibu tergamak meninggalkan
anak-anaknya hanya semata-mata kerana marahkan suami menduakannya. Tetapi
Kazman lebih faham perangai isterinya. Memang mulanya ia menganggap itu sesuatu
yang agak mudah dan mampu dilaksanakan. Atas dasar itu jugalah akhirnya
rumahtangga mereka terbina.
Tapi itu adalah janji dahulu, janji kini hanya tinggal
janji. Kini, barulah dia merasakan peritnya untuk menepati janji yang suatu
ketika dianggapnya amat mudah. Kelat lidahnya menelan janji-janji yang pernah
cuba mahu dikotakannya. Kini saban hari, air mata membasuh janji-janji itu. Ia
tidak sanggup lagi memikul bebanan janji yang semakin hari semakin terladung di
atas pundak kepalanya. Namun ke mana ia harus lari dari perjanjian jahanam itu.
Siapa yang dapat menghuraikan kekusutan. Inilah yang menghantui jiwanya kini.
Ia merasa malu pada Kazman, bimbang disalah tafsir. Lagi pula, janji tetap
janji, jika kerbau dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janjinya.
Orang yang memungkiri janji itu adalah munafik. Nauzubillah! Dijauhkan Allah
dari menjadi munafik.
Apa pula anggapan Kazman nanti kalau luahan hatinya ini
disuarakan. Kazman tentu menganggapnya sebagai manusia yang cuma pandai
berjanji tapi tidak mampu menepatinya. Tidak!. Dia teramat hormat dan kasihkan
Kazman dan tidak mahu suaminya beranggapan negatif terhadapnya. Sebelum kahwin
bukan kepalang pandai berjanji, tetapi kemudiannya pandai pulak memungkirinya.
Janganlah hendaknya ia ditempelak sebegitu oleh suami tersayang.
Namun sampai manakah ia mampu menahan, sampai manakah dia
terdaya memikul beban janji yang lama-kelamaan menjadi kuman barah mengunyah
lumat tangkai hatinya. Janji yang siang malam memerah air matanya. Kini dia
benar-benar terhimpit dan merasa kehilangan bila Kazman pulang ke pangkuan
isteri tuanya. Bagaimanakah caranya untuk menembusi selaput sepi yang kian
membelenggu jiwanya.
Thursday, August 20, 2015
oh kome doyan dah bebunga
Musim durian dah sampai pun sana sini penuh ngan pemandangan dan bauan durian je.pasar malam, tepi jalan kalau kat PD ni tepi laut pun orang jual durian..ngeri gak tenguk budak budak selamba rock je kunyah durian sambil badan melekit-lekit lembab kena air masin laut.
Dah lah cuaca nauzubillah panas melampau, badan melekit air masin, peluh berlari berkejar ke sana ke mari pas tu melantak durian.
meh sini skit nak kasi petikan dari Pak Wiki:
Anthony Bourdain, a lover of durian, relates his encounter with the fruit as thus: "Its taste can only be described as...indescribable, something you will either love or despise. ...
Your breath will smell as if you'd been French-kissing your dead grandmother (sapalah nak cemolot nenek yang dah mati..macam-macam mat salleh ni).
Travel and food writer Richard Sterling says:
| “ | ... its odor is best described as pig-shit (ni si Richard nih dah biasa sangat cium tahi bab*, turpentine and onions, garnished with a gym sock (kasut sekolah lagi busuk..setengah hari and sesetengah kes ) sepanjang hari terkepam dalam kasut.. |
kenangan keluargaku
Hari ini memang meletihkan.Bangun awal pagi,hujan lagi. Cadang nak
masak mee goreng mamak as a breakfast,tapi lepas solat,kepala pening so baring
sekejap, terlelap.Pukul lapan kelam kabut mandi dan tak sempat buat
breafast.Bibik tak boleh bangun demam, kain bersepah dalam bilek air,kita
manalah larat nak buat tu,jalan pun dah tak berapa larat,inikan pula nak basuh
kain.Nak ambil cuti, esok cadang nak pi check-up, cuti lagi.Nasib baiklah ofis
dekat,tak sampai 5min naik kereta dah sampai.Jem tak ada,kereta tak banyak,
jalan pun lengang..syukur nikmat Allah SWT.
Semalam lagi Bibik dah baring saja, kadang2 BIbik nih pun macam budak kecil,dah tahu badan tu suka masuk angin, bila org buat bubur kacang makan jugak nak ikut macam org sihat..sudahnya pening kepala, muntah dan tak larat bangun.Kesian anak2,kita tak boleh cuti sesuka hati.Ingat petang balik kerja baru nak basuh kain pulak.Alahai,kena muhasabah diri,apalah yg menyebabkan kesukaran urusan sehari dua ini..mungkin ada kesilapan yg tidak disedari atau ada hati yg tidak sengaja dilukai.Semoga Allah mudahkan urusan.
Hari ni punyalah busy, banyak kerja,dari mula sampai, lepas b'fast pergi klinik hantar BIbik kejap,lepas tu balik ofis terus dapat kerja melambak2.Kalau tak ada kerja tu, melahu saja..kalau dah ada, datang sekali gus.Apa2 pun syukur,kalau tak ada kerja ..soru miss..tapi Allah sebenarnya yg memberi rezeki, pekerjaan cuma sebab musabab pemberian rezeki sahaja.
Semalam ambil gambar yg dah lama dicuci, Cina kedai tu dah naik lupa kat mana dia simpan, gambar birthday Tita, buat barbeque depan rumah kebetulan masa tu Nyah,kakak dari kampung pertama kali menjenguk ke PD setelah 4 tahun kita bermastautin di sini.Alangkah kembang hati dgn kedatangan dia, sebab selain emak dialah insan kedua yg kita kasihi sebabnya semasa kecil mak membantu ayah menoreh getah, jadi kita dipelihara tinggal dgn Nyah yg waktu tu sudah anak dara.Semua adik2 yg kecil Nyahlah uruskan, hingga kini semua adik2 sangat mesra dgn Nyah.
Kita dilahirkan di Tronoh Perak, dulu sebut Tronoh siapa pun tak kenal tapi kini sejak ada Universiti Petronas, barulah org luar tahu Tronoh tu kat mana.Datang dari keluarga yg susah,Kami ada sembilan beradik tetapi kakak yg tua,Yong..meninggal sewaktu berusia 1 tahun, emak pun tak pasti sakit apa, tak bawa ke hospital pun..cuma emak kata dia asyik cirit birit, jika sekarang mungkin dapat diselamatkan dgn perubatan moden..namun lagi sekali..ajal maut ditanganNya.Dia Pencipta dan kepada Dia kita kembali.Kini tinggal lapan beradik,Nyah kini jadi anak tertua,duduk dikampung berdekatan rumah pusaka ayah,dah beranak lapan,malahan Nyah dah ada 13 orang cucu dari anak yg dah besar2.Lepas Nyah,lahir Yang pulak,anak perempuan ketiga,tinggal di Ipoh,anak 3 orang, sudah besar2 anaknya.Yang mengidap kencing manis dan buah pinggang, setiap minggu darahnya mesti dicuci,suaminya bersedia menderma salah satu buah pinggang namun doktor kata sia2,kerana kencing manisnya dalam peringkat kritikal,jika dibedah utk buah pinggang lukanya payah sembuh dan buah pinggang yg didermakanpun akan rosak dalam masa terdekat.Hati mesti tersentuh setiap kali menziarahi Yang yg nampak lebih tua dari usianya.KIni kedua mereka suami isteri telah tiada lagi, pergi meninggalkan dunia fana.kesian pada anak2 yang tinggal kini yatim piatu, namun mereka tahu kami adik beradik kasihkan mereka bagai anak2 kandung sendiri.

Keempat, perempuan lagi,Kak Tun di Shah Alam.Dia ni wajahnya
hampir serupa dgn kita,selalu kawan2 tersilap terka,anak 3 dan sudah besar, malah
sudah mempunyai seorang cucu.Kelima perempuan lagi, Kak Dit,anak empat tinggal
di Shah Alam juga, telah ada lima cucu buat masa ini.Kemudian barulah emak
melahirkan anak lelaki,Abang Mat,sudah hampir 20 tahun kawin namun tiada
dikurniakan Allah cahayamata.Ramai kawan mengusik agar kawin lagi, tapi katanya
itu bukan menyelesai masalah tapi menambahkan masalah.Dia menetap di Perak. Isterinya
mengidap kansur salur darah dan telah meninggal duni setahun lalu dan abang Mat
kini telah ada penganti.Setelah Abang Mat,lahir abang Jak pula, menetap di
Damansara,baru2 ni menerima menantu dari anak pertama dari seramai enam orang.Lepas
tu barulah kita dilahirkan dan adik lelaki bongsu Ijai,dah beranak dua.Kalau
hari raya semua pulang kekampung,punyalah seronok,rumah tu seriuh2nya,tambahan
pula,anak2 buah kebanyakannya lelaki,apalagi gamatlah rumah pusaka ayah.Kalau
malam pulak dari pintu anjung sampai kepintu dapur,penuh.Anak2 tidur
berselerakan,semua tak mahu tidur dalam bilek.Seronok sungguh bila tiba hari
raya.Masak pulak, macam masak utk kenduri,semua dalam periuk besar,alangkah
nikmatnya berkeluarga ramai,walaupun semasa kecil kami dilanda kesukaran namun
kini bangga dgn keluarga besar.Maklumlah,ayah emak bergantung pada hasil
getah.Apa2 perbelanjaan pun semuanya menunggu duit torehan getah.Bila hari
hujan emak ayah berwajah sugul,belanja anak2 sekolah dan keperluan dapur perlu
diadakan.Jika musim hujan begini, selalu kesekolah tanpa belanja,mak bekalkan
ubi keladi atau ubi kayu yg banyak ditanam ditepi dapur rumah.Bila sampai
sekolah,tak makan pun,malu makan depan kawan2.Balik rumah,emak cuma mampu
goreng ikan kering atau ikan darat (air tawar)yg ayah jala di lombong yg banyak
dikawasan kampung.Kakak2 pun ramai yg berotak baik tetapi desakan kemiskinan
menyebabkan peluang melanjutkan pelajaran terbatas,mereka keluar bekerja kilang
di bandar dalam usia muda, semata2 untuk membantu emak ayah menyekolahkan adik2
yang masih kecil.Pengorbanan kakak2 sangat besar, dan tidak dapat dibalas,hanya
Allah sahaja memberkati mereka,setiap kali sujud kehadrat Ilahi,kesejahteraan
mereka sentiasa dipinta.Hanya itu saja yg mampu dilakukan oleh adik2 untuk
mengenang jasa mereka.
Hingga kini trauma musim hujan masih dirasai.Walaupun rezeki kita tidak lagi bergantung kepada hujan, namun bila mengingatkan musim hujan di waktu kanak2 bermakna tiada belanja dan kesusahan,traumanya masih terasa,sedikit sebanyak hati pilu jika hujan setiap hari.Kini syukurlah,anak2 tidak merasai apa yg pernah kita alami,namun semua itu ada hikmah yg tidak dapat dilihat dgn mata kasar.Allah Pencipta,sewajarnya Dia lebih tahu apa yg terbaik.Dari didikan hidup yg sukar inilah yg menerapkan sifat jimat cermat,kasih sayang yg mendalam antara adik beradik,sifat berkongsi,sifat redha dan sabar banyak terbentuk hasil didikan hidup sukar yg silam.Apa2 pun ianya telah menjadi kenangan walau pahit ditelan namun membuahkan hasil yg manis.Sayangnya, ayah tidak dapat merasai buah manisnya didunia..namun doa utk ayah semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya.

Kenangan 2004 26th July
26th July, 2004. 1:07 pm. Isnin..boring
Kita selalu sangat dijangkiti rasa kebosanan hari Isnin..mat salleh panggil "monday blues".Itulah yg terjadi hari nih..bangun subuh lepas tu baring atas katil balik..tak larat benar nak bangun.Badan sakit2 terutama bahagian bawah perut, cramp beberapa kali..nak bangun tuh Allah saja yg tahu.Check hari tu baby dah berat 2.8kg,dah boleh lahir dah.Minggu ni mesti naik 3kg.
Pagi Sabtu hujan renyai2, tapi bila anak2 bangun, Sarah tiba2 nak roti canai,Papa dah pergi kerja so bawa2 anak2 ngan Bibik terus pi makan kedai mamak.Minggu Sabtu bekerja, town kecil macam PD ni..sesak dgn org terutama rekrut2 yg baru dalam latihan.Keluar duit dan beli belah.Makan roti canai telur dgn teh tarik panas.Makan macam tak ada esuk.Beli jugak barang keperluan dapur, extra sikit sebab dalam pantang nanti susah nak keluar.Dalam hujan renyai2 tu selesai beberapa pekara,Alhamdulillah.
Petang Sabtu, damai berangin, duduk depan rumah atas buai.Pekan nih heboh dgn kisah org pecah rumah bersenjatakan parang.Walaupun 4 orang dah ditangkap tapi kejadian masih berleluasa.Manusia mencari wang dgn jalan singkat sekarang, duit keperluaan asasi.Tita ketawa atas hamparan rumput tepi pagar bila mama suapkan makanan,bangga hati melihat anak petah sudah semakin besar dan pandai bergurau.Melahirkan Tita amat mendebarkan kerana Lisa sudah berumur 7 tahun, rasa macam pertama kali.Lahir pada April Fool..cepat 3 hari dari dd jangkaan doktor.Sedang sangat sarat, pergi pasar malam, teringin makan nasi kerabu.Banyak makan sampai rasa senak.Dalam pukul 11:45 suami balik shift petang dan lagi sekali makan taufufa.Masuk bilek air nak gosok gigi utk tidur,nampak berdarah sikit,bila bangun goshh..waterbag pecah.Suami panik,nasib baik semua dan pack,tengahmalam check in.Sampai hospital,midwife check baru buka 1.5cm.Monitor heartbeat baby.Pukul 2am baru Dr Intan sampai.
"You I terpaksa operate you sebab baby dan keluar najis..dah hijau air nih"
Alamak,terperanjatnya, pertama yg kita ingat Ya Allah selamatkan anakku.Masih teringat tiga yg lepas anak kakak mengalami benda yg sama.Termakan najis, dihospital kerajaan, doktor tunggu juga utk bersalin normal, bila lahir saja bayi dah termakan najisnya.Akibatnya sebulan dihospital bila doktor announces peluang hidup 50/50.Setiap jiwa kepunyaan Allah,anak itu sihat dan puleh namun hingga kini ia menjadi kanak2 yg agak lembab pertumbuhannya.Kami sekeluarga mengalami trauma dari insiden itu lantas redha dgn kenyataan Dr Intan.Ceaser pun ceaserlah, janji bayi selamat.
"You baru makan, jadi I tak boleh bius the whole body,I bius you half saja" lagi sekali hati dipanjat ngeri.Dalam OT suami tidak dibenarkan masuk sebab ini kira kes kecemasan jika elaktif suami boleh menemani.
masuk saja sejuk semacam,semua muka friendly tapi tak dapat menenangkan perasaan takut, cemas, excited nak tenguk anak, bercampur baur.Akhirnya rasa kaki kebas,dan dalam cermin lampu diatas kepala,nampaklah segala jenis pisau dan nampak perut kita dicuci dgn solution warna merah.Agak nya nurse perasan kita jadi "peeping tom" dia alihkan lampu cermin tu,so tak nampak apa..cepat mereka bekerja,tak sampai 5min, dengarlah tangis Tita,sangat kuat,marah ketenangan dalam rahim ibu yg enak diganggu gugat.Bila ditunjukan pada kita,Subhanallah..aku akur kebesaranmu Tuhan, perfect,comel dan manisnya anakku..tiada cacat cela..rambut hitam berkilat.Airmata tergenanglah, bangga dan gembira.Nur Mashitah, nama pilihan Papa setelah bermunajat, keluar 3 malam kemasjid pilihan.Semoga imannya sekuat Mashitah,di zaman Firaun.
Hari Minggu rutin biasa,malas masak.Abang ajak cari nasi lemak org Kelantan, dah pukul 11am semua warung dah bungkus,mana ada breakfast pukul 11am, dah nak lunch.Abang beli ikan jenahak,goreng kosong dan makan anak beranak dgn kicap cili,sayur campur dgn cendawan butang dalam tin.Berminyak2 mulut anak2 dara meratah ikan jenahak.Abang dgn malasnya masuk kerja pukul 3pm,seperti biasa Tita menangis bila Papa pergi kerja tapi Sarah cool..melambai2 Papa mencari rezeki.
Semalam bukan main gembira anak2 main kat belakang rumah,berselerak dgn daun betik yg memayung redup kebun belakang.Ubi kayu baru nak naik,musim hujan subur menghijau.Cili api opah tanam pun banyak buah cuma pokok pisang bantut tak mahu besar.Ada jugak bubuh baja,tapi macam tu jugak,mak gunakan baja air basuh ikan yg disimpan semalaman, esuknya bila disiram pokok, semerbak harumnya..anak2 selalu komplen,busuklah Opah, tapi tanaman semua naik cantik.

Kenangan 2004 July 23
23rd July, 2004. 1:53 pm. Jumaat yg kelabu
Hari ini tambahlah setahun lagi usia, semoga diberkati Allah kehidupan dan semoga diberi Allah peluang membesarkan anak2 dgn tangan sendiri, sehingga mereka dewasa dan berdikari..anak masih kecil perlukan belaian semoga semuanya selamat.Mula dari lepas subuh sampailah zuhur,bandar permai bermandian air hujan rahmat di pagi Jumaat.Sejuk mencengkam ketulang hitam (kat mana tulang hitam tu?).Nak mandi pagi pun malas dan bercinta.Tapi demi mencari rezeki anak2 digagahkan juga.Jika tidak kita yang bekerja,siapalah nak menanggung perbelanjaan anak2 yg semakin meningkat.Allah beri kita peluang mendapat pekerjaan yg baik dan mudah, tidak banyak memeningkan kepala dgn pendapatan lumayan, bersyukur tidak terhingga Allah mudahkan segala urusan.Ada berbagai ujian Allah keatas makhluknya..ada yg bahagia bersama keluarga namun agak terbatas rezekinya..ada pula yg rezeki melimpah ruah,namun tiada kebahgiaan dalam diri.Semua itu adalah dugaan, kita makhluk patutlah tunduk pada kudrat iradat Khaliqnya.
Duduk kat opis pun punyalah sejuk, asyik nak minum panas aje,apalagi berulang ke tandaslah,sudahlah sejuk semacam nak sentuh air.
Sarah malam tadi lepas berita dan temankan Mama solat dibilek.
"Adik nak tenguk MR Bean"dalam loghat Jermannya.Bukan hari2 ada MR Bean dik..tapi member dah pakat jerit bila kakak nak tenguk Gerak Khas.Setiap malam itulah masalahnya, dia akan mengamuk kalau lepas berita.Dia bukan faham Mr Bean cuma ada hari Selasa.Lisa cadangkan beli CD..oii jangan nak oii..nanti 24jam Mr Bean, kita tak payah nonton citer yg lain.Tapi kesian anak..lastnya tertidur kat couch.Adik dah tidur,kakak berselawat kecil sambil memandang aircond..Mama dalam aircond tu ada air batulah..tu pasal sejuk..hati tertawa dgn ungkapan anak.Apa2lah sayang..mama dan ngantuk.
Pukul empat pagi anjing dan kaum kerabatnya yg ramai lepak kat luar pagar menyalak tak berhenti2, mulanya ingat macam routine hari2 biasa tapi bila lama sangat menyalaknya kita tak sedap hati, bangun dan buka lampu hadapan.Senyap lansung.Sarah bangun, anak seorang nih bertelinga lintah, mudah bangun.
Tidur dah makin kurang, makin susah nak bergerak, simanja kat dalam asyik menendang, sesekali agak kuat sampai terjaga, manja Mama dan tak sabar nak keluar agaknya.Tapi yg paling aktif masa dalam kandungan ialah Sarah, ingatkan lelaki, lasak dalam perut..bila kat luar sekarang pun masih lasak,perangai macam budak lelaki..suka panjat tiang dalam rumah..garang tapi pandai memujuk dan ambil hati.Anak, masing2 ada kelebihan.
Semalam terkejut dgn berita penyembelihan seorang remaja 18 tahun oleh bekas tentera di Kedah.Masyaallah,disembelih didepan adik2nya, alangkah ngeri kematian sebegini,kesian sedang sedap menghadap makanan, maut datang menjemput.Benarlah, janji Allah tidak pernah tidak tepat, walaupun sesaat hatta dalam apa jua keadaan.alfatehah untuk Allahyarham, semoga ditempatkan dalam golongan org2 yg diberkati.Alangkah lukanya hati ibu,namun anak adalah pinjaman dari Allah,bila waktunya ia harus kembali kepada yg empunya.Setiap hari ada saja berita yg menegakkan bulu roma. Kisah pembantu rumah,dulunya bermusim didera, kini dibunuh kejam.Bibik di rumah mengucap panjang dan belas kasihan dgn rakan senegara.
Tengahari sebelum lunch keluar town sekejap, cadangnya nak pergi bank dan hantar dokumen kapal ke pejabat kastam. Penuh parking, ramai sangat berurusan di bank walau dalam hujan gerimis.Malas cari parking jauh2, decided nak hantar dokumen kat kastam saja,itupun tak keluar kereta, hulurkan saja pada pak guard diluar..singgah warung tepi jalan..cuma ada nasi lemak, tak apalah mungkin itu rezeki yg ditentukan utk hari ini.Apapun perlu makan sesuatu jika tidak kembung perut masuk angin.
sesuatu yg tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan
atau sebagai satu kebetulan..
walau kita didatngkan dgn berbagai pilihan
mengapa sering terjadi pilihan tak menepati...

Kenangan 2004 22 July
22nd July, 2004. 12:35 pm. rehat,tapi kenyang
Lunch break..mood makan tak ada, so pegi bawah jumpa budak2 kilang..minum nescafe panas..kalau rasa tak de mood nak makan pegilah kepantry utk workers ni..kebanyakannya org India..ada worker paling tua..kami kat ofis panggil nenek..dia nih hari2 bawak "rasum"..makanan India sup masam..ala2 tomyam gitu.Yg sorang pulak..makan tosei..dalam pantry tu memang bau kari..ada lah minah nih on diet tapi hari2 nampak bawak kek..
"kenapa tak makan nasi"
"Ayo..saya suda manyak gumuk la aka.."tapi dia bantai kek hari2..diam sajelah,itu pendapat dia..kalu kita cakap bab diet pun dia bukan nak terima.
Ada sorang budak muda India nih..anak jiran sebelah rumah..kesian dia dilahirkan dgn kepala besar..dia agak kurang normal..tetapi rajin dan pembersih..sebelum mula kerja mengisi minyak pelincir di line dia..dia buat kerja lain..seluruh kawasan dimop dan dibuang sampah..hari2 dia mop lantai tempat dia kerja..sebenarnya tak perlu tiap hari,..tapi Plant Manager pun tak berjaya menahannya..Lastly..biarkanlah.
Hari ini bawa buah plum..dan chocolate NIPS..ehh sedap pulak..itu pun ambil Tita punya..balik nanti kena ganti baliklah..nasi goreng pagi tadi masih penuh dalam perut..petang nanti tea-time makan kueh atau biskut lemak cicah susu..cukuplah..balik rumah masaklah lebih kurang.
masa hamilkan Tita dulu..selera cukup teruk..dari 1 bulan sampai lahir..asyik makan susu,nestum,kuih2 manis dan buah2 tempatan..buah import lansung tak pandang..badan susut..teruk alahan..badan lemah semacam..lahir je..Tita 3kg..kurus..tapi tulangnya..fuh keras..nurse kat spital kata dia senang diurus..Sarah pulak..asyik nak makan..alahan agak kurang..emm keluar berketak2 badannya berlipat..tapi menangis sahaja..nak berdukung..dipeluk..Lisa good baby..tak banyak problem..Yang ni pulak..makan semua benda yg opposite puteri2 nih..kalau dulu suka benda manis..kali nih suka yg masin,minuman panas,kalau boleh hari2 nak teh tarik.Makanan suka daging, ayam..telur..ikan lansung tak pandang..hai Mudahan2 Allah kurniakan putera pulak, buat teman Papa ke masjid, main bola memancing dan tenguk racing.
Apalah nak jadi dgn kawasan perumahan sini..banyaknya anjing liar..malam tak boleh tidur dibuatnya..menyalak tak habis2, bergaduh sesama sendiri.Ada sekor tu, tangannya dah putus..agaknya ada manusia yg dajalkan..kesian menyelongkar sampah nampak siksa, badan kurus, dah banyak kali call MD tapi tiada respond dari pihak berwajib.Tahun lalu datang penguatkuasa menembak..kesian pulak,tapi kalau tenguk yg tak makan dan tiada tempat teduh dari panas hujan lagi kesian.Ada sekor tuh beranak bawak kereta buruk depan rumah..sampai sembilan ekor..budak2 nakal mengusik.. dia bawak anaknya dalam longkang..satu malam hujan lebat..lima ekor anaknya hanyut mati..kesian..besoknya terkial2 dia mencari anaknya disana sini..menitis airmata kita melihatnya..walaupun dia haiwan..namun naluri keibuannya memaksa dia menguis2 kesana kemari mencari anak yg hilang.Hari tu lebihan makanan anak2 yg selalu kita beri tidak dijamahnya.Haiwan pun tahu, ada perasaan kasihkan anak..kenapalah kita selalu lihat diakhbar2 manusia buang anak mcam sampah.Adakah haiwan kini lebih mulia?
Melalut sampai ke hal anjing pulak.
Apa nak makan malam nih..rasanya2 nya nak makan gulai lemak putih labu,goreng ikan masin atau rebus telur asin,pas tu ada daging lebih sikit tuh nak masak kicap bubuh lada hitam banyak2..bubuh daun bawang..yummi tuh.Tapi anak berdua tu..bila malam mesti nak mee goreng atau kalau nasi nak lauk telur saja..kalau tengahari tak apa pulak makan ikan atau ayam.Pernah awal mengandung hari tuh mengidam makan daging itek,Papa budak2 nih mencari sampai jauh kepedalaman..mak masak rendang..bila siap saja..jamah sikit terus muntah..nasib baiklah budak2 dua org yg masih kecil tu..tak tau apa itu itek dan seperti bapa mereka..gemar benar dgn itek.Berlainan dgn Lisa..sampai sudah dia jeling aje kuali tu..sampai menanya.."Mama sure ke itek nih halal dimakan?"..Masyaallah anak!Daging itek ni agak pejal tapi lembut,sampai hari nih kalau masak daging lembut potong tebal2, Sarah dan Tita panggil daging itek..dan suka makan.Bibikpun tak jamah.."Di Indon sana buk..saya belum pernah makan itek".Patutlah.Lagipun Bibik ni datang dari Jawa Tengah, pedalaman.Org susah benar..dia hairan kita di MALaysia makan setiap hari boleh makan daging, di sana dia hanya makan daging setahun sekali bila hari raya korban..itupun dibuat kenduri ramai2 dikampung.Jika anak2 buang makanan ringan atau coklat..Bibik mengeleng kepala..makanan mewah dibuang merata2.Di kampung Bibik tak merasalah coklat mewah begini.Peti ais pun pertama kali lihat yg besar..ada dua pintu.Mula2 dulu pernah Bibik simpan sayur dalam tempat air batu..kita tak perasan.Petangnya balik ofis..nak goreng sayur..dah beku melecur dalam peti air batu tempat isi ikan."Maaf ibu..Bibik tak tau"..nasib baiklah kita ni bukan jenis majikan Nirmala Bonat.Pertama kali bercuti ke Genting..dua hari Bibik tak bangun..Bibik tak pernah naik kereta sebegitu jauh, dan yg paling geli hati, pergi bercuti ke Sabah..Bibik tutup mata dgn muka pucat lesi semasa kapalterbang mula naik..Bibik fikirkan bunyi mahu meletup.Kesian Bibik selalu diusik oleh anak2,namun perawakan Bibi yg tenang, ikhlas,tersenyum bila diusik anak2."Bibik tak pandai"..itulah yg selalu diucapkan.Anak2 sangat rapat dgn Bibik, bimbang mereka akan merindui Bibi bila tamat tempoh bekerja, harap2 Bibi sudi sambung beberapa tahun lagi

Kenangan 2004 21/22 July
21st July, 2004. 11:33 am. confirmed harinya 8.8.2004
Checkup on Friday..bertatih kehospital..baby dah 33weeks tapi DR Intan beritahu baby dah 2.8kg, besar macam 37 weeks baby..subhanallah. Allah maha Besar.Dia minta fix date for ceasar..cadangnya nak tunggu 1st Rejab on 17 Ogos..tapi Dr tak boleh tunggu lama sangat..so decided on 8.8.2004..lepas solat Maghrib, masuk OT.Ya Allah pelihara dan permudahkanlah kelahiran anakku dgn selamat.Pergi berdua dgn Lisa sahaja..balik tuh singgah kat McD beli happy meal utk dua anak tercinta..singgah makan nasi goreng kampung dan satay aneka..lapar perut dah pukul 3pm belum lunch.Masa makan ramai budak lelaki remaja lepak..mata mengerling Melissa..anak sorang nih ramai menyangka dia anak kacukan..mungkin baka bapanya yg banyak campuran membawa rupa paras yg jauh beza dgn ibu..anak2 remaja nih tak hiraukan ibu meneman Melissa.Balik rumah, Tita sebuk bertanya? kenapa mama lambat sangat..kesian permata hati Mama..beli mainan dan happy sangat,sayu hati dgn Sarah yg tak pernah berenggang walau sehari,macammana kalau Mama masuk hospital nanti..anak solehah tentu baik..doa Mama..bukan lama cuma 5 hari saja.Kesian anak mama.
Cuti hujung minggu main dgn anak2, kemudian semalam sakit kepala tak boleh bangun..macam nak pecah..pergi panel klinik. dapat MC 2 days..pregnant kali nih..jarang MC..alhamduilillah..hari nih pulih..kerja melambak

22nd July, 2004. 10:20 am. kalau aku burung
Jika aku ini burung..aku kan terbang jauh bebas menghirup angin bayu
Jika aku ini ikan..akan kurenang lautan luas menyusuri ombak..
Namun aku hanya insan kerdil ciptaan Mu Ya Rabbi..yg bersyukur atas kurniaanMu seadanya..
Sampai ofis pagi nih terus mengemas sakan, isi semua fail dalam kotak..hantar stor..almaklumlah,2 minggu lagi nak cuti panjang..risau pulak tinggalkan ofis bersepah.Kalau boleh balik dari ML nanti tak mau kelam kabut.
Masih tergiang2 lagi kata2 Dr Intan tempuh hari..kali nih kalau masa operation nanti I nampak U punya usus ada masalah, mungkin I ikat U punya peranakan, dangerous for you to conceive next time..nanti banyak bleeding..Allahu Akbar..segalanya dalam genggamanMu..hambaMu redha.
Hati ini sangat gemarkan kanak2..cita2 nak buka Taska Islam..mengajar anak comel dari seawal usia mengenali Pencipta langit dan bumi..namun kudratMu ya Allah melampaui segala sesuatu.Belum cukup empat rasanya..jika boleh mahu lagi..namun ARRazzaq, pemberi rezeki..Dia Maha Mengetahui.
Pagi nih bawa bekal masak nasi goreng kicap berlada pedas bubuh sayur banyak2 dan makan dgn member seofis, sedap pulak..rata2 mereka memuji suruh buat lagi..sesekali rasa rajin pulak.
Tita semalam belum bangun sewaktu Mama pergi kerja, dibantainya mengamuk lepas tuh, marahkan Bibik,mengapa tak kejutkan kak Ngah.Alahai anak..macammana lah Mama kat hospital nanti.
Tidak sabar benar menanti hari datangnya permata hati ini..bagaimanakah rupanya..kerana setiap anak berlainan wajah.Melissa dgn wajak kacukannya, Tita yg hitam manis..Sarah yg sepet macam Cina..dan yg ini entah bagaimana rupanya!!Sorangpun tak ikut paras Mama..mungkin yg ini kot.
Barangan baby pun semua dan dibasuh dan disusun rapi dalam bakul khas..rasa macam nak dapat anak pertama pulak.
Beratnya kandungan kali ini dah mula terasa sangat..dah tak mampu berdiri dan jalan lama2..kaki asyik cramp dan letih semacam.Selerapun dah makin kurang..nak makan nasi malas dah..mudahan2 segalanya selamat.
Semalam Sarah asyik marah dan merengek..tak tau apa puncanya.Badan tak pun rasa panas.Letih agaknya, atau dia mula merasakan suasana ber adik.Sarah bakal jadi Kak Lang.
Petang semalam balik kerja terus ambil Lisa, singgah kat food court kat town nak cari sup ekor..hampa rasa nak nangis bila makcik sup ekor tuh tak ada, cuti.Beberapa hari nih teringin benar nak makan sup ekor..bilalah nak tercapai impian..nak drive jauh2 dah tak larat.Kepingin sup ekor lah nampaknya.

kenangan 2004 15/16 July
15th July, 2004. 10:53 am. lepas presentation
berpeluh..tapi nampak macam sukses je..anyway..let them decide!!malam tadi dapat false alarm ..rushing to hospital..kelam kabut Dr Intan datang..kesian dia sedang tidur kena kejut..rupanya baby main acah2..lepas check heartbeat mama dan baby..Dr suruh admitted utk monitor sampai esok..tapi minta Dr balik..Sarah dan Tita sedang lena tidur..nanti bangun tengah malam cari mama..kesian anak2..so Dr dgn kelat hati izinkan kita balik..hujan masih renyai,,time baik..emm..alhamdulillah selamat sampai 2am..dah tak boleh tidur..Ya Allah..penciptaku..hanya engkau yg mengetahui yg tersurat dan tersirat..aku hamba yg kerdil..namun aku tahu..hanya Kau yg tahu apa yg terbaik utk ku kerana Kau penciptaku ..Ya Khaliq!!

15th July, 2004. 1:07 pm. anak sumber kekuatan
anak..memang rezeki terbesar..sumber kekuatan..tanpa anak jiwa kosong dan sunyi..tak da anak..balaik rumah nak buat apa??melahu tenguk TV pun boring..asikkk..program yg sama..syukur Allah kurniakan kita anak yg ramai..padahal masa dulu pernah kena fibroid..operate then Doc cakap utk dapat anak chances cuma tinggal 50% aje..tapi Dr Hamid Ar*** cuma manusia biasa..meramal mengikut pengalaman dan pengetahuan yg cuma setitis tinta..berbanding ilmu Allah selautan bezanya..9 bulan kawin..anak pertama muncul dan seterusnya..jika tiada perancangan,mahu setiap tahun jadi tetamu private hospital makin kaya..macam waktu lahirkan Tita..ceaserian..RM4600 dan Sarah..emm lebih sedikit..yg nih..???tapi Allah maha Pemurah..dia Maha Tahu!!
Dah tak larat benar berjalan..nak ke opis car park pun rasa tak larat..makan aje sandwich buat dari rumah..berkhasiat dan cukup V..ikut selera nak makan kat town..tapi baby cam tak kasi je..
Semalam Lisa minta belikan brush color..ada sales person datang sekolah..mama marah sebab Lisa sudah banyak colour dalam almari buku..melambak sampai tak tau mana nak simpan..Lisa dah besar tapi masih tak pandai berjimat,,biarlah!!anak Mama kan bawak rezeki dalam hidup..moga besar jadi anak yg berguna utk Agama, Negara dan keluarga..aminnnn
Kawan call tanya pasal Dr Hanibal the Cannibal..kita ceritalah apa yg kita tahu pasal Dr Pyscho nih..dia ketawa..emm apa pun jika jiwa sakit..segala perbuatan pun turut tak betul,masa kat UiTM dulu..ada student satu dorm selalu mimpi dan berimijinasi makan daging manusia..mulanya kita agak rapat dgnnnya..namun bila selalu sangat dia ceritakan imiginasinya..kita jadi takut dan perlahan2 menjauhkan diri..takut tak pasal2 jadi bahan berita..apa khabar agaknya dia ye???

16th July, 2004. 10:35 am. TGIF
Thank God it's Friday..hari yg paling mulia dan hari yg paling I suka..dari mula sekolah sampailah dah 15 tahun kerja..memang I suka Friday..tempat kerja I pun only 5 days a week.Masa mula kerja,I rasa cukup bertuah sebab dapat company yg kerja lima hari je..masa tu private co: tak ramai yg kerja 5 days a week.Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT.
lagi satu TGIF ni sebuah restoren western food yg famous dgn "lemonade" and cekodok mushroom nya.Emm tutup dulu bab makan.
AlFatehah buat adik Atiqah Najwa..dari Allah SWT kita datang dan kepadanya jua kita kembali..penyakit yg dihadapi oleh adik comel nih dah jadi sangat common sekarang..entah dimana silapnya..yg pasti Allah Maha Tahu.Anak cuma pinjaman dari Allah, amanah yg harus dilaksanakan dgn baik.Suami selalu berpesan..anak rezeki yg tidak ternilai..bersyukur banyak2.
Tengahari ini ada appoinment dgn Dr Intan, dah masuk 34weeks..tak sabar rasanya nak menatap wajah insan yg sentiasa menendang2 manja dan mencuit hati dgn tindakbalas lembut mesranya.Hamil 3rd Trimester adalah masa paling indah..dapat berkomunikasi dgn kandungan dan kepuasan yg tidak terhingga bila dia menendang lembut..dgn gerakan manjanya.Mudahan2 selamat lahir dan jadi insan yg berguna, taat kepada Rabul Jalil.
Pagi Sarah yg sedang amat becok dgn berbagai sessi pertanyaaan, ketawa melihat mama selepas sembahyang subuh sambil menyoal dalam bahasa 'Jerman"nya..
"Kenapa perut Mama banyak air..besar"..sebab Opah selalu mengomen..perut Sarah besar sebab banyak minum air.Hai anak..semakin pandai menghibur hati yg sedang gundah gulana.
Malam tadi bekalan elektrik terputus sekejap,kedua anak gelisah tidur..hujan lewat petang tak mampu mendamaikan cuaca..tanpa air-cond, mama penat berkipas.Alhamdulillah kembali normal dan dapat lena.
Jiran India pasangan baru kahwin pulak semalam membeli 2 ekor anak anjing comel gebu..tompok2 hitam puteh..terjerit2 Sarah dan Tita melihat anak comel terkedek2 bergurau.Tita minta belikan anak anjing..dan bila kita terangkan Muslim tak boleh pelihara anjing, Tita dgn pantas menjawab.."kak Ngah bukan nak bawak solat"..Masyaallah anak masih belum mengerti.
Hati masih sugul bergelodak, mood nak makan pun hilang namun bila teringatkan permata hati dalam kandungan,mama gagahkan..masak telur omellete melayu..bubuh cili api dan tomato cincang..sedap pulak..Kak Long Lisa..apalagi..dah makan pun perlahan2 ambil pinggan duduk sebelah mama..emm kakak makan lagi..tapi badan dok steady..tinggi lansing..walau makan banyak mana..jangan dah berumur besok badan merimbun sudah..tapi manalah badan nak naik..lepas je makan teruk capai basikal..main badminton dgn anak jiran..emm makanan tak sempat singgah dalam perut.
Mudahan2 Allah SWT melindungi diri dari segala kesusahan dan dilapangkan hati menerima apa jua rintangan.Dalam hidup..tiada masalah bermakna mati..masalahlah yg merencah gulai kehidupan.

Monday, May 11, 2015
hari ibu 2015
Aku terpanggil untuk mencoret ini untuk kenangan anak2 ku bila dewasa. Ahad 10/5/2015 jatuh hari ibu..aku mendapat berbagai ucapan dari anak2..Zubair anakku pun sama..dari pagi dia mundar mandir sambil bertanya padaku "mama suka kek apa" aku kata butter cake..dia senyum dan mundar mandir lagi.Aku dapat merasa dia hendak membelikan kek untuk ku,tapi aku diam dengan rasa ingin tahu, apa sebenarnya yang disembunyikan dariku..aku sgt excited, namun aku pura2 cool..Aku meneruskan kerjaku lagi.papanya tidur sebab kerja shift malam
Setelah selesai makan tengahari aku nampak dia asyik kebileknya..mengunci pintu, tapi aku malas nak ambil tahu..sebab aku tahu tiada bahaya apa yg dilakukan walaupun aku tahu dia tak pernah berkelakuan begitu.Zubair anak yang payah menyimpan rahsia..segala pekara jika rahsia jangan lah sampai ketelinganya, pasti tidak akan menjadi rahsia lagi..tapi hari ini dia sangat berahsia denganku sambil tersenyum2.
Aku duduk menonton TV dan dia datang padaku sambil meleseh, baring diribaan ku.'Mama, teka apa dalam poket ni" soalnya..aku nampak dia asyik tersorok2 poketnya..lalu aku meneka..berbagai2 benda ..dia tergelak.2..bendanya putih dan biru..katanya..aku tambah hairan tapi aku layan saja perangainya.Akhirnya aku berjaya menyeluk sakunya dan aku keluarkan ..seikat tebal wang kertas satu ringgit diikat dgn getah ..aku terpempan,melihat wang kertas yg baru kukeluarkan dari sakunya...."buat apa ni nak"? soalku. Serentak itu aku peluk erat anak diribaan sambil kuat aku menangis, sangat terharu hingga terperanjat suamiku.."kenapa ni"?soal suamiku panik melihat aku peluk erat anakku sambil tanpa malu2 menangis.
Aku pandang suamiku.."bang..dia gunakan duit dia ..dia nak beli kek untuk mama",tangisku terharu dan hiba...suamiku diam..aku peluk dia lagi dan kuusap rambutnya.."berapa lama adik simpan duit ni.?soalku melihat duit setebal itu, mungkin lebih RM30 kot.."Adik simpan duit belanja mama kasi tiap hari,...selama sebulan"..katanya sambil turut menangis melihat aku menangis terharu..aduhh anak..mulianya hati mu..besarnya penghargaanmu tidak sepadan dgn tubuh muda dan kecilmu..tidak pernah seumur hidup aku merasa bangga dan terharu dengan penghargaan ini..indahnya saat ini lebih indah dari hari aku mendapat Ijazah 20 tahun lalu..ku dakap dia penuh kasih sayang,ku cium dahinya berulang kali.."terima kasih anak..tak perlulah sayang kumpul duit untuk beli kek mama, pegi ambil duit mama dan beli kek, simpan duit belanja ni..kataku sambil menangis..dia mengelengkan kepalanya.."tak..adik nak guna duit ni..adik sayang mama"..katanya lembut..aduh anak..,kasih ku melimpah ruah buat anak sekecil 11 tahun tapi mempunyai kesedaran tinggi akan kasih sayang terhadap ibu yang melahirkannya..Ya Allah terharunya hati ibu ini..besarnya hati ku mendapat anak sebegini..syukur ya Allah kerana kau amanahkan Muhammad Zubair Izman hadir dalam rahimku dan membesar menjadi anakku..moga dia akan terus menjadi anak soleh yang akan menjadi penyebab aku kesyurgaMu ya Allah dengan doa2 nya hinggalah menjadi amal jariah yang berpanjangan buatku bila aku sudah tiada..amin!

MRSM Alor Gajah..selamat datang Sarah izman
4.2.2015 tercapailah hasrat Sarah melangkah ke MRSM Alor Gajah, walau hanya Allah SWT saja yang tahu betapa beratnya hati aku melepaskan anak tersayang, tidak pernah sedetik pun berpisah dengan anak ini.Dia anak yang tidak pernah berenggang denganku sedari kecil, dia peneman ku kemana jua, surau, pasar,pasarraya..pasar malam kemana saja..kakak dan adiknya memilih utk tinggal dirumah, tapi dia akan selalu memileh utk mengekoriku
Hari pendaftaran, kami pergi sekeluarga tanpa kakaknya.Ramainya pelajar baru berdaftar dan seorang demi seorang mendaftarkan diri.Sarah mendapat no pelajar MG150116, itulah pengenalannya nanti sepanjang pembelajarannya disana.Sarah kulihat sangat gembira, tapi hatiku hanya Allah saja yang tahu, aku masih ingat kata seorang kenalan dulu, 'Anak kita jika sudah melangkah keluar rumah dia tidak akan pulang lagi"..sedihnya aku..benar kata2 nya, lepas ini jika rezekinya panjang dia akan ke universiti..dalam atau luar negeri..lepas tu berkahwin, punya keluarga sendiri..jadi..aku perlu sedar..4 februari 2015 lah hari akhir dia menjadi ahli rumah ini,,selepas ini dia hanya akan bersamaku bila ada kesempatan cuti sahaja..
Anakku ..yang kukandung penuh kasih sayang akan jadi orang asing dalam rumahku sendiri..apa kah ini yang ku pileh?kenapa aku bersetuju melepaskannya keasrama?tetapi patutkah aku menghalang cita2nya yang sungguh tinggi, patutkan aku pentingkan diriku sendiri semata2 tak mahu tinggal seorang diri di rumah..aku bukan ibu yang selfish .Aku mahu Sarah berjaya..dunia akhirat
Setelah menghantar barangan keperluannya ke asrama , aku melangkah pulang,,ku peluk dia seerat2nya, kucium pipinya sepuas hatiku.. seakan mahu ku sumbat dia kembali kedalam kandunganku, supaya dia akan sentiasa denganku.Waktu ini perasaan menyesal membuak2 keluar didadaku.kenapa aku setuju bila dia mahu belajar di situ, kenapa aku tak suruh dia belajar saja disekolah berhampiran rumah, mudah untuk aku melihat, memeluknya saban hari..aduhh alangkah selfishnya aku..sepanjang perjalanan pulang aku banyak berdiam diri..hilang segala mood ku..walaupun untuk makan.
Malam itu aku rasa seperti bebanan besar lepas dari bahu, cita2 anakku telah mampu aku penuhi..namun kesedihan menyerang membuatkan aku hampir sesak nafas..bila ku lihat bantalnya, selimutnya..baju2 pagi tadi yg dipakai sebelum pegi..hati aku bagai direntap2 oleh duka..kerongkongku bagai terkulum buah berduri..kesat, perit..aku buat buat gembira depan dua lagi anakku, namun bila saat anak2 telah tidur..aku menggogoi menangis seorang diri, aku tak malu kebileknya..menangis seorang ditengah malam,,rindu ku Tuhan saja yang tahu.Sepinya dunia ini tanpa Maisarah anak manisku,aku sebut,ulang namanya berulang kali..sambil baju yang masih ada baunya kucium berulang kali..dada ku penuh dgn kesepian..aku tenggelam dalam airmataku..sendiri
Kini sudah beberapa bulan dia disana, setiap malam aku akan menaliponnya..dia pun akan menceritakan apa yang berlaku.Tapi aku akan disayat pilu bila Sarah meluahkan masalah, apa saja yang terjadi padanya.Anak aku rupanya seorang yang sangat perasa, dia akan merasa rendah diri jika ada hajatnya tidak tertunai.Ini semua salah aku, aku besarkan Sarah dengan segala kesenangan, walau tidak semewah mana..apa jua permintaannya jarang aku lewati.Segala hajatnya dipenuhi, jadi dia membesar dengan anggapan bahawa..dia seorang yang superior..tidak ada yang lebih darinya.Aku tahu di sekolah rendah dulu..dia selalu tidak dapat menerima kekalahan, tidak dapat menerima ada orang yang lebih darinya..aku tahu itu sikapnya yang tidak baik berpunca dari didikan aku..akulah yang bersalah membuat dia berperasaan begitu.
Suasana asrama tentu sahaja tidak mengizinkan kelebihan seperti mana yg selalu kuberikan padanya.Kadang2 jika kawannya menolak idea atau hajat nya dia jadi negatif, dia jadi sedih..dia mengadu kawan2nya pinggirkan nya..dia merasa diri tidak siapa ingin berkawan..hey wake up big girl..you sudah besar bukan anak kecil darjah satu.Inilah yang memeningkan aku sekarang,aku tidak mahu anakku berfikiran sempit,negatif..jumud..banyak lagi ranjau duri yang terpaksa ditempuh,panjang lagi perjalan sukar yang akan dilalui..setakat idea yg ditolak kawan, dipinggir ..adalah masalah sangat kecil..aku selalu tekankan padanya bahawa aku juga pernah duduk asrama penuh..bertahun2 ..memang aku faham,adalah satu masalah besar jika dipinggir, tapi jadikanlah ia satu cabaran, aku jua lalui benda yang sama disekolah dulu..aku anak org miskin, rupa tiada..siapalah yang sudi kawan.Tapi lama kelamaan aku mendapat kawan yang sehati sejiwa, sekufu kata orang, jadi aku terus berkawan dengan mereka hingga kini.aku selalu beritahu padanya.."lihat mama, dulu mama pun pernah dipinggir sebab anak orang miskin, tapi sampai sudah hampir setengah abad umur mama, mama masih hidup..berkahwin...ada anak2..pandai2 lagi..so terpinggir itu tidak menjadi kuman dalam hidup mama, malah itulah yang membentuk peribadi mama jadi tabah dan kuat.
Bagaimana lagi aku harus nasihatkan anakku ini..aku bangun tahajjud malam minta Allah SWT kuatkan azam, hati anakku ini..jangan dia mudah menyerah sebelum berjuang..jika ada pembaca diluar sana..(ada ke yg sudi baca coretan merapu yg beremosi ni)..tampillah kedepan...berilah aku panduan, bagaimana menasihati anakku ini..aku bimbang pelajarannya akan terjejas

Tuesday, December 16, 2014
Sarah juga dapat 5A..
Sarah anak comel yang sangat menambat hati, sekarang sudah besar, setiap kali peperiksaan dia akan dapat tempat terbaik..dari tadika, Sarah adalah pelajar terbaik. darjah enam menjadi Pelajar terbaik Aliran.Siapa pun akan bangga menjadi ibunya.Aku sangat bangga sebagai ibunya..dia anak yang sangat comel..semasa dia lahir seorang nurse bangsa Cina pernah berbisik pada kawannya.."beautiful baby!"Sarah juga membuat ibunya bangga dengan keputusan 5A dalam UPSR.Berbanding kakaknya, sarah bersedia untuk keasrama penuh.15/12/2014 Dia menghadiri temuduga kelayakan masuk ke MRSM Alor Gajah, moga terpileh..aminnn
Jika tida terpileh, Sarah harus redha, kerana doa mama dan papa supaya Sarah mendapat pelajaran ditempat yang terbaik buat Sarah, jadi serahkan kepada yang Maha Tahu..hanya Dia yang tahu dimana tempat yang paling baik untuk Sarah, samada asrama atau masih bersama mama.Tiada satu ibu pun yang sanggup berenggang denga anaknya walau sedetik, namun demi masa depan Sarah, demi meraih kejayaan sarah, mama ikhlas, redha lepaskan Sarah pergi , belajar menuntut ilmu walaupun mama sedar..inilah langkah pertama Sarah meninggalkan mama.Sarah tidak akan menoleh belakang lagi, lepas itu satu persatu perjalanan akan Sarah tempuh.meniti kejayaan satu persatu hingga tercapai apa yang dicitakan.
Namun mama tak gusar, waktu cuti mama akan bertemu semula dengan anak manja mama, mama akan dapat dakap, cium Sarah semula..mungkin berat bagi Sarah berpisah dengan mama buat permulaannya, nanti Sarah akan terbiasa.

Wednesday, November 20, 2013
Tahniah Mashitah dengan 5As
Maafkan Mama kalau Mama selalu push Tita supaya study hard
Mama buat untuk masa depan Tita
Alhamdulillah Allah SWT dengar doa, rayuan mama saban waktu
moga Tita berjaya cemerlang
Syukur dengan 5As tu, moga ini menjadi permulaan yang sangat positif untuk Tita melangkah jauh kehadapan
Terima kasih mama kerana Tita sudah jadikan diri Tita sebagai kayu pengukur yang cemerlang pada adik2
Mama percaya ini berkat ketekunan Tita belajar dan berkat solat Tita, dan kurniaan Allah SWT terhadap anak solehah seperti Tita yang tidak pernah melukakan hati Mama
Kasih mama dan papa untuk Tita sepenuhnya moga Tita terus cemerlang dimasa akan datang

Tuesday, April 9, 2013
Mashitah dah amik IC
Happy birthday my sweet angel, dah besar anak aku, 1 april lahir..dan buat IC dah..siap berbedak bagai..nak amik gambar..you big girl now ..sayang, you have your own ID already, you no longer need my IC to apply anything, no need to tumpang me anymore
You on your own now..beware of cruel world out there..now you are 12, moga jadi anak solehah, rajin,matang dan mama siang malam berdoa semoga dapat cemerlang dalam UPSR..mama harap kakak jadi tauladan, benchmark for your siblings..to be a successful one.I do hope you get better school..walaupun mama sangat berat melepaskan you ke boarding school sedari umur yang sangat muda ini, but I might change my mind..do hope so.
Mama tak daoat bayangkan you have to clean you own bed,wash your own cloth..kat hostel tu, to me you will always my sweet little child which mama reluctant to let you grow up..silly mama kan..but I can't help it. Once you have your own kid, you will experience same horror as I encountered now for not letting go your precious one.
My worry, my concern will not change even if you alreay have family on your own, I will still treat you like my crying baby..
Sarah new lady in town
5 April 2013..history for Sarah and for me..Sarah rupanya mendahului kakak, she's a champion herself..reaching puberty..I cried, hug her when she sadly claimed..why me why not Tita first..kissing her..I also touchingly said..Allah choose you sayang coz Allah knows you're more mature and I can count on you more than anyone else
But I tell lies ifI said I'm happy, I feel sad, she's no longer my chubby cutey pie..but she's a real women now.And lorong untuk she leave me to start her own journey, dah terbuka lebar..lepas ni dia melanjutkan pelajaran, berkawin,berkeluarga..dan I akan terkulat2 sorang diri..jadi bujang semula.
Betapa I akan merindui anak2, menanti macam pungguk menanti bulan, terkulat2 setiap hari.Alangkah sunyinya nanti, saat itu barulah I tahu bagaimana perasaan mak, bila 8 anaknya..lahir dan seorang demi seorang, keluar sarang mencari penghidupan sendiri.
Owhh..I can't imagine!Darling..you forever will be my baby, I don't want you to grow up, I want you manja like you always do, hugging, kissing me non stop...but it's so unfair of me to stop you from having your own life, so grow up girl..grow up and be good muslimah,good daughter, wife and mother!

Saturday, December 10, 2011
Zubair dah jadi lelaki sejati 25 Nov 2011
Dah hampir 6 bulan anak teruna aku asyik mengadu kencing tak lawas, kesian dia menahan kepedihan, kencing yang datang kerap terutama bila waktu hampir tidur.Pergi Paed, tak ada cara lain kena circumsize. Niat hati kalau dapat nak buat kenduri sunat pada anak tunggal lelaki bongsu lagi waktu usianya 10 tahun apakan daya kita hanya merancang namun Allah SWT mahukan dia jadi anak yang cepat bersih zahirnya.
Pagi Jumaat seawal 7 pagi aku bertolak dengannya ke KPJ, terus saja admission sebab doktor cadangkan dia dibius sepenuhnya.Doktor Amran pakar bius datang kebilek dan dia berbual dengan Zubair dan dia dapat menjawab semua bualan doktor tanpa merujuk aku. Pandai anak aku.Aku memilih doktor Tang kerana doktor Shah yang pernah merawatku pergi bercuti hampir 2 minggu.Hampir 9 pagi kami dipanggil kebilek OT, cemas hati ku maklumlah malam tadi aku bermimpi ambil air sembahyang tapi dipenuhi semut, mimpi yang akan membawa maksud kurang enak.
Dia disorong masuk, wajahnya tenang berani maklumlah nak jadi jantan sejati tak lama lagi.Aku cium dahinya dan ku lepaskan dia dengan berat hati.Pintu OT ditutup dan aku terus kesatu sudut, ambil surah yassin yang sejak semalam entah berapa kali aku baca dan duduk membacanya semula.
Dah hampir 40 minit aku gelisah, doktor kata 40 minit sahaja, aku dan tak boleh membaca Yassin lagi, aku mundar mandir diruang kosong dan sepi tanpa orang.Aku nampak kelibat Doktor Amran dan dia menunjuk isyarat bagus dengan jarinya dan segala cemas aku berkurangan.Aku berbual dengan sebuah keluarga yang baru sampai menanti anaknya dibedah kerana ketumbuhan rahim, kesian mereka, hilang sedikit cemas aku.
Penantian yang sangat memeritkan akhirnya aku nampak dua nurse mengusung katil dan aku bertanya siapa yang mereka tunggu, mereka menjawab kanak2 bersunat..hati aku berbunga segar, anak aku diusung keluar,masih terpejam matanya dan hati aku lapang.Aku menuntun jururawat yang menyorong anakku, dan mereka mengatakan anak aku sangat berani, tidak menangis lansung, tiada rasa takut..bangga aku sebagai ibu yang membesarkan anak lelaki waja ini.Aku ambil gambar dia dikatil masih pengsan, alhamdulillah aku bersyukur segalanya berjalan lancar.
Aku tidur semalam diKPJ dan tengahari esuknya kami pulang kerumah dan bermula lah bab penjagaan yang lebih berat berbanding proses bersunat.Bukan senang menjaga luka, malam ketiga dia menangis kegatalan, hingga tidak dapat tidur, esuknya aku bawa keklinik Insan dan doktor beri ubat gatal dan antiseptic untuk membasuh luka.Hampir seminggu barulah Zubair dapat memakai seluar lembut tanpa kain pelikat yang pasti akan disimpan sebagai kenangan.Zubair sudah jadi lelaki sejati!!

Wednesday, October 5, 2011
cerita merapu lama dah tak merapu
Dah 4 hari Hasan tak pulang, May banyak kali call, sms, dan email jugak tapi tiada respons, padahal May sangat merindui belaian sang suami hinggalah pada malam malang itu 28, Rabu malam Khamis.Tiba2 Hasan muncul dgn anak sulong dan bongsunya.Masuk saja kebilik, May naik angin.Hasan sudahlah singgah sahaja, minta masakkan makanan, dah lah baru nak pulang setelah 4 hari tak menjenguk May dan anak,bawa anak2 One yang tentunya akan menghilangkan privasi keluarga kecilnya, dah tu minta makanan.Tanpa pernah ambil tahu keadaan peti sejuk rumah..ada makanan ke atau kosong macam rumah dilanda garuda.May keluar bilik dengan muka mencuka, cuba taat perintah suami masak kedapur..pannnggg!!satu tamparan lekat dimuka May.Terkejut May dengan baran Hasan yang tiba2, sudah bertahun tidak diperlakukan begitu, tiba2 Hasan menampar kali kedua, terpelanting cermin mata May..Pintu bilek dikunci Hasan dengan cepat,bimbang anak2 diluar akan terdengar,May mengesat bibir berdarah,"kenapa ni..apa salah I"..sambil menjerit nama anaknya tapi ditampar lagi oleh Hasan yg semakin gila."Dah lama aku sabar, aku balik muka kau masam,kau tahu aku cuba sabar tapi aku dah tak sabar,aku bekerja kau tak pernah ingat,kau berlagak dengan gaji yg dah lebih ni..kau sombong sesekali aku minta tolong,aku tak pernah hina kau,kau penzina, kau dah rosakkan rumah tangga aku..hidup aku tak tentu hala sebab kau..hidup kau kerana doa aku kalau tidak dah lama mampus dengan penyakit macam2 kau tu, siang malam aku doakankan kalau tidak dah mampus.May cuba bangun melawan tapi Hasan menekan kepala May, sambil mengugut "jangan cuba melawan..aku benamkan 4 inci kunci ni dalam kepala kau, kalau aku tak benamkan kau jgn panggil aku Hasan.May ditampar lagi terjatuh atas lantai sambil mengesat darah yg mula mengalir dibibir, masin..inilah rasanya cinta..masin disambung pahit dikeronkong.May diterajang dipaha dengan kuat.Apalah kekuatan wanita, May terduduk.Hasan meludah kemuka May.Sambil menampar lagi.."sakit bang, tolong lah jangan pukul lagi.." Hasan masih tidak puas, dia menolak May dengan kaki dan meletakkan kaki didada May dan tanpa disangka menuduh May dgn tuduhan yg paling pedih, yang tidak pernah terlintas akan datang dari mulut sorang suami "bagi tau aku brapa kali kau berzina dgn Nasir abang ipar kau dan Firman anak saudara kau..bagi tahu..jerkahnya..masa ini May sangat terkejut, bagaimana boleh sampai kesitu anggapan suaminya..tergamak dia dituduh sampai begitu sekali, tak terlintas dalam fikiran nya pekara sebegini akan berlaku. Pantas dia mencapai Quran yg selalu menjadi temannya, "demi Allah tak pernah I lakukan,,demi Allah,,dengan Quran ini aku bersumpah aku tak pernah melakukannya dgn mereka" Quran terus dijunjung dalam tangisan dan jeritan.Nafasnya sesak dengan kaki Hasan yang dihentak didada.Kepalanya berpusing.."Baik itu saja aku nak tau"."bang I sumpah dgn junjung Quran, kalu I tak lakukan apa akan jadi pada you" dengan selamba Hasan menjawab Allah akan balas, tanpa rasa takut."I tak pernah lakukan bang!!"rayu May minta simpati.Hasan dengan rakus mencapai beg tangan May..mencari dengan tergesa2.."mana kredit kad kau sorokkan" tanpa rasa malu menyelongkar beg tangan isterinya.Waktu ini May sudah sangat benci dan hilang hormat lansung pada suaminya.Sudah puas memukul, masih tak segan mengambil kad kredit kepunyaan isterinya, masa ini kesalnya menggunung datang kerana mengahwini lelaki dayus didepan matanya.Kemudian setelah dapat kad itu dia berlalu pergi, May mengesat airmata, wajah dan bibir yg bengkak berdarah disembunyi dari anak2..terus keklinik kerana asmanya datang lantaran ditekan dadanya dengan kaki tadi.May termenung dengan peristiwa tadi, hilang cintanya yang sedang meranum pada suaminya, cinta yang telah dipupuk 10 tahun, hancur berkecai dalam waktu semalam.Serta merta cintanya hilang, bencinya meluap2.Luka dibadan kurang terasa tapi tuduhan sumbang mahram itu yang sangat menusuk jiwanya, Hasan tahu dia sangat rapat dengan keluarga, namun tak lah sampai menjalinkan hubungan sulit, singkat sungguh pemikirannya Hasan, patutlah dahinya sempit tanda kurang berfikir tapi tergesa2 bertindak. Besoknya May mengalami lebam dibibir dan muka, dalam mulutnya pecah2 darah.Seluruh badannya sakit2 namun dia harus bangun menghantar anak kesekolah.Lepas hantar anak dia keklinik,minta ubat merilekskan otot2 yang semuanya sakit, dia tawakkal memandu kereta walau tidak dapat menoleh,dan bila kawan2 ofis bertanya kenapa muka u sembab May memberi alasan jatuh dibilek air.Malam esuknya Hasan datang malam, bersama kawan2nya, konon membawa doa agar rumah menjadi sejuk dan orang dalam menjadi berkat,tiada apa salah pada rumah dan orang dalammya, cuba orang luar yang datang menghancur lebur keberkatan rumah itu.Lelaki yang siang malam membuat usaha dakwah, tapi sanggup memukul isteri yang lemah tak berdaya, baru pulih pembedahan besar, dipukul tanpa belas kasihan.
Anak bongsu May datang dengan muka sedih keesukan hari.."apa Papa buat kan Mama semalam, adik dengar Mama nangis, Papa jerit, adik nak tolong Mama tapi Papa kunci pintu" sedih May mendengar suara sayu itu, sambil dia mengeleng..tak de apa Papa gurau je..helah May tak mahu anaknya tahu perangai sebenar bapa mereka.Dia mahu anak mereka terus menganggap bapa mereka yang terbaik didunia.
Hari ketiga dia mula merasa pening setiap kali menoleh kekanan dan bangun pagi amat menyeksakan.Hari keempat Hasan pulang walau May tidak lansung menalipon dan mencari, hatinya luluh dengan kejadian tempuh hari. May berazam untuk melakukan yang terbaik sebagai isteri tapi hatinya kosong, biarlah Hasan terus memiliki jasadnya tapi cinta bagi May telah mati..demi anak2 May akan terus melangkah. Tanpa rasa bersalah Hasan melakukan tugas primer seorang suami dan May mengizinkan dalam paksa. Paginya barulah May merasakan kesan pukulan itu, kepalanya berpusing dan muntah sebanyak2nya. Doktor mengesyorkan dia kepakar untuk melakukan CT scan, memang benar, ada 5mm luka didalam kepala May,itulah hasil kreatif seorang suami.

Saturday, August 6, 2011
kenangan multipla fibroid dan operation
Mulanya sudah ketara lebih kurang 3 tahun lalu, bulging sekitar pusat
Pergi kedoktor Ang dan dia sahkan penyakit umbilica hernia dan cara penyelesaian hanyalah operation pembetulanPasrah lalu mengambil keputusan Disember 2010 menjalankan pembedahan
tapi tertangguh kerana naik JG7, jadi perlu konsentrate kerja yang baru
Dari situ mula kelihatan tambah besar, macam kandungan 9 bulan
Berat badan bertambah dan selalu rasa letih teramat dan ada terasa benda keras dikiri perut
Akhirnya dah tak boleh tahan dan buat appointment untuk removal
Pilih tanggal 31 May supaya mudah cuti sekolah, minta Nyah datang temankan mak dan anak2, boss pun setuju sebab cuma akan bercuti <> 2 minggu
27 May berjumpa Dr Shaharudin di KPJ dan lepas pemeriksaan, disahkan
mengidap Diverticulitis bukannya hernia..dan alangkah terkejutnyabila dia mengatakan ada fibroid besar, teringat kata2 Dr Nurashikin Pantai Medical15 tahun lalu. Waktu itu ada fibroid sebesar lemon, selepas di bedah dia mengatakan kemungkinan akan datang semula 10 atau 15 tahun, benarlah..dia hadir semula tepat 15 tahun!
Alangkah sedih, kecewa, risau bercampur baur..cuma ingatan terus pada anak2..macammana kalau aku mati..siapa nak jaga anak2 yg masih sangat perlu seorang ibuDr Shah menyarankan admit dan buat scan sekaligus.
31 May, menunggu dia sampai untuk kehospital ,lama menunggu hingga naik marah sampai hospital sendirian mendaftar tanpa menyapa.Selesai scan memang benar ada fibroid yang besar, tapi Dr Shah tidak dapat melakukan pembedahan hari itu cuma boleh 2 hari kemudian Kecewa lagi sebab nak fully utilise cuti sekolah, cuba berhubung dengan hospital lain tapi hampa.
Akhirnya Dr Shah setuju pada Rabu 1/6/2011 pukul 6.45 am dibawa ke bilek pembedahan
Dr Subramaniam sebagai doktor utama, pakar gynae. Tepat 7am disorong masuk,Pakar bius mencucuk tangan untuk dimasukan drip nanti, dalam sekelip mataterus tidak sedarkan diri.Pembedahan Diverticulitis dilakukan dahulu oleh Dr Shah dan kemudian disambung selama 4 jam oleh Dr Subra.Sedar lebih kurang 8 jam kemudian, kira2 pukul 3pm sudah sampai diwad, atas katil.Bermulalah sengsara yang tidak terucap.
Sedar sahaja terasa sakit sehingga tidak dapat bernafas, dalam sedar dan mamai tak henti2 mulut marah dan merungut sakit, Ya Allah nipisnya imanku, lupa ujian Allah,lupa sabar kerana terlalu sakit cuma nama Allah aje dapat disebut sakit teramat sangat seperti ada angin menyesak di dada dan perut (sebenarnya baru tahu setelah diberitahu Dr Shah kemudiannya,itulah rasa sakit yg keterlaluan) Tiada siapa tempat mengadu saat itu,hanya Allah yg bisa mengurangkan sakit ini.
Menangis mengadoi sehingga banyak hati jururawat terguris dengan kata2kasar yg lahir tanpa sengaja didorong oleh sakit keterlaluan.Bantuan oksigen segera diberikan namun belum dapat membantu waktu ini barulah dia sampai dgn anak keduanya, mengadu sakit dan dia pegang tangan minta banyak menyebut Ya Salam!!Dia minta nurse masukkan painkiller dan nurse mengatakan baru saja disuntik. namun masih sakit menggila, walau sudah 4 kali dibedah, namun tidak berbanding sakit berkali ganda waktu ini..Akhirnya Dr Shah mencadangkan dimasukkan morfin untuk menahan sakit kerana sakit yg kronik 3mg dimasukan dan setelah itu barulah boleh bernafas dan tidur, namun bukan tidur lena, mata masih nampak jam didinding yg sangat
lambat berputar, antara tidur dah jaga, namun alhamdulillah agak tenang cuma agak sukar bernafas namun bearable.
Dr Shah menyatakan mesh sebesar kertas A4 dimasukan dalam perut dan 21fiber pin dicucuk sekitar untuk menahan mesh dari berkumpul untuk menutup Diverticulitis,
itulah yang menyebabkan sakit teramat sangat.Lewat petang Dr Subra melawat sambil dalam mamai dia menunjukkan gambar fibroid dihandphone nya, menyatakan segalanya pasal uterus, ovari dan servik dan apa yang dibuang dan yg masih tinggal,dia kata pembedahan ini bukan biasa tapi pembedahan besar yang banyak luka, sebab itu sakitnya keterlaluan,Dia memberitahu yang dia akan bercuti selama 3 hari, lawatan harian akan diganti oleh Dr Ishak.Menalipon emak dan mengatakan sudah selamat, masih mamai kesan morfin yg masih disalurkan.
Hari kedua Dr Shah menurunkan morfin kadar 1mg namun dinaikkan semula 3mg bila rasa sakit kembali ketara.Belakang badan gatal tidak terhingga, dgn susah payah menggaru dgn buluh garu dibawa hingga mendatangkan kesan calar bagai dirotan.Dr Ishak datang dan 2 suntikan diberikan dikulit perut untuk mengelakanpembekuan darah terkumpul dalam perut.Lewat petang diberikan minum air kosong tekak sudah terlalu dahaga.Tidak boleh sedawa lansung, angin berkumpul, perut kembung besar dan sesak nafas sahaja, badan sakit2.Siksanya ya Allah ampunkan dosaku. Tidur lansung tidak lena,,Ya Allah aku sedar besar kuasaMu memberi kesakitan tidak terhingga ini,sebahagian dari cara penghapusan dosa2ku yang banyak.
Syukur Ya Allah, kau beri aku peluang membersihkan diriku dari sebahagian dosa ku, jika kau balas diakhirat mungkin aku lebih sengsara..syukur!!!malamnya diberikan seteguk milo, barulah terisi sikit perut.Dan boleh sendawa sedikit sahaja, tidak puas lansung.
Hari ketiga, morfin sudah turun 2mg tiba2 tiub morfin tidak berfungsi, waktu itu darah mengalir keluar dari suntikan ditangan, puas berbagai dilakukan oleh oleh nurse akhirnya keputusan dibuat oleh Dr Shah supaya diberhentikan penyaluran morfin.Alhamdulillah ada hikmahnya tiub rosak, jadi tak perlu lagi pergantungan pada dadah kuat itu.
Barulah boleh lega sedikit, sakit pun beransur kurang dan menghubungi anak2 dan sms bos.Tidur masih tidak selesa.Tiub kencing dan tiub kecil diperut dibuka oleh doktor Ishak,dan dia mengatakan blister luka kerana alahan pada plaster. Aduh perit kulit bila tiub dicabut begitu sahaja, agak bebas bila cuma tinggal satu tiub sebesar jari kelinking (salur utk darah mengalir keluar).
Tiada siapa melawat kerana telah memberitahu suami, jangan beritahu sesiapa kerana tidak mahu pelawat, sangat sakit dan perlu rehat. Nurse ada yg bertanya kenapa tiada melawat dan diberitahu itu atas permintaan sendiri.namun SMS dan talipon tidak berhenti berdering dari anak2, adikberadik dan kawan2.
Perut kembung, penuh angin, waktu Dr Ishak melawat kentut besar, baru lah lega sangat perut dan barulah banyak angin terus keluar.Namun selepas itu cirit birit tak berhenti Tiada ada daya hingga lewat malam 6 kali pembantu hospital membasuh punggung menukar pampers dan menukar cadar yang kena cirit birit, namun tiada bau, menurut nurse itu ada kesan antibiotik yg dimasukan banyak sekali kedalam badan.Tiada najis, cuma ciritkan ubat antibiotik, berbau ubat dalam kadar yg banyak hingga tidak terkawal.
Petang ketiga anak2 datang melawat, rindunya hati dan syukur kerana masih diberi Allah peluang menatap wajah comel anak2 ku. Tapi sikap dia sangat mengecewakan namun bersabar sajalah, doa dia sudah banyak menyelamatkankan aku dari sengsara.
Hari kekeempat cuba duduk perlahan, belakang sakit lenguh tidak terhingga, Dr Shah sudah membenarkan pulang kerumah namun Dr Ishak masih minta menunggu semalam lagi,sudah dibenarkan makan bubur namun selera lansung tiada.
Berat hati, petang itu tanpa bius, salur darah besar dicabut mentah2 oleh Dr Ishak aduhh..sakitnya, tapi lega tanpa saluran lagi..bebas berpusing.Hari kelima,dibenarkan pulang, syukur,namun hingga kini phobia melihat KPJ dan mual mengingatkan milo dan bubur nasi, makanan harian masa dihospital.Minta pada Allah jangan lagi menjadi penghuni hospital, serik tidak terhingga.Cuti MC dari yg dirancang 2 minggu menjadi 6 minggu, sewaktu hari ke 8 buka plaster pembedahan Dr Subra menyatakan fibroid sudah mengenggam usus, jika lambat mungkin usus terpaksa dibuang, dan membuang najis dari tiub, nauzubillah syukur segalanya belum terlambat, Allah masih sayang pada hambaNya ini, aku sujud syukur rahmatMu ya Allah!!!
Friday, April 1, 2011
Mashitah my angel

Hari ini hari kelahiranmu..10 tahun sudah usiamu
1/4/2001 adalah hari paling bahagia buat Mama..sepatutnya tarikh kelahiranmu adalah 4/4/2001
Tetapi kau mahu menjenguk dunia lebih awal
Malam 31.03.2001 malam Ahad,itu Mama dan Papa pergi kepasar malam
Bertujuan membeli keperluan mingguan untuk Opah yang menemani Mama
Bermacam makanan Mama beli untuk bekalan
Mama makan banyak malam itu dan tidur agak lewat
Sebelum tidur lebih kurang pukul 11.30malam malam kebilek air
Mama terlihat ada setitik darah keluar, dan tiba2 air turun seperti mama buang air kecil
Mama panik dan menjerit memanggil Papa
Opah terkejut, dan berkata “kau dah sampai waktu tu..cepat pergi hospital”
Nasib baiklah Mama dan sediakan segala kelengkapan mu sedari minggu lepas
Mama capai beg, tukar baju dan masuk kereta
Papa letak tuala ditempat Mama duduk kerana air ketuban yang turun tak berhenti
Tepat 1am kami tiba dibilek kecemasan Columbia Hospital Seremban dan terus pergi kewad bersalin
Seorang jururawat,mengambil bacaan jantung dan Mama ditinggalkan menunggu
Bukaan “birth canal” Mama waktu itu Cuma 1 cm
Pukul 1.30 Doktor Intan sampai dan memeriksa bukaan.
“Baya, you kena operate ni..anak you dah berak dalam kandungan, kalau
Lambat I takut dia termakan najis dia..dan bahaya”
Masyaallah terkejutnya Mama dan bimbang tuhan sahaja yang tahu atas keselamatanmu
“Doktor..operate lah cepat, I bimbangkan anak I”
Mama beritahu Papa yang menunggu dan dia menandatangani surat kebenaran.
Doktor kata tak perlu bius penuh sebab Mama baru lepas makan, lagipun kalau separuh Mama
Dapat menyaksikan kelahiranmu
Tepat 2am, Mama diusung kebilek pembedahan, Papa tidak dibenarkan masuk kerana ianya
Pembedahan kecemasan.
Tepat 2.20 kaupun lahir kedunia dengan tangisan mersik
Kau dibersihkan dan diserahkan kepada Papa untuk didengarkan ayat Allah yang pertama
Menurut Papamu, sewaktu dia mengiqamahkanmu, mata mu jelas memandang tepat padanya
Pandangan kasih pertama mu pada Papa yang amat kau sayang
Papa mu memberi dua nama pilihan Nur Latifah atau Nur Mashitah
Mama pileh Nur Mashitah dengan harapan kau mencontohi Mashitah di zaman Firaun,
wanita yang sanggup berkorban demi mempertahankan keimanannya kepada Allah..Moga kau menjadi teman Mashitah nanti di syurga..
Selepas buka jahitan Mama pada hari ke7, kita pulang kekampung
Kaulah satu2nya yg dapat merasa berpantang dikampung
Kini sudah 10 tahun usiamu..kau anak yang sangat taat, pengasih, halus perasaan
Moga hidupmu akan dilimpahi keberkatan, panjang umur, murah rezeki..kasih pada Mama, Papa dan adik-kakak.
Moga mudah hidupmu akhirat dan juga dunia….moga keimananmu kuat dan tinggi..AMIN
Monday, February 14, 2011
Ulangtahun perkahwinan..bulan Islam
Bernikah pada 12 Rabiulawal..masa tu masih ingat lagi petang Khamis malam Jumaat
benikah di Kelantan (luar kawasan) mukim Padang Enggang..kerana Mama tidak sihat
dia minta kami dinikahkan di Kelantan walau emak telah bercadang membuat majlis
di Perak.lagipun perkahwinan ini tidak dirancang sedemikian atas sebab2 tertentu
Akhirnya setuju pernikahan dilakukan di KB dan kenduri sambutan di kampung
Pagi2 lagi dengan mercedes abg Ya berlepas ke KB ditemani abg Mat sebagai wali.
Pakai baju batik kurung biasa, dan ada persalinan putih untuk saat bernikah
sampai sahaja, dia telah menunggu dengan keluarganya, untuk menunjuk jalan arah
kerumah tok kadi.Terus kesana kerana banyak jemputan utk tuk kadhi..segalanya berlaku pantas
Ramai org tabligh, sampaikan kita tersorok dalam bilek, baju tak sempat tukar
tiada satu gambar pun dapat dirakamkan pada hari bernikah, maklumlah semua
kawan2 orang tabligh. Sedih kerana rasa macam kawin lari..gembira kerana akhirnya
selamat diijabkabul.
Namun masih ingat kata sorang ustaz, perkawinan yg berkat adalah yg berlaku
tanpa ada masalah..so perkahwinan ini mudah
Simple, cepat, tak dengar pun dia ucapkan lafaz nikah sebab ruang tamu jauh
kedepan, rumah sahabat baik adik ipar..
duduk dalam bilek ditemani ibu mertua..dan beberapa kawan2 jemaah mat salleh..cantik2 mereka,hati sudah lebih dari gembira
Tamat pernikahan, tetamu dijemput kesebuah restoren, tapi restoren dihajati tutup
kerana cuti Maulidul Rasul
so berlalu kesatu restoren lain, majlis makan berlansung dgn doa kesyukuran, masing2
melafazkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan, sangat sederhana dan ringkas..
tak sedar baju dipakai hanyalah baju batik..sedih tak sempat mengenakan baju
putih pengantin..dia pun cuma berpakaian gamis putih ..alahai simple namun semoga berkat
lepas bernikah terus chek in hotel ansar KB sebab ibunya menumpang rumah adik ipar
so tak mahu menyusahkan sesiapa, kami ambil keputusan berbulan madu, malam pertama
dihotel..sempurnalah sebuah perkahwinan....
Esuknya awal pagi meminta izin mama dan diiringi 2 kereta, kami menuju ke Perak
Gembira hati sudah menjadi suami isteri..kami sepasang suami isteri ditemani kawan Tabligh suami sepasang suami isteri agak berumur..
lepas Isyak, kami tiba di Perak dan sambut oleh mercun polis dibawa oleh abg mat..selepas makan malam, adik ipar dan kawan2 pulang tinggallah kami dan sepasang suami isteri tadi sebagai peneman.
terlalu penat malam itu, katil pengantin pun lesu sahaja.
paginya berlansung majlis kenduri..barulah sempurna memakai pakaian pengantin, tapi
baju yg dibelikan tidak dipakai suami, besar, katanya, jadi dia memakai baju sendiri, namun
masih sedondon dengan baju pengantin.
majlis berlalu dengan tenang, gembira, ramai kawan2, handai taulan dan saudara mara datang
meraikan.
Namun terpaksa pulang ke Kelantan malam itu juga kerana suami ada kes makhkamah
berkaitan tanah pusaka..dengan berat hati terpaksa melangkah walau masih belum puas
bermesra dengan keluarga sanak saudara..masih teringat pesan kak Tun..sebelum melangkah..
"ingatlah dan sabarlah..ini dugaan dalam hidup kamu..sebagai isteri".
Suami memandu perlahan dalam gelap malam pekat melalui jalan Grik-Kelantan, berlalu satu episod diri.
Sampai sahaja chek in pulak hotel untuk bermalam.Apa boleh buat tak ada rumah untuk berteduh, suami memang tak suka menyusahkan orang, lagipun dia tak boleh tidur tanpa aircond.
Esuk pagi suami keluar bersama adiknya ke mahkamah dan Mama call ajak makan tengahari..
pertama kali berduaan dengan ibu mertua.
Petang selepas lepak distesyen minyak adik ipar, kami menuju ke hotel Perdana, kemudian
hampir senja, mama dan adik ipar datang dari pasar malam membawa berbagai makanan
kami bersembang sampai malam bersama sekeluarga, keluarga kecil suami, yang cuma ada
adik lelaki dan ibu.
Esuknya kestesyen lagi menemani ibu mertua dan suami dengan urusan tanah pusakanya
Malam terakhir dikelantan, chek in hotel Juwita, kecil saja hotelnya, selepas breakfast, bertolak pulang ke Perak.
Sampai Perak rumah mula sunyi, sanak saudara dah pulang, bermalam semalam dan bertolak
pulang ke Shah Alam, balik semula bekerja mengharungi hidup baru, bersalin kulit sebagai
seorang isteri.

Subscribe to:
Posts (Atom)